Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, February 7, 2018

Ada baiknya ada buruknya

Ingat soalan karangan bahasa melayu dulu²: nyatakan *kebaikan dan keburukan* plastik.

Kadang² isu yang sama dijadikan tajuk debat: plastik lebih baik daripada kertas.

Maka dua pasukanpun diberi tugas sebagai pencadang dan pembangkang. Satu pihak akan menyokong bahawa plastik lebih baik dari kertas manakala pihak lawannya akan mengatakan kertas lebih baik dari plastik.

Tidak cukup dengan hanya mengatakan plastik lebih baik dari kertas bahkan hujah² juga akan dicari bagi menonjolkan keburukan kertas. Begitu juga pihak lawan akan mencari² kelemahan plastik.

Akhirnya satu pihak akan dipilih sebagai pemenang kerana pasukannya cerdik mengemukakan hujah.

Inilah yang aelalu kita terima dari mesej² media sosial. Apabila sesorang penulis menyokong sesuatu maka yang dipaparkan hanya kebaikan. Begitu juga sebaliknya. Maka kita sebagai pembaca kena peka perkara ini dan sentiasa bersikap positif. Jangan dengar hanya dari satu pihak.

Monday, February 5, 2018

Tanam padi tumbuh lalang

Ingat lagi tak? Jika x=2, y=3 maka x+y=5. Justeru x+y takkan jadi 6 atau 7 atau lain².
Itu yang orang tua² kata tanam lalang takkan tumbuh padi.

Bagaimana pula tanam padi mungkin tumbuh lalang? Maknanya jika kita tak jaga dengan baik, lalang dan rumput lain akan tumbuh. Maklumlah, bunga lalang ringan dan boleh terbang dari tempat lain.

Friday, February 2, 2018

Dikejar serigala

Pernah kena selumbar? Sakit tak? Macamana kalau kita berlari dalam semak samun yang berduri². Contohnya merentasi belukar yang di dalamnya pokok rotan dan mengkuang?

Memang sakit dan memeritkan.

Namun bagaimana jika kita terpaksa merentas kawasan itu kerana dikejar serigala liar? Adakah kita sedia menempuh duri² itu?

Demi keselamatan atau demi sesuatu ganjaran kita akan sanggup lakukan.  Duri² itu hanyalah masalah kecil yang sedia kita tempuh kerana di hujung perjalanan ada yang akan kita kecapi.

Kalau dalam bisnes, letakkan target yang berbaloi dan buatlah perkiraan yang tepat dalam jangka masa yang sesuai. Ada langkah dan strategi yang patut kita ambil. Segala kesulitan akan kita redah. Segala kesakitan tidak kita hirau kerana kita tahu di hujungnya adalah kejayaan.

Begitulah juga keseluruhan hidup ini. Apa sahaja kepayahan atau kegetiran sanggup kita tempuhi jika di hujungnya ada balasan menanti. Kita kena percaya.

Tuesday, January 30, 2018

Sains lawan sastera

Kali ni kita sembang pasal orang sains vs orang sastera

Beberapa hari lepas saya hadir satu forum di melaka. Dua orang panel iaitu seorang doktor dan seorang lagi profesor. Audiennya guru dan sedikit pelajar.

Antara perkara yang disentuh ialah keberhasilan sekolah melahirkan bilangan pelajar sains dan pelajar sastera.

Cakap mudahnya, sekolah perlu keluarkan seramai mungkin pelajar aliran sains.

Kadang² saya lihat polemik puluhan tahun dalam perkara ni diselaputi kekeliruan dan kedunguan para penularnya. Manakan tidak, pelajar aliran sains diklasifikasi sebagai cemerlang dan pelajar sastera dianggap berotak lembab.

Bagi saya, yang dungu dan bengong ialah orang yang nembuat klasifikasi tersebut.

Kesannya pihak sekolah kelam kabut nak jadikan semua pelajar dapat masuk ke aliran sains. Jika ramai pelajar sastera maka sekolah tersebut dianggap lemah.

Kalau begitu maka memang sesuailah sekolah itu dikategorikan dalam 'bottom 3'. Maksud saya, pihak pentadbirnya tidak cakna.

Mari kita lihat realiti. Ketika seorang pekerja dari aliran sains bertungkus lumus membuat ujikaji di dalam makmal, mengumpul pelbagai maklumat, dan melakukan ribuan kali percubaan bagi menghasilkan satu produk, seorang bekas pelajar sastera cuma duduk bermenung dalam keheningan malam sendirian dan setengah jam kemudian selesai mencipta sebuah lagu yang kemudiannya dinikmati oleh jutaan manusia, termasuk guru dan pelajar aliran sains.

Jika anda kata manusia tidak boleh kenyang dengan hanya makan puisi maka saya nak kata manusia juga tidak boleh mamah skru kereta atau teguk bahan kimia.

Tunggingkan ia atau kita yang menungging


Hidup ini ada dua pilihan... buat baik atau yang satu lagi.

Ada yang berfikir tapi tak beramal dan ada yang beramal tapi tak berfikir.

