Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, July 4, 2012

Kaum cina patut risaukan anwar


Siapa tidak tahu betapa Anwar Ibrahim ada hubungan baik dengan Amien Rais di Indonesia?

Cuma Demang percaya hubungan mereka tidak lah seperti hubungan Anwar dengan Saiful atau anwar dengan sukma darmawan.

Opp! Jangan fikir yang bukan-bukan. Demang maksudkan anwar dengan saiful rapat sebab saiful adalah pembantu sulit anwar termasuk menyediakan minuman kegemaran anwar.

Apapun, telah timbul persoalan apakah hubungan mereka ada kaitan langsung dalam gerakan reformasi kedua-dua negara?

Sudah menjadi rahsia umum betapa Anwar dan Indonesia amat berkait rapat. Bahkan suatu ketika dulu Anwar Ibrahim digelar Bung Anwar!

Demang tak tahu lah kalau-kalau di Permatang Pauh 'bang' dipanggil 'bung'.

Lihat tulisan rakan blogger Demang yang diemailkan kepada Demang baru-baru ini.

Sehingga kini rakyat Indonesia khususnya masyarakat Tionghoa masih mengenang dan memperingati kejadian berdarah Mei 1998 sewaktu era permulaan gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia 14 tahun lalu.

Detik cemas dan kekalutan yang berlaku semasa kejadian tersebut, agak sukar untuk dilupakan begitu sahaja apatah lagi tatkala jerit pekik meminta tolong dari gadis-gadis Cina yang dirogol kemudian dikelar kulitnya seakan masih tergiang-giang di telinga para saksi yang masih hidup.

Awalnya sebagaimana ramai rakyat Indonesia yang lain, sebahagian besar masyarakat Cina Indonesia turut meraikan gerakan reformasi Indonesia dengan harapan kebebasan dan hak kaum mereka akan lebih terbela sekiranya gerakan jalanan tersebut berjaya menumbangkan Soeharto.

Apatah lagi saat tersebut Indonesia dan beberapa negara jiran lain turut terjebak dalam kegawatan ekonomi dek kerana sang penyangak matawang yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dianggarkan hampir 50 juta rakyatnya mengalami kehidupan yang tidak menentu kesan dari kegawatan tersebut, ditambah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian, lantas ia menjadi salah satu punca gerakan reformasi jalanan disambut dengan harapan baru.

Ahli politik opportunis Indonesia seperti Amien Rais yang juga sahabat baik Anwar Ibrahim adalah antara watak penting yang mengambil kesempatan disebalik keperitan hidup rakyat saat itu.

Dengan memanipulasi kemarahan yang membuak dalam hati nurani khalayak, Amien Rais yang turut didukung oleh sebahagian mahasiswa pro reformasi berjaya menyemarakkan lagi gerakan jalanan tersebut saban hari sehinggalah akhirnya mencetuskan suasana yang tidak terkawal.

Sebagaimana rakaman sejarah, gerakan reformasi jalanan nyata hanya gah secara teori yang tampak mudah saat dilaungkan di jalanan. Realiti yang berlaku lebih buruk dari jangkaan ramai.

Reformasi yang dicanang bukan sahaja gagal mencapai agenda utamanya untuk menguburkan KKN (korupsi, kronisme dan nepostisme), sebaliknya mengundang gejala KKN yang lebih teruk dalam pemerintahan pemimpin-pemimpin selepasnya.

Keganasan jalanan, kebakaran harta benda dan premis berleluasa manakala pemusuhan dan pembunuhan hasil kecurigaan antara pelbagai etnik dan agama menjadi-jadi.

Ribuan nyawa melayang sia-sia samada menjadi mangsa kebakaran ataupun dibunuh kejam dek kerana kekalutan di peringkat pemerintahan sehingga dalam apa jua pertelingkahan antara rakyat hanya undang-undang rimba dititik beratkan.

