Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, April 3, 2012

Guru berkenaan perlu keluar



"Cikgu ada nampak itu pintu? Buat masa ni kami tak perlukan cikgu di sini."

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/04/dong-zongurgent-sebarkan-kepada-seluruh.html?m=1

posted from Bloggeroid

Tak perlu Anwar untuk berubah



Datuk Seri Najib Razak malam tadi memperincikan pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan membawa mesej kerajaan pimpinannya sentiasa menepati janji dan meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya. Perdana Menteri menegaskan kerajaan pimpinannya bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab dan tidak sekali-kali mahu membankrapkan negara dalam merangka sebarang dasar serta membelanjakan wang.

“Kita sudah dan akan sentiasa berterus-terang dengan rakyat mengenai apa kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan.

“Sebaliknya, amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya,” katanya ketika membentangkan pencapaian GTP dan ETP yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran utama televisyen.Berpaksikan falsafah ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang digariskan Najib selepas mengambil alih kepemimpinan negara tiga tahun lalu, tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah GTP dikenal pasti untuk dilaksanakan hasil maklum balas rakyat pada semua peringkat.

ETP pula membabitkan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) berserta 131 Projek Permulaan Ekonomi (EPP) yang dipacu Model Baru Ekonomi (NEM) dan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dengan meletakkan hala tuju jelas ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selain menangani kos sara hidup dan mengurangkan jenayah, NKRA turut memfokus kepada peningkatan pencapaian pelajar, membaiki kemudahan asas luar bandar, mempertingkatkan pengangkutan awam bandar, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah dan membanteras rasuah.Perdana Menteri berkata, matlamat utama ETP dan NEM adalah mengeluarkan Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana dan meletakkan negara di landasan betul bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.“Untuk analogi, NEM dan SRI bolehlah diibarat sebagai lebuh raya, manakala ETP adalah kenderaan yang menggunakan lebuh raya membawa kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

“Dua belas NKEA di bawah ETP pula ialah bahagian enjin kepada kenderaan berkenaan dan EPP ialah bahan api yang akan menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, semua komponen termasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuh raya hendaklah berada dalam keadaan terbaik.

“Namun, saya ingin mengingatkan, kita juga memerlukan pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat.

“Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya,” katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan rakyat supaya jangan sesekali salah membuat pilihan, sebaliknya hendaklah berhati-hati dengan tukang karut melipur lara.

“Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. 

“Sesungguhnya, masa depan kita dan anak bergantung pada keputusan hari ini. Kesimpulannya, kerajaan hari ini adalah kerajaan bertanggungjawab, kerajaan beramanah dan paling penting kerajaan ini sentiasa menepati janji,” katanya. Malah, katanya, pembentangan pencapaian GTP dan ETP jelas membuktikan sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.

“Kerajaan ini berterus-terang dengan rakyat mengenai masalah dan cabaran yang sedang dihadapi negara dan kita telah merangka pelan menyeluruh bagi menangani segala cabaran yang dikenal pasti.

“Segala prakarsa di bawah payung Dasar Transformasi Nasional dirangka dengan bersebab dan bermatlamat. Pucuk pangkalnya, kerajaan hari ini jelas mengenai hala tuju yang ingin dibawa negara, iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

Kita mampu terus mengorak langkah ke depan. Malaysia mampu mengorak langkah ke hadapan apabila keupayaannya, kekuatan dan potensinya dimanfaatkan menjadi 1Malaysia yang fokus dan bersatu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata, kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) menunjukkan Malaysia sebagai negara dan rakyat pelbagai kaum, pelbagai budaya dan latar belakang agama serta pandangan tetap mampu mencapai matlamat 1Malaysia.

Katanya, setiap Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menghasilkan kemajuan ketara dan pencapaian boleh dilihat dalam bidang menjadi keutamaan kepada rakyat.

“GTP terus meningkatkan kehidupan rakyat. Ia terbukti (kerana) apabila anda mencabar diri anda, hal dan perkara menakjubkan boleh berlaku.“Keseluruhannya, kajian setahun (pelaksanaannya) menyaksikan satu lagi pusingan kemenangan besar,” katanya dalam prakata Laporan Tahunan GTP 2011.

Muhyiddin berkata, tahun lalu menyaksikan jentera kerajaan mengekalkan tumpuan kepada matlamat bagi mencapai hasil lebih memberangsangkan dan menjelang penghujung tahun negara berjaya mencapai kejayaan besar. – BERNAMA

Monday, April 2, 2012

Khalid sabotaj Anwar?