Bagaimana kita mahu sebuah gelas tertungging, yakni kakinya ke atas? Ada orang hanya berfikir dan biarkan idea itu terus terendam dalam kotak fikirnya. Ada yang berkata bahawa kita perlu tunggingkan gelas itu. Manakala yang lebih berani akan tunggingkan gelas itu dengan tangannya.


Namun ada yang lebih baik dari itu. Dia sendiri akan menungging supaya gelas itu kelihatan tertungging.

Ya. Ada masanya kita tidak mampu untuk mengubah sesuatu dengan menyentuhnya. Kita perlu mulakan dengan mengubah persepsi diri sendiri.

Thursday, January 11, 2018

Batu bertukar jadi makanan

Pernah dengar kisah seorang ibu yang merebus batu sehingga anak²nya terlelap?

Itulah contoh memberi harapan.

Kehidupan esok adalah harapan yang kita bina pada hari ini. Jika kita sudah tidak nampak harapan pada hari esok maka itu tandanya kita telah hampir mati.

Masih ingat kesudahan kisah tadi? Ya akhirnya atas penyerahan pada Allah dan doa secara tulus, Allah tukarkan batu tersebut menjadi makanan sebenar.

Caranya, Allah gerakkan hati seorang khalifah untuk meninjau rakyatnya pada malam itu dan terserempak dengan ibu miskin tersebut.

Demikianlah harapan disertakan doa tulus, maka Allah tukarkan batu menjadi makanan.

Monday, December 11, 2017

10 herba terbaik dunia

1⃣ *Myrrh atau Commiphora Myrrha* berasal dari somalia, banyak tumbuh di afrika dan timur tengah hingga ke india. Myrrh terbit dari bahasa arab iaitu mur bermaksud pahit. Resin myyrh yang digelar 'miracle resin' ini amat dihargai sejak zaman mesir purba. Tentera rom dibekalkan myrrh apabila ke medan perang kerana sifatnya mampu menghilangkan kesakitan, menyembuhkan luka, membasmi kuman, dan menguatkan imunisasi tubuh manusia.

2⃣ *Mustaka atau Cyperus Rotundus* merupakan herba terbaik di india dan wilayah sekitarnya terutama bagi merawat pelbagai jenis demam selain pelbagai masalah lain.

3⃣ *Safron atau Crocus Sativus* terkenal sebagai herba termahal di dunia hingga diberi gelaran herba 1001 khasiat. Boleh dikatakan tidak ada bangsa yang tidak mengetahui keistimewaan safron atau zaafaran ini. Setiap kilogram safron berharga antara RM25-35k.

4⃣ *Hempedu Bumi atau Andrographidis Herba* dianggap raja segala herba dan terkenal bukan sahaja di kepulauan melayu bahkan menjadi buruan para pedagang seluruh dunia dahulu kala. Ubat memang selalunya pahit. Ia bukan sahaja cepat menghentikan darah malah sering digunakan dalam rawatan darah tinggi dan kencing manis.

5⃣ *Misai Kucing atau Orthosiphon Stamineus* sangat terkenal dalam perubatan di nusantara.  Ia dikatakan bertindak menyingkir asid urik dan berkesan menghindari penyakit berkaitan hempedu dan buah pinggang. Bagi yang tahu, bukan itu sahaja khasiatnya.

6⃣ *Dukung Anak atau Phylanthi Herba* ini walaupun namanya pelik namun mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi meliputi penjagaan kulit, buasir, demam, hepatitis B, dan lain-lain. Barangkali itulah sebab dinamakan Dukung Anak yakni bagaikan seorang ibu yang melindungi anaknya dari apa sahaja ancaman.

7⃣ *Daun Sireh atau Piperis Folium* sudah tidak perlu diperkenalkan lagi bahkan ia menjadi syarat utama dalam perubatan samada bersifat zahir mahupun bathin. Ia cepat menghentikan luka termasuk hidung berdarah.

8⃣ *Raja Kayu*. Namanya pun RAJA kayu. Ia digunakan dalam rawatan penyakit luaran dan dalaman serta digunakan secara meluas untuk urutan.

9⃣ *Minyak Zaitun (olive oil) atau Oleaeurofea* tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran seluruh dunia mengakui pelbagai khasiatnya. Selain untuk kulit ia sebenarnya boleh merawat strok,  peredaran darah, dan banyak lagi.

🔟 *Minyak Bijan atau Sesame Oil* amat diminati masyarakat cina dan india sehingga digunakan dalam pelbagai perkara. Biji Bijan kaya dengan zat besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, Vitamin E , Vitamin B dan menyimpan pelbagai manfaat. Sesuatu yang ramai tidak tahu, ia baik untuk menegang payu dara dan alat kelamin lelaki.

*Minyak morha atau nama asalnya minyak morhabshi mengandungi semua herba yang tercatat di atas*

*Semua kebaikan datangnya dari Allah taala jua. Tidak bergerak walau satu zarah tanpa izin-Nya.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)