Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 7, 2012

Karnival Pendidikan Negeri Melaka





Jom bawa anak-anak ke karnival pendidikan di MITC Melaka.

posted from Bloggeroid

Friday, April 6, 2012

Kenali si penipu



Salah satu ciri penipuan ialah apabila ia mengeluarkan kenyataan walaupun dikatakan sebagai fakta maka ia akan bercanggah antara satu sama lain.

Hujah tersebut digunakan ulama dan para pengkaji apabila mereka membuat dakwaan bahawa kitab Taurat dan Injil yang ada sekarang adalah palsu dan terdapat campurtangan manusia yang nyata.

Hal ini kerana terdapat ayat-ayat yang bercanggah antara satu sama lain di dalamnya.

Bagaimana dengan PKR?

Terkini Anwar Ibrahim dan pengikutnya berjanji akan menghapuskan hutang peminjam PTPTN. Anehnya, dalam Buku Jingga yang dikatakan manifesto PKR menyatakan peminjam PTPTN akan diberi kelonggaran untuk menangguhkan bayaran enam bulan selepas bekerja!

Yang mana satu betul?

Mungkin kempen tebaru betul atau mungkin Buku Jingga yang betul namun tidak mungkin kedua-duanya betul.

Jika diterbalikkan, mungkin kempen terbaru ini satu pembohongan atau Buku Jingga yang berbohong. Yang peliknya ia dijanjikan oleh orang yang sama.

Soalannya, bilakah Anwar berbohong dan bila pula ia bercakap benar?

Lihat persoalan yang sama di:

http://bumiyang.blogspot.com/2012/04/kantoi-lagi-pakatan-sendiri-pun-menolak.html

posted from Bloggeroid

Azmin minta tolong





Apa dah jadi dengan PKR? PRU makin dekat tapi masalah dan isu makin menimbun. Azmin nak minta tolong kat siapa? Anwar? Anwar nak minta tolong siapa pulak? Wan Azizah?

posted from Bloggeroid

Thursday, April 5, 2012

Pertemuan kak wan-shamsidar jerat orang dalam



Artikal berikut bukan tulisan Demang tetapi disalin tanpa edit daripada sebuah portal. Malangnya Demang lupa menyalin urlnya.

Baca aja la...

Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara PR, Wan Azizah dikhabarkan akan mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar Taharin minggu depan bagi membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kisah cinta empat segi senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan Shamsidar. 

Sebagai pemerhati politik, penulis sekadar ingin menasihat para penyokong PR agar tidak terlalu menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi kenyataan.   Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan ‘stunt’  tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.  

Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam Omega,  mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16 September, maka penulis rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya.  

Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa.  Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya.   Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka.  

Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi.   Itu hakikat. Wan Azizah juga tidak begitu ‘ngam’ dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya.  

Maka, untuk seorang penulis di Laman Suara PR cuba menipu kita dengan kisah dongeng keakraban kedua wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat kini bagaikan lemas dalam peluru yang bertali arus sama ada ditembak musuh atau tertembak sendiri tanpa sengaja.  

Jika benar Wan Azizah dan Shamsidar akan membuat sidang media bersama, kenapakah berita ini tidak datang dari kedua-dua mereka sendiri dan dilaporkan oleh media rasmi mereka?  Kenapakah hanya Laman Suara PR yang menghebahkannya?

Malah mereka juga berdiam diri apabila khabar kononnya Umi Hafilda mempunyai bukti bergambar hubungan Anwar-Shamsidar dihebahkan oleh laman yang sama.

Nampak sangat ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan Nallakarupan.  Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka.  

Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena.  Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri.   

Kerana itu, penulis yakin, sidang media Azizah-Shamsidar tidak akan berlaku.   Ia hanyalah propaganda politik sementara menunggu idea baru untuk menangkis isu.  

posted from Bloggeroid

Ahli PKR pula pertikai Azmin Ali



Selapis demi selapis orang PKR meninggalkan Anwar.

Siapa lagi pengasas PKR yang masih ada? Memanglah ada lagi tapi saki baki lah.

Suara-suara yang mempertikai pemilikan harta Azmin dan isu isteri yang diragui semakin riuh kedengaran.

Demang rasa hayat PKR mungkin tidak sempat sampai ke tarikh PRU13.

Lihat pula...
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/kini-orang-pkr-sendiri-tampil-desak-azmin-jawab-semua-tuduhan-termasuk-dayus.html

posted from Bloggeroid

Yahoo! PTPTN akan dihapuskan


Saranan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan masyarakat. Ada yang marah, terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah Anwar sudah gila akhirnya?