Ketika para belia sibuk dengan persediaan bagi mengadakan perhimpunan belia tidak lama lagi, kerajaan Selangor mengambil langkah yang dilihat merugikan PKR yang bakal memasuki pilihanraya yang semakin hampir.

http://www.sahabat-gunung.com/2012/04/naikkan-sewa-300-peratus-bukti-kerajaan.html?m=1

Mungkinkah khalid sebenarnya mensabotaj Azmin dan Anwar yang semakin terang cuba menyingkirkannya daripada jawatan MB?

posted from Bloggeroid

Anwar akan hapus PTPTN dan tol



Tahukan anda sehingga tahun 2010, sejumlah 1.7 juta pinjaman  telah diluluskan  PTPTN dengan peruntukan sebanyak RM37.4 bilion .  Peruntukan wang  BR1M oleh kerajaan  untuk lebih RM 5 juta setiap isu rumah berpendapatan RM 3000 ke bahawa pun hanya RM 2.6 Billion .Jadi , angka  RM 37.4 Billion merupakan jumlah yang cukup besar dan peruntukan perbelanjaan  negara dalam Bajet 2012 pun diperuntukan hanya RM 232.8 Biliion.

Adakah Anwat tidak tahu fakta ini?

Sudah tentu Anwar tahu. Itu sebabnya semasa Anwar jadi menteri kewangan dia tak berani hapuskan PTPTN dan gantikan dengan biasiswa percuma.

Menggunakan sebegitu banyak peruntukan untuk satu aspek bermakna terpaksa melepaskan banyak aspek lain. Padahal sistem pinjam dan bayar sebagaimana diamalkan PTPTN sekarang jauh lebih baik berbanding sistem biasiswa yang hanya dinikmati segelintir pelajar yang akhirnya belum tentu menguntungkan negara.

Tak ingatkah berapa ramai pelajar yang ke luar negara dan terus tak balik-balik?

Lebih baik wang tersebut digunakan untuk naikkan gaji kakitangan awam atau tambah bayaran bonus. Ha ha ha... Jangan marah!

Isu PTPTN tolong sebarkan



Semalam dua orang adik Demang datang ke Melaka. Kedua-duanya sudah tamat pengajian di sebuah kolej lebih kurang setahun yang lalu dan sudah bekerja.

Walaupun keputusan SPM mereka sederhana namun mereka berjaya menyambung pelajaran dengan dana PTPTN!

Yang seorang sudah berkereta (Pesona) manakala yang seorang lagi sedang menunggu gaji pertama hampir RM2K sebulan.

Mereka singgah di Melaka kerana diminta datang ke kolej bagi mengambil 'rebate' bayaran PTPTN sebagai hadiah memperolehi keputusan cemerlang.

Itu cerita 2012 yang berlaku sekarang.

Kira-kira 20 tahun lalu Demang selesai SPM dengan keputusan sederhana tapi rasanya lebih baik daripada kedua-dua adik Demang itu.

Demang memohon untuk menyambung pelajaran namun tidak berjaya. Masa tu belum ada PTPTN. Jika ingin menyambung pelajaran perlu dapatkan biasiswa.

Mendapat biasiswa ibarat menemui harta karun. Ia bukan sahaja tidak dicukai bahkan langsung tidak perlu dibayar kembali.

Namun sebagaimana kata Demang tadi, menerima biasiswa ibarat bertemu harta karun. Hanya beberapa kerat sahaja yang berpeluang. Dalam sekolah Demang, calon SPM KIRA-KIRA 200 ORANG. Sekolah kami sekolah teramai di Pahang.

Berapa ramai yang dapat biasiswa? Tak lebih 10 orang!

Bagaimana dengan 190 orang lagi? Mereka menyambung 'pelajaran' di kilang, ladang sawit, kebun getah, dan sebagainya walaupun SPM Pangkat 1, 2, atau 3.

Demang memasuki tingkatan 6 dan mengambil STPM. Keputusan STPM sederhana dan sekali lagi tidak layak menerima biasiswa untuk memasuki universiti atau kolej.

TIDAK ADA SEORANG pun daripada 60 orang calon sekolah kami masuk universiti tahun itu walaupun ramai yang sebenarnya layak.

Semuanya kerana biasiswa amat terhad!

Demang dan 2 orang lagi rakan bernasib baik kerana diterima memasuki maktab perguruan dan keluar sebagai guru.

