Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, May 19, 2012

4 hari lagi himpunan belia 2012


Lagi



Kira-kira 10,000 orang membanjiri pelancaran bersempena Hari Belia  yang bertemakan ‘Pemangkin Transformasi’ yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa golongan belia supaya tidak mengamalkan budaya ‘cincai’ atau ‘biasa-biasa’ dalam setiap perkara yang dilakukan.

Beliau berkata, perkataan cincai tidak ada dalam kamus kejayaan pada era persaingan global yang semakin kompetitif ketika ini. Bertemakan ‘Pemangkin Transformasi’  adalah menyatakan sokongan golongan muda ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus berdaya maju.

“Golongan belia perlu menggembeleng usaha bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merupakan dua senjata utama ke arah kecemerlangan diri bukan dengan mengambil sikap acuh tak acuh dalam amalan seharian,” tegasnya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Hari Belia Negara 2011 di Jalan Bukit Bintang.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim serta YB. Senator Tuan Gan Ping Sieu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.

Tidak ketinggalan juga, Muhyiddin yang harijadinya jatuh pada 15 Mei berkata, "Dengan adanya iltizam di kalangan para belia untuk mengamalkan budaya kecemerlangan, saya pasti hasrat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, seterusnya mencapai status negara maju berjaya dicapai," katanya.

Thursday, May 17, 2012

menjelang perhimpunan terbesar

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan di Sunway Pyramid di sini hari ini. Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang diadakan di Putrajaya. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam negara. Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan tercapai.

Wednesday, May 16, 2012

cerita seorang guru


Cheguman keluar maktab iaitu MPIK pada hujung tahun 1990 dan mula bertugas di Jengka 24 pada Disember tahun yang sama.

Lebih kurang 3 bulan kemudiannya Cheguman menerima gaji pertama iaitu RM435 ditambah elaun RM65.

Untuk bandingan, pada masa itu gaji operator pengeluaran sebuah kilang di Jerantut lebih RM450 sebulan sebelum dicampur pelbagai elaun.

Bagi menambah pendapatan Cheguman menoreh getah pada hujung minggu dan sempat menjadi buruh kontrak ketika cuti penggal.

Untuk makluman, rakan-rakan Cheguman yang memiliki kelayakan setaraf tetapi bekerja di sektor swasta ketika itu sudah berpendapatan 4 angka dengan pelbagai insentif tambahan.

Maka ramailah guru yang terlibat dengan jualan langsung dan insuran. Dengan bakat dan sedikit rasa hormat masyarakat maka terdapat guru yang berjaya meraih pendapatan sampingan berlipatganda daripada gaji sebenar seorang guru.

Ada seorang rakan semaktab Demang akhirnya meletakkan jawatan setelah berjaya dalam industri insuran.

Untuk menyalahkan PM ketika itu agak kurang tepat kerana beliau sudah menurunkan tanggungjawab tersebut pada menteri yang berkenaan.

Mungkin Anwar Ibrahim terlupa memikirkan nasib guru semasa menjadi menteri pelajaran dan terlupa sekali lagi ketika menjadi menteri kewangan.

Anwar juga terlupa pada guru ketika menjadi TPM.

Perubahan gaji guru berlaku secara mendadak hanya apabila Najib Razak menjadi menteri pelajaran.

Sebelum itu guru-guru hanya meleleh air liur melihan kenaikan gaji tentera apabila Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Hari ini, suasana amat berbeza. Pelajar lepasan universiti yang memilih untuk menjadi guru akan mendapati gaji mereka lebih tinggi daripada rakannya di sektor swasta.

Selamat hari guru.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".

Tuesday, May 15, 2012

Karpal ulangi pendirian tentang hudud


KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.

Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.

"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu.

DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini. - Bernama

Demang malas nak komen.

UMNO PAS muzakarah?


Selalunya apabila salah satu pihak terdesak maka akan timbullah semula idea muzakarah.


Selepas PRU12 lalu UMNO memang nampak terdesak. Maka tidak hairanlah timbul pelawaan untuk bermuzakarah dengan PAS.


