Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, May 13, 2012

Saham felda: bodoh sangatkah peneroka?


Maka melantun-lantunlah pelbagai suara berikutan pengumuman kerajaan untuk memberi sejumlah wang kepada peneroka Felda.

Demang pun jadi keliru sebentar tentang isu sebenar. Mereka risaukan Felda Global atau pemberian tersebut?

Betul, ia memang berkaitan. Demang bukanlah bodoh sangat walaupun Demang anak peneroka yang dianggap bodoh oleh beberapa pihak.

Yang sedihnya, ada juga anak peneroka yang ikut terpengaruh dan bersetuju dengan anggapan bahawa ibu bapa mereka bodoh.

Demang fikir isu ini tidak boleh selesai dengan satu posting sahaja.

Untuk posting kali ini kita mulakan dengan:

Benarkah peneroka perlu meminjam pada bank bagi membelibsaham? Jika benar, berapakah jumlah pinjaman tersebut?

Adakah ia melibatkan tanah milik peneroka yang seluas 10 ekar itu?

Apakah risiko peneroka membeli saham terbitan? Tahukah anda apa dia saham terbitan?

Ok. Demang tunggu respon jika ada. Jika tiada, Demang akan sambung malam nanti, insya-Allah.

Friday, May 11, 2012

Peguam muda sertai perhimpunan belia




PUTRAJAYA, 9 MEI 2012 - “Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburansemata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara  (HBN)  2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  di sini hari ini.

HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing.

Menurutnya lagi, “peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang hadir pada  HBN kali ini.

"Di samping itu, KBS  menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.

Yang buta dan yang tuli



Sebenarnya, manusia bukanlah percaya sangat pada mata dan telinganya. Manusia hanya percaya pada perkara yang dia ingin percaya sahaja.

Kita selalu berkata bahawa manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Namun Demang melihat bahawa manusia sebenarnya langsung tiada pandangan. Buta. Dan tuli juga.

Manusia adalah makhluk yang sangat sombong dan bodoh tetapi amat degil untuk mengakuinya. Manusia sanggup mati daripada mengakui kesilapan.

Maaf, kali ini Demang malas untuk mengemukakan hujah dan bukti. Demang sekadar bariskan pernyataan peribadi dan anda yang bijaksana akan tautkannya dengan pengalaman peribadi anda pula.

Oh ya. Foto di atas sememangnya milik Demang dan kerusi-mejanya adalah kepunyaan Demang.

Ini blog Demang dan Demang bebas menulis apa sahaja.

...

Dokument sulit felda tersebar


Kelam kabut para blogger dan facebooker propembangkang menyebarkan satu dokumen yang difatwakan sebagai sulit dan misteri.

Dek kerana tajuk yang sensasi maka Demang pun baca lah satu posting beserta dokumen tersebut yang mendapat ratusan komen.

Buang masa!

Rupa-rupanya tak lebih daripada andaian semata-mata. Blogger buat andaian dan pembaca berdebat tentang andaian merapu tersebut.

Memang betul dokumen itu dokumen sebenar (bukan palsu) tetapi ia bukan dokumen rahsia, sulit, mahupun misteri. Ia adalah dokumen umum yang biasa dikeluarkan dan kandungannya pun merupakan perjanjian biasa sebagaimana perjanjian lain dengan pihak bank.

Samalah macam kita buat pinjaman peribadi atau pinjaman membeli kereta atau rumah.

Yang jelas, rata-rata orang ramai membuat kesimpulan bahawa peneroka felda bodoh dan mudah ditipu.

Demang selaku anak Felda memang tersinggung dengan tuduhan tersebut. Anak peneroka lain tak tahu lah. Mungkin mereka tak kesah orang luar kutuk ibu bapa mereka.

Demang dah dengar sendiri penerangan daripada CEO Felda Global. Bukan melalui facebook tapi face to face beberapa bulan lalu di KL.

Sebenarnya yang perlu dipersoalkan ialah mampukah Felda membuat pelaburan ke peringkat global dan apakah risiko penglibatan pelabur (samada peneroka atau bukan peneroka)?

Dalam hal ini CEO Felda telah menjelaskan bahawa pihak pengurusan amat sedar perkara ini dan mempunyai Plan B bagi menghadapi kemungkinan lain.

Felda sudah mempunyai pengalaman amat luas dalam sektor perladangan. Sebagai syarikat perladangan kedua terbesar di dunia, adalah rugi membiarkan peluang ini dimonopoli syarikat asing sahaja.

Malaysia juga mempunyai pengalaman meneroka perniagaan global melalui Petronas. Jika Petronas mampu bersaing kenapa kita perlu risau sangat? Yang penting kita ada perancangan rapi.

Sebelum ini pun Tabung Haji yang tiada pengalaman perladangan pun dah buka ladang di luar negara.