PTPTN adalah skim yang ternyata baik untuk rakyat dan kerana adanya PTPTNlah maka kita melihat begitu ramai anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi tidak kira awam mahupun swasta. Menurut Anwar, beliau sedia maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang memegang kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Namun, Anwar juga mengakui yang pihaknya belum lagi memikirkan secara terperinci mengenai perlaksanaan cadangan tersebut. Anwar juga menegaskan bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat. Kita merasa amat sangsi akan kemampuan Anwar memahami angka, bukan hanya kerana beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan atas pagar tetapi kerana seorang yang mampu memahami angka tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti menghapuskan PTPTN. 

Sedarkah Anwar bahawa bukan sahaja pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia, terutamanya swasta juga bergantung kepada PTPTN?

Sebanyak lebih kurang RM40 – RM50 billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi keseluruhan. Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013. 

Dengan kos yang begitu tinggi, kolej atau Universiti swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan kerana pelajar-pelajar mereka yang majoritinya terdiri dari bukan Melayu, amat bergantung kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran.

Kaum Melayu mungkin masih mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak mendapat bantuan. 

Oleh itu, PTPTN adalah satu-satunya opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan kewangan. 

Terdapat 21 IPTA dan 49 IPTS (termasuk dengan kolej universiti dan cawangan universiti luar negara) di Malaysia. Kesemua mereka dianggarkan menerima 200,000 lebih pelajar setiap tahun. 

Tanpa PTPTN, dianggarkan 90% dari IPTS akan tutup kerana kolej-kolej ini amat bergantung kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka terus beroperasi. Jika kemasukan pelajar merosot akibat tiada kemampuan, pastinya IPTS juga akan akhirnya terpaksa gulung tikar. 

Seterusnya, ia akan membawa kepada masalah pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam masyarakat kerana ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan pelajaran dan sukar mendapat pekerjaan. Begitu juga dengan para pensyarah dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup.

Bagaimanakah dengan nasib mereka? Nampaknya Anwar tidak berfikir panjang apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan. Tidak mungkin kerajaan mampu memberi pendidikan 100% percuma kepada ke semua 200,000 pelajar di semua 70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan menanggung kos operasi secara keseluruhannya.

Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna? 

Mungkin Anwar terlepas pandang semua ini kerana terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh termakan umpan Nallakarupan baru-baru ini.

DUGONG BIRU

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 4, 2012

Suara warung tepi longkang



Sebentar tadi Demang minum di sebuah warung tepi longkang di Bandar Hilir. Sebenarnya dah tak banyak warung begitu namun hakikatnya ia masih ada.

Sambil minum telinga Demang menangkap perbualan politik antara pemilik warung dengan seorang lelaki cina berumur 40an.

Nampaknya mereka berbual sambil merujuk sebuah akhbar politik yang Demang tak pasti namanya.

Ternyata persoalan yang mereka berdua bangkitkan yang sama-sama mereka setujui adalah isu yang telah dijelaskan banyak kali dengan fakta dan bukti.

Nak buat macamana, warung tepi longkang maka mentaliti pun tepi longkang juga lah gamaknya.

Samalah dengan Demang yang kadang-kadang menyusur tepi longkang bagi meninjau kalau-kalau ada longkang yang tersangkut atau tersumbat.

Apapun, maklumat tetap maklumat dan perlu kita cerna dan analisis bagi mencari kejernihan.

Kalau ikurkan hati mau saja Demang jawab persoalan bertaraf tepi longkang yang mereka utarakan namun Demang fikir tak ada gunanya berdebat di tepi longkang.

Maka Demang memberanikan diri bertanya pada lelaki cina itu:

"BN boleh menang ka kali ni?" tanya Demang.

"Menang. Memang boleh menang." jawabnya dengan nada kecewa. "Tapi tak banyak macam biasa la." tambahnya.

"MCA macamana?" tanya Demang lagi sambil mengerutkan dahi seolah risau dengan kemenangan BN.

"MCA tak ada suara. Sudah..." lelaki itu menunjuk aksi mulut di-zip atau di-gam.

Demang mengerutkan dahi seolah tidak faham.

"Ya la. Dalam BN semua UMNO yang berkuasa. MCA dengan MIC ikut saja." lelaki itu menjelaskan bersungguh-sungguh.

Demang diam sambil mengangguk-angguk perlahan. Sebentar kemudian Demang bangun, membayar harga minuman, dan berlalu dari situ.

Kali ini Demang tidak mahu buat apa-apa kesimpulan.

Bak kata Nabil; "lu pikir la sendiri."

posted from Bloggeroid

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)