Namun cadangan tersebut bukan sahaja dipandang sepi oleh PAS malah terungkitlah perkara lalu yang menghambarkan usaha tersebut.


Demang membaca kenyataan awal seorang imam muda mengajak bermuzakarah yang kemudiannya disambut dengan bersemangat oleh seorang mufti.


Situasi kali ini bukan lagi kerana UMNO terdesak sebaliknya kerana imam dan mufti tersebut melihat perseteruan dua parti yang menaungi ummat Islam itu semakin menghuru harakan keadaan.


Bagi Demang ia memang suatu hasrat mulia. Muzakarah tidak seperti perdebatan yang bakal menyerlahkan kehebatan sang juara.


Muzakarah boleh menghasilkan pelbagai kemungkinan. Penghujah yang hebat boleh jadi kalah apabila kebenaran terserlah. Kemenangan akan dikongsi bersama manakala sang egoistik akan tersungkur dan malu sendiri.


Demikian cantiknya kesan muzakarah namun kenapa ada yang menentang?


Sebenarnya bukan semua kebaikan itu disukai. Jangan kita lupa betapa akan ada pihak yang amat rugi apabila dua musuh berbaik-baik.


Kenapa?


Formulanya amat mudah. Pernahkah anda dengar perihal dua pihak yang berseteru akhirnya bersatu ketika menghadapi musuh bersama?


Itulah yang berlaku pada PAS, DAP, dan PKR. Walaupun dalam banyak perkara mereka bertentangan namun mereka berkongsi satu tujuan iaitu menumbangkan UMNO-BN.


Demang amat bimbang setelah UMNO-BN tumbang mereka pula berkelahi sesama sendiri.


Maklumlah, ketika itu mereka sudah tiada alasan lagi untuk bekerjasama.


Sementara itu bahang perhimpunan belia yang dijangka menjadi perhimpunan terbesar setakat ini semakin terasa dengan persediaan yang terus berjalan lancar.

Monday, May 14, 2012

Apabila Najib kata haram jadah


Biarpun pembangkang melalak dan melolong berteriakkan isu penyenaraian Felda yang dikatakan menipu peneroka namun ia semakin memberi kelebihan pada UMNO.

Setidak-tidaknya bilangan yang simpati pada PM telah bertambah.

Cuma yang sempat dijadikan modal sindiran pembangkang ialah keterlanjuran Najib meluncurkan perkataan 'haram jadah' kepada pihak yang menentang usaha beliau membantu peneroka.

Memang ramai yang terperanjat dengan kata-kata itu. Kalau Mat Sabu yang berkata begitu, semua orang sudah maklum. Kalau bukan mencarut dan memaki hamun, bukanlah Mat Sabu namanya.

Kalau Nik Aziz pun yang bercakap macam tu, orang ramai tidak lah pelik sangat sebab beliau selalu mengeluarkan kenyataan yang aneh-aneh termasuk memfatwakan keharusan menerima bantuan syaitan.

Jika Hj Hadi yang menuturkannya pun rakyat masih boleh faham kerana presiden PAS yang sering dipertikai oleh Mursyidul Am itu pernah mengkafirkan orang UMNO atas alasan berkompromi dengan bukan Islam.

Dan, jika yang mengucapkan ungkapan 'haram jadah' itu adalah Anwar Ibrahim, tiada siapa yang rasa pelik sebab ketua pembangkang itu memang sinonim dengan ayat begitu dalam pidatonya.

Rakyat jadi terpempan sebentar kerana yang mengeluarkan ucapan itu ialah Najib Tun Razak yang selama ini amat sabar melayani karenah pihak yang tidak bersetuju dengan beliau.

Perlu kita sedar bahawa Najib bukan malaikat. Kesabaran beliau ada hadnya. Beliau juga ada emosi.

Sebaik turun daripada pesawat yang membawanya di padang Felda Jengka 8 pagi itu dan melihat sambutan peneroka, seterusnya ternampak rumah peneroka yang kebanyakannya sudah berubah wajah, Najib mengalirkan air mata.

