Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, March 14, 2017

PM kuasai sultan part 1



Demang Lebar Daun ialah Bendahara kepada Sang Sapurba.

Ironinya bukan Sang Sapurba yang melantik Demang bahkan Demanglah yang jemput, beri tawaran,  dan tabalkan Sang Sapurba menjadi raja selepas percaya bahawa Sang Sapurba adalah cucu Raja Suran yang berketurunan Iskandar Zulkarnain.

Demang mewakili rakyat yang mengetuai segala orang besar (menteri).  Itu sebabnya sekarang dipanggil Perdana Menteri.

Dalam perlembagaan persekutuan Tanah Melayu (Malaysia, mulai 1963),
YDA melantik seseorang yang baginda percaya mendapat sokongan lebih daripada separuh wakil rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

Siapa pula rakyat?

Selepas merdeka kita ada dua kategori penduduk. Pertama dipanggil rakyat (rakyat raja),  iaitu penduduk yang beragama Islam dan dalam perlembagaan didefinisi sebagai Melayu. Kedua,  warganegara yang asalnya dibawa masuk oleh syarikat dari Britain.

Justeru,  penduduk Malaysia sememangnya ditetapkan sejak awal dalam dua kategori berbeza dan sudah tentu bukan samarata.

Dalam adab Melayu,  kita terima tetamu yang suka pada kita dan dalam masa yang sama kita suka pada mereka sahaja. Tetamu yang tidak suka cara kita,  kita guna konsep persona non grata. Kita tidak guna peraturan Hotel California.

Ingat lagu hotel california?
Last thing I remember, I was
Running for the door
I had to find the passage back
To the place I was before
"Relax, " said the night man,
"We are programmed to receive.
You can check-out any time you like,
But you can never leave! "

Ingat,  negara kita bukan seperti Hotel California.

Negara kita macam hotel Seri Malaysia. You are welcome on 1957 but you can check out any time.

Minyak Morhabshi



Hubungan turki belanda tegang


Mudah sahaja kita kata krisis antara negara memang berlaku di sepanjang zaman. Bahkan kita boleh kata,  alaa... dalam satu negara dan kalangan satu bangsa pun berlaku.

Korea masih berpecah dua dan german pun pernah berlaku.

Kata orang,  perang adalah perniagaan. Perang bukan sahaja perlukan persediaan senjata sebelum perang malah pembangunan semula selepas perang menuntut perbelanjaan yang lebih besar.  Ertinya perniagaan selepas perang lebih menguntungkan dalam tempoh yang amat panjang.

Lebih dari itu perang menghasilkan hamba sahaya baru yang akan mengikut kata tuannya.  Apalagi, selepas perang seluruh negara berubah menjadi gedung hamba.

Maka para kontraktor global tanpa iman pun tersenyum lebar.






Monday, March 13, 2017

250,000 liter diesel dirampas



Demang ucap tahniah pada pasukan penguatkuasa yang terlibat kerana menunaikan amanah atas tanggung jawab yang diberikan. Padahal di tengah laut, jika anda berpakat dengan para penyeludup, orang bukannya tahu.

Berapa nilai duitnya?  Jika RM1 seliter, jumlahnya suku juta ringgit. Kalau dikongsi antara penyeludup dengan penguatkuasa, dapat juga lebih RM100 ribu.






Main games sampai mati


Ini bukan tajuk sensasi tapi memang betul-betul terjadi.

"Jika saya dapat putarkan masa, saya akan memantau lebih tegas penggunaan media sosial, YouTube dan internet. "Dia mengambil bahagian dalam cabaran digelar 'kick' dan bermain permainan video digelar 'hangman' dan 'pass-out challenge' di mana kanak-kanak bermain sehingga pengsan dan jelasnya ia adalah permainan amat popular.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/136613

Demang tidak mahu komen panjang lebar perkara ini. Apapun, menyalahkan pengeluar games mahupun mana-mana pihak bukanlah langkah bijak.

Lagipun dalam era globalisasi ini dengan lambakan maklumat lebih banyak daripada titis air di 7 lautan,  dapatkah kita tahan? 

Maka binalah tembok kukuh dalam diri kita dan ahli keluarga suoaya terhindar dari api neraka. 

Wallahu'alam. 

2 tan sri ditahan lari cukai, rasuah


Hari ini media perdana melaporkan dua orang bergelar tan sri ditahan kerana cuba merasuah penguat kuasa bagi mengelakkan tindakan kerana terlibat dengan rasuah.

Para pemerhati dan para penyibuk isu dengan segera menafsir bahawa ia adalah tanda pru-14 hampir tiba.

Bilapun tarikhnya,  yang paling penting ialah pengundi yang layak ialah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang telah mendaftar. Jika belum berdaftar, duduk diam-diam.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang menentukan setiap kawasan pertempatan diberi sempadan dan dinomborkan sebagai P001 hingga P222. Penduduk setiap kawasan tersebut akan memilih seorang wakil yang akan dikhaskan sebuah kerusi di dewan parlimen nanti.

Kerusi itulah yang direbutkan sejak 1952.

Oleh kerana beliau adalah wakil rakyat setempat maka antara ciri penting calon ialah berdasarkan kaum atau agamanya.