Selepas menjadi guru Demang cuba memohon biasiswa bagi menyambung pelajaran namun tidak berjaya. Hanya selepas 10 tahun barulah Demang memasuki universiti iaitu apabila PTPTN diperkenalkan.

Demang dapat pinjaman RM26K. Begitu juga isteri Demang yang sama-sama sepengajian.

Tamat pengajian Demang kembali bekerja dengan gred DG41 dan mula membayar kembali pinjaman sebanyak RM80 sebulan.

RM80 sebulan dipotong daripada gaji Demang. Banyak ke? Kerajaan bayar Demang lebih RM3K sebulan dan dipotong semula RM80!

Bagi Demang PTPTN adalah sistem terbaik yang kita pernah ada. Jika anda atau Anwar Ibrahim ada cadangan lain sila kemukakan.

Takkan lah nak berkongsi idea pun mesti kena jadi PM dulu?

Oh ya. Dua orang adik kembar Demang pula sudah selesai pengajian di universiti KL dalam bidang kemahiran. Dana? Yuran percuma dan dapat elaun setiap bulan. Sebelum itu mereka di kolej kemahiran dengan perbelanjaan 100% daripada kerajaan serta mendapat elaun bulanan.

Semuanya tak perlu dibayar.

Justeru sebelum buat tuduhan dan cadangan yang bukan-bukan sila dapatkan info apa yang kerajaan dah sediakan untuk pendidikan anak-anak kita. Jangan dek ghairah sokong pembangkang maka kita terlepas pandang peluang lain yang disediakan.

Lain lah jika anda kaya seperti orang cina yang mampu hantar anak ke kolej terbaik tanpa biasiswa. Mereka juga ada yayasan dan persatuan sesama mereka. Cuba lah anda mohon dana mereka jika dapat!

Itulah baiknya jika bangsa kaya raya.

Tahun ini putera Demang ke sekolah menengah. Dalam UPSR dia dapat 5A dan UPKK 8A disamping menjawat jawatan Ketua Murid tetapi gagal ke MRSM.

Tak apalah, kalau dia dapat maka adalah pelajar lain pula yang gagal mendapat tempat.

Kita tidak boleh dapat semua perkara serentak. Dalam ekonomi disebut sebagai kos melepas.

Kini dia di sekolah swasta dalam bidang tahfiz Ulul Albab, iaitu konsep yang diperkenalkan Tun Abdullah dan dikembangkan Idris Jusuh semasa beliau menjadi MB Terengganu.

Di Melaka, Zahid Hamidi menaungi sekolah tersebut dengan dana wakaf. Itulah kebaikannya apabila orang Islam berharta dan tidak lupa pada kebajikan.

Walaupun sekolah swasta namun bayaran cuma RM100 sebulan. Lihat www.imtiazmelaka.com.my.

Demang adalah blogger berwajah. Sila hubungi 0194402211 dan kita boleh berbual serta sahkan cerita ini. Atau boleh juga ke www.morhabshi.com kalau tak percaya.

Demang harap pengalaman Demang ini disebarkan untuk makluman seberapa ramai rakyat Malaysia. Demang nak orang lain tidak terlepas peluang yang ada.

Jangan menghentam tanpa memahami duduk perkara. Orang yang menghentam PTPTN kerana mereka ada agenda tersendiri. Kita tak usah lah terperangkap sehingga melepaskan apa yang kita ada.

Ramai yang menghentam PTPTN adalah penerima biasiswa yang kerana mereka lah Demang dan kawan-kawan tidak merasa ke universiti atau kolej selepas SPM.

Kini mereka sekali lagi mahu merampas peluang anak-anak kita.

Setujukah anda dengan mereka?

Sunday, April 1, 2012

Anwar elak jadi saksi



Macamana nak menawarkan diri jika terlalu banyak masalah?

Lihat satu lagi isu yang membabitkan Anwar.

http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2012/03/pinjaman-rm445-juta-ada-yang-menakutkan.html?m=1

Saman Anwar bersepadu











Diam?

Maaf, sekarang bukan zamannya untuk menyuruh, memberi arahan, apatah lagi memaksa orang diam.

Anwar kena muhasabah diri.

Kepada yang masih sayangkan Anwar, jangan paksa mereka bogelkan Anwar lagi. Mereka akan terus menyerang sehingga Anwar kekeringan sokongan.

Sebenarnya itu lebih baik bagi Anwar dan keluarganya.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)