Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, July 9, 2012

pemungut kotak pulangkan RM133000 yang ditemui


TAWAU: Seorang pencari kotak terbuang di sini terperanjat selepas mendapati salah satu kotak yang ditemuinya mengandungi wang tunai berjumlah RM133,300 sebaik membuka kotak terbabit di rumahnya di Batu 5 Jalan Apas.

Menurut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori, Bahar Rauf, 55, beliau seakan tidak percaya dengan kejadian itu hingga membuatkannya memanggil ahli keluarganya untuk mengesahkan wang tunai yang ditemuinya.

“Saya berasa pelik kerana kotak itu agak berat berbanding kotak lain, dan selepas membukanya pula saya terkejut kerana terdapat tiga bungkusan besar yang mengandungi wang tunai di dalamnya,” katanya di sini kelmarin.

Menariknya, walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian, Bahar bertekad untuk menyerahkan wang itu kepada pihak polis di IPD Tawau pada Jumaat lepas untuk dikembalikan kepada pemilik asal.

Menceritakan pengalamannya pada hari kejadian dan rutin hariannya pula, beliau berkata dia sekadar menjalankan rutin hariannya mengelilingi pusat bandar mencari kotak-kotak terbuang untuk dijual pada hari berkenaan.

“Kotak-kotak kosong yang saya kutip dijual kepada kilang barangan lusuh sebagai pendapatan sampingan semenjak lima tahun lalu lagi,” katanya sambil mengakui rutin itu dilakukannya setiap kali habis waktu kerja sekitar jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin yang dihubungi pula mengesahkan mengenai kes itu dan memaklumkan bahawa wang terbabit telahpun diserahkan kepada pemilik asalnya.

Mengulas lanjut, Ibrahim memuji kejujuran dan sikap amanah Bahar kerana tidak mengambil kesempatan walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/09/pencari-kotak-terbuang-terperanjat-jumpa-wang-rm-133300/#ixzz205QPPl3I


Demang syorkan, jika masih ada baki gelaran DATO' dan sebagainya yang tak sempat diberikan pada artis-artis veteran yang dah tak laku tu, eloklah dianugerahkan pada pemungut kotak tersebut.

Demang teringin sangat nak jumpa insan hebat seperti beliau.

Sunday, July 8, 2012

1.2 trilion pasaran produk muslim


Apabila ummat Islam berbelanja, kemanakah wang tersebut mengalir?

Kita tidak sekadar perlukan kesedaran bahkan perlukan sistem bagi mengawalnya.

Saturday, July 7, 2012

Naga kepala tiga muncul lepas tsunami



Kata orang dua kepala lebih baik daripada satu kepala tetapi apabila ada tiga kepala maka kepala ketiga akan menghasut kepala kedua agar menentang kepala pertama.

Tujuannya agar dia dapat menjadi kepala utama.

Kepala pertama tidak boleh dibuang kerana ia adalah pilihan rakyat melalui pilihanraya yang sah.

Kepala kedua diperlukan sebagai pengimbang.

Mahu tidak mahu kepala ketiga perlu dipenggal agar dia berhenti menghasut.

Kita perlu tegas demi keharmonian rakyat.

Malam tadi Demang terdengar suara penceramah di suatu majlis tertutup tetapi dipasang pembesar suara sekuat mungkin hingga terdengar ke rumah orang kampung hingga mengganggu ketenteraman awam.

Sambil menyalahkan kerajaan dan menuduh kerajaan menipu rakyat, sang penceramah menyelitkan kesah Hang Tuah berkelahi dengan Hang Jebat.

Kononnya tindakan Hang Jebat itu betul.

Mendengar cerita yang disampaikan penceramah itu, sekali imbas Demang yang berguru (minor) dalam bidang sastera dan Sejarah Melayu di USM Pulau Pinang tahu bahawa penceramah mungkin tidak pernah membaca teks asal sejarah melayu dan hikayat hang tuah.

Mungkin dia merujuk pada filem yang pernah ditontonnya di tv atau pawagam.

Sebenarnya hampir semua filem yang berkaitan sejarah melayu diterbitkan ketika fahaman sosialis sedang melanda dunia khususnya asia tenggara.

Justeru tidak hairan lah ia dimanipulasi sewenang-wenangnya bagi mempengaruhi penonton agar menentang institusi beraja.

Thursday, July 5, 2012

Faeqah ngaku hantar surat


Faeqah, setiausaha politik MB Selangor mengaku menghantar surat agar syarikat milik keluarganya dipertimbangkan menjadi panel pada Permodalan Negeri Selangor.

Namun Faeqah mendakwa ia prosedur biasa dan syarikat lain juga menghantar surat yang sama. Faeqah juga mengatakan dia tidak membuat susulan terhadap surat tersebut.

Wah wah wah... Enaknya berbicara, manisnya bahasa. Kalau dah setiausaha politik kepada MB Selabgor hantar surat agar sesebuah syarikat dipertimbangkan adakah ia tidak bermaksud apa-apa?