Maknanya,  jika di kawasan tersebut majoriti orang Islam maka parti-parti atau individu yang akan menawarkan diri sebagai calon untuk bertanding ialah seorang yang beragama Islam.

Sebagai contoh,  BN akan meletakkan calon daripada UMNO dan pembangkang akan memilih samada PAS, PKR,  PBM atau lain-lain yang beragama Islam. Demang dengar-dengar,  DAP pun dah ada ahli beragama Islam.

Yang dikatakan majoriti bukanlah dengan meninjau dari simpang jalan atau dari helikopter bagi menentukan kaum mana yang ramai di situ.  Sebaliknya ia ditentukan berdasarkan senarai pemilih berdaftar. Kalau ramai orang tapi tak ramai yang berdaftar,  tak ada gunanya.

Seterusnya... Nanti kita sambung lagi.


Di sebalik kemenangan Lee chong wei



Tahniah Dato Lee Chong Wei menang kali ke-4 All England malam tadi

Tiba-tiba Demang teringat pada Misbun Sidek dan adik-adiknya. Apa khabar mereka?

Untuk menyuruh mereka kembali beraksi sudah tentu tidak mungkin. Malah jika mereka mahupun, di gelanggang maharaja lawak bolehlah. 

Demang sebut legenda Hj Sidek bukan untuk mengungkit,  tapi sebagai suatu muhassabah diri sebuah bangsa. Itupun kalau kita mahu menganggap kejayaan bangsa itu masih relevan. 

Demang harap tidak ada yang sinis dengan bangsa dan mengaitkan dengan assobiyah. Jika demikian,  pergilah belajar lagi. 
Berbalik isu awal tadi jika kita pernah berada di hadapan, kenapa sekarang tidak? 

Jangan bersaing, jangan berlawan,  dan jangan cuba mengalahkan orang lain. Itulah kesilapan yang tidak boleh diulang. Menanglah dengan menguasai diri sendiri terlebih dahulu. 

Ummat Islam hidup di dunia sebagai persediaan ke akhirat.  Ada dua hubungan yang mesti dipelihara: 
Hubungan dengan Allah
Hubungan sesama manusia

Justeru jangan kalahkan orang lain sebab dengan cara itu orang lain akan lebih berusaha untuk mengalahkan kita.

Jika demikian,  bagaimana mahu berjaya?

Demang hanya orang tua yang hidup dalam dua zaman. Anda orang muda yang bermula dengan pelbagai gajet informasi. Takkanlah tidak mampu mencari kaedah terbaru bagi mengekalkan perjalanan di jalan yang lurus yang membawa ke syurga? 

Sunday, March 12, 2017

Apabila armada us berlabuh

Armada us berlabuh di selat melaka? 

Ketika berbual dengan beberapa teman termasuk seorang editor sebuah akhbar perdana dan seorang profesor madya ipta siang tadi timbul isu berkenaan fakta sejarah yang selalu bercanggah.

Selaku profesional, kedua-dua teman tadi setuju bahawa perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang harus ditakuti bahkan perlu dirai. Itu juga yang diamalkan para ulama Islam sejak dahulu kala. Ia adalah kepelbagaian sudut pandangan selagi tidak ada yang tegar menyalahkan pendapat orang lain.

Bagi Demang,  bicara sejarah secara asasnya hanyalah konsep dengar cerita kerana pengkaji sejarah sendiri tidak berada di tempat kejadian ketika ia berlaku. Malah ia telah lama berlalu sehingga tiada lagi saksi hidup. Jika ada, tidaklah ia dipanggil sejarah.

Yang dikaji,  hanyalah sumber-sumber kaku yang tidak beremosi. Ironinya,  sipengkaji sendiri dibelenggu paradigma semasa yang langsung tidak sama dengan suasana alam ketika berlaku peristiwa.

Apapun,  kata bijak pandai sejarah sentiasa menyalin dirinya dan muncul berkali-kali di sepanjang zaman.

Salah satu isu yang belum lagi mati ialah adakah tanah melayu ini pernah dijajah? Ada yang berhujah bahawa kita tidak pernah dijajah. Alasannya,  sultan kita sentiasa kekal di atas takhta dan tidak pernah menyerahkan kuasa kepada Inggeris. Gagasan Malayan Union pula tidak sempat direalisasikan.

Persoalannya,  jika tidak dijajah kenapa kita bersusah payah ke london membincangkan tuntutan kemerdekaan dan kenapa pula kita meriah sakan memyambut hari kemerdekaan setiap tahun? Mengisytihar kemerdekaan dan meraikan sambutannya adalah bukti kita mengiktiraf penjajahan.

Ok,  mukadimah Demang sebenarnya untuk membawa kesedaran bahawa definisi penjajahan tidak begitu penting.  Apapun pembuktian berkenaan istilah tidak seteruk kesan sebenar yang dirasai rakyat yang tempat tinggalnya dikuasai orang lain samada secara langsung ataupun melalui penasihat asing bersandarkan untung rugi perniagaan.

Justeru apabila US, China, hatta mana kuasa sekalipun yang mendaratkan armada dan tenteranya di perairan negara atas alasan membantu Malaysia menghadapi korea utara wajarlah dicemburui.

Demang amat berharap andaian longgar dan dangkal Demang ini hanyalah kebimbangan peribadi Demang yang tidak berasas.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)