Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, March 20, 2012

PAS merayu u u u



Anak siapa ni?

Demang dapat foto di atas daripada FB seorang sahabat Demang.

Catatan dalam FB tersebut ialah PAS mohon Yayasan Terengganu supaya jangan menarik semula tajaan biasiswa ke atas para pelajar yang terlibat dengan perhimpunan 'bersih'.

Alasan yang diberikan ialah kerana mereka dari keluarga miskin dan kos kursus perubatan yang diambil sangat tinggi.

Bagi Demang, berani buat berani lah tanggung. Masa jadi pengikut Ambiga dulu tak pula fikir keluarga yang amat berharap dapat mengubah nasib mereka setelah tamat pengajian nanti.

Pada keluarga pelajar terlibat Demang nak nasihat, tak perlu lah bersedih sekarang. Mungkin ada hikmahnya.

Pada pandangan Demang pelajar yang tidak tahu mengenang jasa kerajaan yang membantu mereka belajar dari sekolah rendah hingga ke universiti bukanlah anak yang baik.

Tidak mustahil mereka akan lupa juga jasa ibu bapa apabila berjaya nanti dengan alasan:

1) memang dah jadi tanggung jawab ibu bapa membesar dan menyara anak-anak.

2) mereka jadi 'orang pandai' kerana dah ditakdirkan begitu. Ibu bapa tak ada jasa apa-apa.

Alaa, buat apa nak rayu-rayu. Tak malu ke?

posted from Bloggeroid

Lelong murah murah

Yang ni bank lelong. Hubungi Demang segera.


Yang ni Demang tak tau siapa punya. Jumpa tepi jalan. Tapi boleh juga hubungi Demang.

Haraga? Berapa-berapa pun boleh la.

posted from Bloggeroid

Monday, March 19, 2012

Anwar dan Salman Rushdie

Video seks terbaru mula disebar



Beberapa hari lalu Demang sudah menghidu perkhabaran sebuah lagi video yang dikaitkan dengan seorang pemimpin sudah berada di 'pasaran'.

Demang katakan 'di pasaran' kerana ia akan 'dibeli' oleh pelbagai pihak untuk kepentingan masing-masing.

Ada yang membelinya kerana ingin tahu, untuk keseronokan, dan ada yang akan menjadikannya sebagai senjata pemusnah di masa depan.

Bagi Demang, daripada kita susah payah dengan mengambil risiko besar mempunyai pemimpin seperti itu, lebih baik kita kekalkan yang sedia ada.

Namun, layakkah Najib jadi pemimpin?

Lihat info di...
http://pancapersada.blogspot.com/2010/05/keturunan-orang-kaya-indera-shahbandar.html?m=1

Faktor genetik tu penting, bro. Itu sebab para rasul pun diambil dalam satu jurai keturunan yang sama.

posted from Bloggeroid

Sunday, March 18, 2012

Dato Eskay hilang RM20 juta



Masih ingat tentang Dato 'T'? Dato Eskay?

Dah lupa? Sah lah, Melayu mudah lupa.

Demang beri satu lagi klu: 'video cina doll...'

Aa... Baru ingat, kan? Ok, ini cerita terbaru.

Demang dapat tahu daripada seseorang yang amat rapat dengan beliau bahawa Dato Eskay pernah 'kehilangan' RM20 juta.

'Hilang' tidak semestinya bermaksud tercicir. Kena kebas dek kawan pun dikira hilang!

Itu lah yang terjadi pada Dato Eskay beberapa tahun lalu.

Siapa 'kawan' Dato Eskay yang telah 'menyebat' duit tersebut? Bukan sikit-sikit, bro. RM20 juta! Kalau disedeqahkan pada 100 buah rumah anak yatim masing-masing akan dapat RM200 ribu!

'Kawan' Dato Eskay tersebut tak lain dan tak bukan ialah Anwar Ibrahim.

Hmm... Anwar Ibrahim lagi. Tak ada nama lain ke?

Agaknya, sebab itu lah Dato Eskay membocorkan rahsia Anwar dengan cinadoll tahun lepas.

Bukan setakat bocor malah disertakan dengan rakaman video yang telah disahkan tulen.

Sampai sekarang rakyat Malaysia masih menunggu EMPAT cabaran Datok Eskay yang perlu dijawab oleh Anwar (dan Wan Azizah):

1) Sama-sama bersumpah laknat (Dato Eskay dah buat).

2) Sama-sama lakukan ujian penipuan (Fato Eskay dah setuju dan hendaklah dibuat siaran secara langsung).

3) Nafikan ketulenan video melalui pakar luar negara (pakar berkecuali).

4) Saman Dato Eskay (dicabar berulang kali).

Susah sangat ke? Namun Anwar buat pilihan kelima iaitu bersusah payah pusing satu Malaysia untuk berceramah dengan memberitahu penyokongnya bahawa 'aku tak bersalah' dan 'itu bukan saya'.

posted from Bloggeroid

Usaha Najib menipu peneroka sebelum pilihanraya



Demang cukup hairan dengan PAS yang terlalu percaya dengan budak FELDA tak sedar diri yang kononnya memperjuangkan nasib peneroka.

Demang sendiri anak peneroka yang membesar di bawah terik mentari tanah Felda lantaran kurangnya pokok pelindung ketika di awal pembukaan tanah rancangan tersebut sekitar 1970an.

Demang merasai sendiri susah payah berjalan kaki merentas paya untuk ke sekolah dek kerana inginkan jalan pintas yang lebih dekat.

Demang dan kawan-kawan berendam dalam sungai, meredah belukar mengutip buah rotan dan menyusup di padang lalang kerana itulah sahaja keseronokan kami.

Hari ini, setelah lebih 30 tahun berlalu negara sudah mengalami terlalu banyak perubahan ekoran kemajuan pesat dunia.

Pertambahan penduduk dunia sekaligus meningkatkan permintaan terhadap bahan mentah.

Justeru ini adalah satu kesempatan untuk Felda memasuki fasa baru dan merebut peluang yang ada.

Peluang bukan sekadar ditunggu bahkan perlu dicipta. Justeru Felda kini sedang melangkah ke persada antarabangsa membuka ladang-ladang di serata dunia seperti Myamar, Indonesia, India, sehingga ke Afrika.

Pengalaman Petronas menakluki dunia akan dituruti melalui sektor perladangan pula.

Namun kenapa usaha ini hendak disabotaj dengan pelbagai alasan negatif seolah kerajaan itu tidak ada kerja lain selain daripada hendak menipu peneroka? Apa untungnya Najib untuk menipu peneroka yang akan menjadi pengundi beliau?

Siapa yang pernah mengenali secara dekat Mazlan Aliman pasti tahu apa 'jasa' budak haprak itu di Felda dulu.

Busuk, bro!

posted from Bloggeroid

Saturday, March 17, 2012

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)