Sepatutnya syarikat asing lah yang perlu risau dengan Felda. Ataukah terdapat suara ghaib agen asing dalam kekecohan ini?

Peneroka boleh dilibatkan (atau boleh juga tidak dilibatkan) dengan Felda Global kerana ia adalah entiti yang berasingan. Felda Global bukan sekali-kali milik peneroka Felda dan tidak melibatkan walau seincipun tanah peneroka.

Apabila disenaraikan, sesiapa sahaja boleh membeli saham. Mereka juga (semua pelabur) faham bahawa dalam pelaburan tentu ada risiko samada kecil atau besar. Keuntungan adalah imbuhan atas risiko.

Hal ini berbeza dengan riba iaitu pemberi pinjaman tidak perlu memikirkan sebarang risiko. Atau, inikah yang pembangkang mahukan? Pelaburan tanpa risiko.

Kerajaan menasihatkan Felda agar melibatkan peneroka kerana mereka yakin pelaburan tersebut berpotensi besar untuk meraih untung. Ini berdasarkan idea ekonomi.

Dari segi politiknya, risiko bukan sahaja pada peneroka tetapi pada kerajaan jika program ini gagal. Kerajaan akan tumbang dengan sendirinya.

Kenapa nak melatah?

Demang faham ramai yang baik hati dan tidak mahu peneroka ditipu.

Terima kasih lah kepada semua yang berniat baik itu. Demang percaya peneroka bukanlah bodoh sangat. Mereka sudah mengenal saham dan pelaburan jauh lebih lama sebelum kebanyakan daripada anda. Malah mungkin waktu itu anda pun belum lahir lagi.

Allahyarham Salleh Majid sudah memberi penerangan sekitar 1990an berkenaan saham dan risikonya.

Demang tidak nampak kerajaan ada sebab yang munasabah untuk menipu peneroka dengan 'penipuan' yang amat mudah dikesan di saat-saat hampir pilihanraya.

Kalaupun kerajaan nak menipu begini, adalah lebih cerdik dilakukan selepas menang pilihanraya.

Ataupun, ada banyak cara lagi untuk menipu yang sukar dikesan.

Inilah masalahnya apabila kita menyangka kerajaan itu bodoh. Kalau bodoh, mereka tak mungkin boleh menubuhkan kerajaan.

Atau kita menyangka orang dahulu bodoh sangat dan orang sekarang cerdik sangat?

Terima kasihlah kepada anda yang prihatin namun jangan membuat keputusan bagi pihak orang lain melainkan anda benar-benar yakin.

Rujuklah pada fakta dan sumber yang ada autoriti dan bukannya internet yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja!

Wednesday, May 9, 2012

Fitnah terbaru pembangkang


Berikut adalah email yang disiarkan blog Taiping Mali yang dikatakan diterima daripada seseorang:

Baca dengan akal yang waras.

Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal. Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda. Beberapa hari ini secara tergesa2, peeneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan. Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll. Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms. Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb. Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga. Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan di'halau' dpd majlis tandatangan borang tsb. 90 peratus peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign. Saya paparkan beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh. Surat Tanggung Kerugian menulis....' SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2, DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN SURAT INI'. Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu... yang lainnya di guna utk jentera BN. Mereka mahu pertahankan 54 kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim saham dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil. Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan ' penyenaaraian yang sakit'. Bila menjunam jatuh daripada harga asal setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan. Isa Samad, Ahmad Maslan akan kata, biasale main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang hayat. Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi. Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah buat. Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak berperikemanusiaan. Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah didiperdaya. BN betul2 jd petualang terhadap bangsanya sendiri!ANAK membuka talian hotline utk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757 tk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757, Aris Fezol 0199855883, Zolkifli Abu Osman 0194653701, Yohanis 0133039913. ANAK sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!

Demang nak tanya beberapa soalan. Jika benar UMNO terpaksa mengutip duit daripada peneroka Felda bagi menampung perbelanjaan PRU13, pembangkang pula dapat duit daripada mana?

Berapa banyak yang Felda keluarkan jika seorang peneroka mendapat RM15 ribu sebagaimana pengumuman PM semalam?

Jika jumlah itu umpannya, berpa pulangannya yang nak diambil UMNO untuk biaya PRU13?

Jika demikian banyaknya budget UMNO, pembangkang yang nak menentang perlukan berapa pula?

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas bolehkah dibayar?
Ataukah mati sebagai galang ganti?

Lihat tulisan Demang berkenaan Felda Global sebelum ini.

Fahami Felda Global sebelum berbicara mengenainya


Hari ini Demang wajar berasa bangga kerana kampung Demang dipilih sebagai tempat PM membuat satu pengumuman besar dan penting untul sekelian warga felda.