Tidak cukup dengan Tragedi Mei 98 yang mengorbankan lebih seribu nyawa etnik Tionghoa Indonesia, datang pula Tragedi Semanggi, Polo dan Ambon yang menyaksikan hubungan antara etnik dan agama kian runtuh.

Akhirnya apa yang berjaya dicapai hasil laungan reformasi jalanan itu yang kelihatan hanya api yang marak membakar bangunan, pembunuhan melata di banyak wilayah dan pengangguran kian meningkat.

Kesimpulannya, manfaat yang di kejar jauh dari kesampaian sebaliknya mudarat yang datang bertimpa-timpa sejak 1998 hingga sekarang. Melihat pada liku-liku sejarah ini, tepatlah keputusan rakyat Malaysia menolak acuan reformasi yang diciplak oleh Anwar Ibrahim dari Indonesia.

Terbukti, laungan reformasi hanya gah di bibir dengan membawa bersama harapan palsu namun realiti yang terjadi lebih banyak kebinasaan yang terpaksa dilalui.

Terbaru: kerajaan selangor lesap 1b


Foto di atas menunjukkan CHUA Tee Yong menunjukkan salah satu dokumen berhubung transaksi bernilai RM1 bilion melibatkan Kerajaan PKR Selangor pada sidang media di Wisma MCA, Jalan Ampang di Kuala Lumpur, semalam. -

Laporan: UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 3 Julai - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dibebani hutang, dua tahun lalu.

Penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan.

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong, selepas terkejut apabila mendapat maklumat kerajaan PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan.

Demang tahu, bagi penyokong PKR berita di atas mungkin satu manipulasi tambahan pula ia dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia.

Apa nak susah. Jika berita tersebut tidak benar maka kerajaan selangor boleh ambil tindakan undang-undang.

Selagi tiada penafian di mahkamah maka rakyat anggap ia benar.

Kalau tak percaya pada mahkamah, maka kita janganlah percaya pada keputusan mahkamah terhadap kes liwat anwar ibrahim semalam.

Tak gitu?


Sebagaimana dulu nampaknya kali ini pun mahkamah tinggi percaya berlakunya penetrasi dubur bekas pembantu anwar iaitu saiful namun kerana masalah kewibawaan bukti maka mahkamah terpaksa mengambil jalan yang lebih selamat dengan tidak mendakwa anwar.

Sebenarnya rakyat Malaysia sudah faham kaedah pengadilan iaitu ramai penjenayah terpaksa dilepaskan kerana masalah yang sama.

Justeru walaupun mahkamah gagal mensabitkan anwar dengan tuduhan namun ia tidak mampu mengembalikan kepercayaan rakyat pada anwar.

Berita penuh:

KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Tinggi di sini dalam alasan penghakiman penuh kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menyatakan bahawa ada keterangan berlakunya penetrasi dubur bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Ia berikutan keterangan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberi pandangan berlakunya penetrasi tersebut berdasarkan rumusan pakar kimia, Dr. Seah Lay Hong yang menjumpai sampel-sampel diambil daripada dubur Mohd. Saiful Bukhari mengandungi sperma 'Lelaki Y'.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah (gambar) bagaimanapun berkata, disebabkan tiada bukti sokongan, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.

Berdasarkan kenyataan mahkamah tersebut didapati berlaku penerobosan ke lubang dubur saiful cuma tidak dapat dibuktikan 100% bahawa lelaki Y tersebut adalah anwar ibrahim.

Persoalan sekarang ialah jika lelaki itu bukan anwar, maka siapakah lelaki sebenar yang telah...

Tuesday, July 3, 2012

Terkini cabaran pada anwar

Rafizi yang nampak macam pakar dedah barangkali terlepas pandang skandal anwar melibatkan berbilion ringgit semasa jadi TPM dan menteri kewangan.