Najib bukan terharu dengan sambutan sebab itu sudah biasa baginya. Najib terharu kerana hasil usaha ayahandanya sudah berjaya.

Ramai yang tidak sedar betapa sukarnya untuk merancang satu program yang mampu menguntungkan semua peneroka Felda.

Dan, tiba-tiba ada yang mempertikaikannya sehingga hampir-hampir menggagalkan usaha tersebut.

Walaupun secara kasarnya rata-rata peneroka sudah berpendapatan melebihi RM4k sebulan namun masih ada ruang untuk meningkatkan lagi pendapatan peneroka berdasarkan iklim ekonomi yang semakin baik dalam industri perladangan.

Selain itu, Felda Global juga dirancang untuk membantu generasi kedua peneroka Felda yang belum tetap haluan mereka.

Majoriti peneroka faham apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dilakukan Felda. Mereka sudah diberi penerangan dan peneroka bukanlah bodoh seperti yang dituduh pembangkang.

Oleh kerana yang menyokong adalah sebahagian besar warga Felda manakala yang menentang adalah segelintir kecil maka kata-kata 'haram jadah' itu sebenarnya adalah suara hati majoriti peneroka terhadap pihak yang cuba merosakkan usaha mereka.

Najib cuma jurucakapnya.

Sunday, May 13, 2012

Peneroka ditipu


Beberapa hari ini Demang melipatgandakan penyiasatan tentang isu Felda tipu peneroka.

Bahan pertama yang Demang jumpa ialah dokumen sulit yang tersebar dalam internet yang menunjukkan peneroka dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah dengan pihak bank.

Malangnya dokumen yang dianggap rahsia besar oleh pembangkang itu hanya dokumen perjanjian biasa yang kita selalu tandatangan apabila membuat pinjaman dengan mana-mana bank.

Demang menghubungi beberapa orang peneroka, anak peneroka, pegawai Felda dan pengurus felda yang Demang kenal.

Demang sendiripun anak peneroka iaitu Felda Jengka 8. Anda anak peneroka mana? Takpe. Boleh masuk campur tapi jangan lebih-lebih!

Hasil siasatan peribadi tersebut (termasuk daripada ayah Demang sendiri) peneroka tidak langsung dipaksa untuk menandatangani sebarang perjanjian dengan pihak bank.

Macamana ni? Takkan lah Mazlan Alimin menipu? Orang PAS takkan lah nak menipu.

Mazlan Aliman juga kata peneroka akan muflis akibat menanggung hutang kerana perjanjian tersebut.

Demang siasat lagi jumlah pinjaman (jika ada) yang perlu dibuat oleh peneroka bagi membeli saham Felda.

Rupa-rupanya peneroka diberi saham terbitan PERCUMA.

Apapun, jika peneroka perlu meminjam pada bank maka ia tidak lebih RM10K.

Peneroka mungkin perlu pinjam bank pun gara-gara Mazlan Alimin juga. Kalau ikut plan A, semua akan beres tanpa masalah.

Angkara beberapa orang peneroka yang memprotes maka Plan B terpaksa digunakan. Jika tidak, ia perlu menunggu proses mahkamah yang panjang dan banyak perkara tergendala.

Mazlan kata peneroka boleh muflis dan tergadai tanah 10 ekar akibat pinjaman bank.

Termenung sebentar Demang. Setakat ini Demang sudah membuat 9 kali pinjaman bank sejak 1991 melibatkan hampir satu juta (pinjaman peribadi, beli kereta, dan sebagainya).

Takkan lah pinjam RM10K pun boleh sampai bankrup?

Rata-rata peneroka berpendapatan RM4k ke atas setiap bulan. Banyak sangatkah ansuran bulanan untuk pinjaman RM10k itu (jika ada).

Pening Demang dibuatnya. Taknak percaya, yang menuduh tu orang PAS. Takkan lah orang PAS menipu.

Siapa tipu siapa sebenarnya? Felda tipu peneroka atau pembangkang yang tipu peneroka dan rakyat Malaysia?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)