Ya. Hari ini Jengka 8 atau juga dikenali sebagai Felda Kesidang mendapat liputan secara langsung daripada media seluruh dunia.
Demang bukan berlebih-lebih sebab sememangnya pengumuman tersebut bakal memberi impak yang besar pada ekonomi dunia!

Mungkin Felda Global agak sukar difahami sebahagian peneroka. Mungkin Mazlan Alimin terlalu naif untuk memahami hasrat sebenar pengurusan felda mengilhamkannya.

Sebenarnya langkah yang diambil felda ini hampir sama dengan Petronas. Bezanya hanyalah dari segi komoditi yang diceburi. Jika petronas mencari dan membuka telaga-telaga MINYAK PETROL di seluruh dunia maka felda pula akan mencari dan membuka 'telaga-telaga' MINYAK SAWIT, juga di seluruh dunia.

Itulah sebabnya felda tidak perlu mengambil walau sedikitpun tanah milik peneroka sebab asas penubuhan felda global ialah menambah ladang yang sedia ada bukannya bergantung pada keluasan yang ada sekarang.

Peneroka dilibatkan dengan felda global hanya kerana peneroka adalah pemilik undi yang berupaya mengangkat atau menolak kepimpinan UMNO.

Atas sebab itulah maka peneroka dijemput untuk bersama mengutip dan berkongsi keuntungan. Kerajaan berharap dengan cara itu peneroka dan kaum keluarga mereka akan kekal menyokong UMNO secara berterusan.

Kerajaan amat sedar bahawa sokongan tersebut hanya akan terus diperolehi selagi peneroka menikmati keuntungan. Jika peneroka rugi maka UMNO pasti akan gulung tikar!

Maka tuduhan pembangkang bahawa kerajaan cuba menipu peneroka menampakkan bahawa pemimpin pembangkang jahil dan tidak mampu hidup dalam iklim politik hari ini.

Jika pembangkang faham dan mahu bertanggung jawab, mereka tidak akan membawa cerita felda cuba menipu peneroka. Pembangkang sepatutnya mempersoalkan adakah felda mampu menjayakan felda global.

Maka dengan itu pihak pengurusan felda akan membentangkan strategi mereka termasuk Plan B jika Plan A menghadapi rintangan.

Jika pembangkang mahu lebih bertanggung jawab, mereka akan memberikan idea-idea tambahan bagi merealisasikan hasrat felda yang akan menguntungkan peneroka.

Jika ada ahli parlimen pembangkang yang begitu maka rakyat pasti akan memilih beliau lagi dalam pilihan raya walaupun beliau bukan daripada parti kerajaan.

Demang fikir jika Mazlan Alimin ilhlas mahu membantu, bantulah dengan membina bukannya bantu meruntuhkan.

Bagi Demang, jika Petronas boleh, kenapa Felda tidak boleh? Kita sudah mengumpul banyak pengalaman melalui petronas dan sekarang adalah masa yang tepat untuk menggunakannya.

Tuesday, May 8, 2012

SPR jawab tohmahan BERSIH


Demang percaya ramai yang berarak di Dataran Merdeka dalam BERSIH 3.O tidakpun mengetahui dengan jelas perkara yang 'diperjuangkan'.

Demang harap anda tidak seperti mereka yang sebahagian besarnya hanya ikut-ikutan!

Sebelum itu, kita baca dulu kenyataan Hishamudin Rais yang disiarkan laman parti sosialis bertarikh 10 Feb 2012:

"Apa yang dipertikaikan di negara kita ini, pilihan raya di negara kita ini tidak adil!"

Pengikut sosialis itu juga menjelaskan bahawa komponen parti Pakatan Rakyat dan parti-parti pembangkang seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebenarnya bukan berlawan dengan UMNO-Barisan Nasional, tetapi polis, askar, special branch, pegawai kerajaan yang mempertahankan UMNO-BN.

"United Malays National Organisation (UMNO) dah lama mampus dah!" kata Hishamuddin Rais.

Kemudian bekas pelajar bidang perfileman itu menambah, "Kalau demokrasi proses, tujuh tahun dah jatuh dah. Dah lama bungkus dah!"

(http://parti-sosialis.org/node/2199)

Lihat penjelasan yang telah dibuat SPR bagi menjawab tohmahan pembangkang.

Dakwaan 1:

"SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti."

Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali.

SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan.

SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.

Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual.

Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.     

SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004.

Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang.

Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan.

Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.

Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.

Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan.

SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing.

Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan.

Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.

Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.

Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.

Dakwaan 2:

"Kawasan mengundi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR."

Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas.
SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini.

Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.  

Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya.

Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.

Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut.

Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. 

Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya.

Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan.

Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen.

Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.   

Dakwaan 3:

"SPR gagal membersihkan daftar pemilih. Seramai 42,051 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang".

Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan.

Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang  jelas  dan sahih.  
Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas.

Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka.

Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka.  

Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN.

SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkena

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)