Adakah ia tidak akan menjejas keputusan? Adakah permohonan syarikat lain yang bukan milik 'saudara mara' faeqah akan diberi layanan adil?

Baru sepenggal sudah begitu, bagaimana nak harapkan rakyat bagi undi untuk sepenggal lagi? Habis terpenggal lah kepala rakyat!

Nak salahkan Faeqah seorang pun kurang bijak sebab penasihat ekonomi selangor (anwar ibrahim) pun masih tak boleh jawab dakwaan meluluskan 3 bilion semasa jadi TPM dulu.

Semalam adik kandung Azmin mendakwa wang tersebut ada kaitan dengan seorang wanita.

Pulak dah! Makin rumit la anwar.

Antara solat hajat PAS dan solat hajat penduduk Islam


WASHINGTON 5 Julai - Kira-kira 1.3 juta rumah dan kawasan perniagaan di timur Amerika Syarikat terputus bekalan elektrik kerana ribut dan keadaan suhu yang panas yang melanda kawasan itu sejak Jumaat lalu dan menyebabkan 23 terkorban.

Keadaan tersebut memaksa penduduk di kawasan berkenaan untuk membatalkan pesta Fourth of July yang sering diraikan pada bulan Julai.

Syarikat bekalan tenaga elektrik memberi amaran bahawa sesetengah tempat mungkin akan mengalami gangguan kuasa dan tidak dapat menghidupkan penghawa dingin mereka sepanjang minggu. - REUTERS

Demang kutip berita yang keluar di Utusan Malaysia hari ini mengenai satu lagi musibah yang melanda negara jahat itu.

Di sebalik kemajuan yang dikecapi Amerika memang kerap dilanda musibah satu persatu.

Demang percaya selain keadaan geografi, malapetaka yang melanda juga akibat doa dan solat hajat penduduk negara yang dicerobohi dan dianiayai Amerika.

Demang lihat di negara kita ada parti politik yang buat solat hajat supaya ditunjukkan kebenaran.

Rakyat dapat melihat kebenarannya sekarang. Tun Mahathir yang dituduh jahat sehingga disamakan dengan Firaun masih sihat di usia hampir 90 tahun dan sempat lagi membuat kerja kebajikan membantu rakyat Palestin.

Kalau semasa jadi PM dulu beliau agak terikat dan terbatas maka selepas bersara ini beliau melakukannya secara langsung termasuk mengunjungi negara tersebut dalam keadaan amat bahaya.

UMNO yang diberi gambaran sebagai zalim kini semakin mantap dan kembali diterima rakyat.

Cuma yang Demang rasa ada kebaikannya solat hajat tersebut ialah UMNO kini lebih prihatin dengan rakyat dan pelbagai kebajikan bentuk baru telah dibuat.

Kemelut 1999 dan tsunami 2008 ada hikmahnya. Kita terhindar daripada pemimpin yang berlakon warak padahal tersimpan laku yang membahayakan negara jika dia dilantik.

Semoga musibah yang berlaku di Amerika itu tidak menimpa kita.

Berpolitiklah secara matang.

Wednesday, July 4, 2012

Zulkifli ulas kes liwat anwar


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan alasan penghakiman penuh Mahkamah Tinggi dalam kes liwat membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen.

Beliau yang dihubungi KLPOS memberitahu Anwar hanya dibebaskan dari disabitkan tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dari segi undang-undang namun dari segi moral telah hilang kelayakan dan integriti bergelar Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen.

"Dia (Anwar) sepatutnya letak jawatan kerana jelas dari penghakiman bahawa liwat berlaku."

Cuma Anwar bernasib baik dengan sistem keadilan jenayah Malaysia yang meletakkan beban bukti terlalu tinggi kepada pihak pendakwaan iaitu melampaui keraguan munasabah," katanya.

Zulkifli dalam nada sinis memberitahu Ketua Pembangkang itu patut berterima kasih kepada sistem kehakiman yang diamalkan di negara ini yang membebaskan beliau atas dasar "kekhilafan teknikal".

Beliau turut berkata penghakiman ini sama seperti penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dalam kes liwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dengan alasan "kami percaya kejadian liwat berlaku tetapi tidak selamat untuk disabitkan kesalahan dari segi teknikaliti".

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru ini turut mendesak agar Peguam Negara membuat petisyen rayuan dengan segera sebelum berakhirnya tempoh sepuluh hari yang diperuntukkan.

(zulkifli Nordin adalah salah seorang peguambela anwar ibrahim dalam salah satu kes dakwaan liwat sebelum ini. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas PKR dan menjadi pemimpin atasan PKR sehingga memenangi kerusi parlimen. Kini zulkifli menyertai sebahagian besar pemimpin pengasas PKR yang meninggalkan parti itu setelah menyedari pembohongan anwar).

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)