
Anak siapa ni?
Demang dapat foto di atas daripada FB seorang sahabat Demang.
Catatan dalam FB tersebut ialah PAS mohon Yayasan Terengganu supaya jangan menarik semula tajaan biasiswa ke atas para pelajar yang terlibat dengan perhimpunan 'bersih'.
Alasan yang diberikan ialah kerana mereka dari keluarga miskin dan kos kursus perubatan yang diambil sangat tinggi.
Bagi Demang, berani buat berani lah tanggung. Masa jadi pengikut Ambiga dulu tak pula fikir keluarga yang amat berharap dapat mengubah nasib mereka setelah tamat pengajian nanti.
Pada keluarga pelajar terlibat Demang nak nasihat, tak perlu lah bersedih sekarang. Mungkin ada hikmahnya.
Pada pandangan Demang pelajar yang tidak tahu mengenang jasa kerajaan yang membantu mereka belajar dari sekolah rendah hingga ke universiti bukanlah anak yang baik.
Tidak mustahil mereka akan lupa juga jasa ibu bapa apabila berjaya nanti dengan alasan:
1) memang dah jadi tanggung jawab ibu bapa membesar dan menyara anak-anak.
2) mereka jadi 'orang pandai' kerana dah ditakdirkan begitu. Ibu bapa tak ada jasa apa-apa.
Alaa, buat apa nak rayu-rayu. Tak malu ke?
posted from Bloggeroid