Sebagai permulaan apa kata Rafizi minta anwar jelaskan rujukan berikut:

http://mymassa.blogspot.com/2012/07/rafizi-so-what-now.html?m=1

Stop logo HALAL


Ini berita terbaru:

"KUANTAN 2 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak akan bertolak-ansur dengan pemilik premis yang masih belum menukar atau memohon sijil dan logo halal jabatan itu, disebabkan mereka sudah diberi tempoh yang mencukupi untuk berbuat demikian.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini Jakim memberi kelonggaran kepada pemilik premis selama enam bulan untuk berbuat demikian, selepas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu."

Demang rasa inilah tindakan paling bodoh yang dibuat JAKIM.

Kenapa perlu memaksa pengusaha menggunakan logo HALAL dalam masa yang sama premis menjual produk haram masih berleluasa?

Logo HALAL hanya kosmetik. Lebih teruk dari itu logo HALAL menghalalkan pengusaha bukan Islam memanipulasi produk mereka dengan lebih mudah dan seterusnya menyingkirkan pesaing mereka dari kalangan pengusaha muslim yang baru nak membina perniagaan.

Bayangkan, apabila masyarakat sudah menyamatarafkan produk muslim dan bukan muslim kerana menggunakan logo yang sama, apa lagi yang istimewanya pengusaha muslim?

Menjadi penganut Islam memang amat istimewa dari segi akidah namun kehidupan mencakupi semua bidang termasuk ekonomi.

Fakir boleh membawa kepada kufur!

Adalah lebih baik JAKIM memikirkan cara untuk mendidik masyarakat agar mendahulukan produk buatan muslim berbanding sibuk menyuruh pengusaha memakai logo HALAL yang akhirnya memusnahkan perniagaan pengusaha muslim.

Apakah sumbangan JAKIM bagi membantu pengusaha muslim untuk bersaing dengan pengusaha bukan muslim?

Ustaz-ustaz di JAKIM tahukah tentang perniagaan? Tahukah betapa peritnya hendak memasarkan produk setiap hari di celahan jenama syarikat asing yang sudah terkenal?

Tahukah ustaz-ustaz JAKIM bahawa tidak sampai 1% (agaknya) pengguna bukan muslim yang sudi membeli produk muslim?

Tidak sedarkah JAKIM semua ini?

Jika semua produk dan premis di Malaysia sudah menggunakan logo HALAL maka pengguna Islam sudah tidak peduli lagi siapa pengusahanya samada Ah Seng yang rajin berderma pada kuilnya, atau Robert yang aktif dalam aktiviti gereja, atau Baharom yang sering berderma untuk masjid!

Demang bukan sengaja nak cari pasal dengan JAKIM. Demang cadangkan JAKIM buatlah sesuatu untuk pengusaha muslim.

Jangan sampai puak pembangkang seperti PAS lancarkan logo baru: PRODUK MUSLIM!

Kita tak perlu HALAL



Demang fikir kita tak perlukan logo ini. Bahkan ia makin merugikan kita.

Demang dah protes logo ini sejak zaman Paklah lagi. Ternyata telahan Demang benar. Semakin lama semakin merugikan. Ia membunuh pengusaha muslim.

Syarikat-syarikat gergasi semakin menguasai pasaran. Pengusaha kecil muslim gulung tikar dan akhirnya makan gaji dengan syarikat besar.

Oh ya, JAKIM kena lebih kreatif dalam membantu ekonomi ummat Islam. Jangan bagi alasan bahawa 'itu bukan kerja Jakim!'

Monday, July 2, 2012

PAS tanding 80 kerusi

Demang setuju dengan Azli Shukri. Bahkan Demang melihat kenyataan bertanding 80 kerusi tersebut hanya gimik PAS dalam keadaan cukup tertekan.

PAS sebenarnya melakukan kesilapan terbesar apabila cuba menumpang Anwar Ibrahim.

1999, memang majoriti rakyat termasuk pemimpin percaya bahawa Anwar tidak bersalah.

Hari ini, keyakinan tersebut audah hilang dan ia menjadi beban pada PAS.

http://azlishukri.blogspot.com/2012/07/mimpi-indah-hadi-awang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+AzliShukriToday+%28AZLI+SHUKRI+TODAY%29&m=1

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)