Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, March 6, 2018

Jenis² ujian Allah

"Ini hanya ujian."
Kebanyakan akan kata begitu. Betul, namun cuba kita ubah sedikit.

Istilah umumnya ialah ujian namun ujian boleh dibahagi kepada beberapa kelas. Antaranya kuiz, peperiksaan, dan asignment.

Ada tugasan yang perlu kita selesaikan dalam masa yang singkat. Contohnya apabila kereta di depan membelok tanpa isyarat. Jika kita maki dia maka kita gagal kuiz itu. Rasulusullah saw pesan, sabar.

Ada tugasan berbentuk peperiksaan yang kita perlu siapkan dalam masa yang sederhana. Contohnya ditegur kerana silap menguruskan pesanan pelanggan. Jangan kecewa, sebaiknya kita cari jalan bagi mengelakkan perkara itu berulang.

Jenis asignmen pula kita perlukan strategi bagi menyelesaikannya. Contohnya masalah kewangan. Perlu ada strategi dan langkah² bagi menyelesaikan tugasan tersebut. Ia mungkin ambil masa sikit. Kadang² kita perlu dapatkan ilmu serta kemahiran tertentu.

Yang penting, Allah maha melihat segala yang kita lakukan sepanjang proses menyelesai tugas tersebut.

Perasan tak saya guna istilah 'tugasan' bagi menggantikan ujian?



Minyak Morha

Sunday, March 4, 2018

Berdamai dengan takdir

Hari tu saya betul² marah. Saya arahkan 26 murid darjah 5 buat bulatan besar. Saya agihkan pelbagai alat muzik berselang seli antara mereka. Dengan itu setiap murid akan dapat bermain alatan dan jika nasib baik, semua akan merasa semua alat.

Ketika saya sibuk agihkan rupa²nya ada yang tukar menukar alat sesama sendiri. Ada yang mengambil alatan rakan tanpa kebenaran, malah ada yang menolak pemberian yang ditetapkan.

Saya benar² kecewa. Masa cuma 30 minit dan budak² itu melanggar arahan saya. Akibatnya saya berleter hampir sepuluh minit dan semua hilang mud belajar muzik, hanya dek perbuatan beberapa orang

Tiba² saya tersedar sesuatu. Betapa Allah telah tetapkan pemberiannya pada kita dan kadang² kita menolak atau merungut. Ada masanya kita ambil hak orang lain tanpa kebenaran. Kita juga bazirkan masa . Kita buatkan ramai orang kecewa. Tidakkah kita kecewakan Allah?

Berdamailah dengan takdir. Setiap yang Allah berikan itu ada hikmahmya. Sebenarnya Allah lebih dari mampu untuk beri pada semua. Namun Allah nak uji penerimaan kita. Dunia bukan syurga. 

Bersabarlah. Jika kita tidak dapat di sini, kita dapat di sana.

Minyak Morha

Thursday, March 1, 2018

Mungkin dia yang betul

Jangan terlalu percaya dengan keyakinan kita. Ya. Kita yakin kita betul, tapi kenapa dia tidak setuju? Mungkin dia kekurangan maklumat atau dia belum faham.

Pernah dengar bahawa kita adalah orang lain pada orang lain? Ertinya ketika kita merasa kita yang betul dan orang lain salah maka dia juga merasakan begitu. Dia yakin bahawa dia betul dan anda salah.

Teringat guru saya dulu selalu akhiri pengajarannya dengan kalimah: waallahu'alam.

Minyak Morha

Membakar kemenyan

Kata orang tua² jika ada kemenyan sebesar lututpun kalau tak dibakar takkan berbau. Ertinya kalau ada kemahiran tapi tak dipraktikkan tak berguna.

Di samping guna, kita kena lakukan dengan teknik yang betul. Kalau kemenyan, perlu dibakar. Kalau ditumbuk atau direndam pun tak boleh juga.

Hari ini maklumat di mana². Semuanya bagus dan jika kita amalkan akan memberi manafaat dengan izin Allah. Namun adakah kita buat?

Banyak maklumat yang kita biarkan berlalu begitu sahaja. Kita baca sebagai pengetahuan dan akhirnya kita mati tanpa ada satupun yang kita kerjakan.


Minyak Morha

Wednesday, February 28, 2018

Kita tak bodoh tapi malas

Kita tak marah kanak² lembam walaupun kadang² kita marah orang gila.

Maknanya, jika kita bodoh atau tak berdaya orang tak harapkan kita buat sesuatu. Kalau orang minta kita buat sesuatu ertinya kita memang mampu.

Tapi kenapa kita tak buat? Sebab kita malas. Alasan lain? Tak ada, sebab alasan lain itu hanyalah rekaan kita semata².
Bertangguh pun sejenis malas.


Nota² pendek cheguman di
t.me/cheguman_morha

Minyak Morha

Tuesday, February 27, 2018

Alkisah Tun Wan Najib Hadi


Tergelak kecil demang nampak gambar wan azizah di sebelah tun mahathir. Teringat pula pada najib yang mesra dengan hj hadi sekarang.

Ada orang hairan dan ada orang yang tidak perasan. Yang hairan sebab masih teringat peristiwa 10 tahun lalu manakala yang tidak perasan ialah yang mudah lupa.

Demang masih menonton dari tepi padang.

Minyak Morha

Monday, February 26, 2018

Memang dia salah

Dia memang buat salah pada kita. Hati kita sakit. Tapi kenapa kita cerita pada orang lain?

Mula² kita dah ajak orang lain tidak suka pada dia. Kemudian kita sudah rosakkan hati orang lain untuk ikut membencinya.

Pada orang yang kita kutuk kita boleh minta maaf tapi bagaimana dengan orang lain yang kita rosakkan hatinya?

Bagaimana kalau dia bawak cerita tu pada orang lain?

Jenuh jugak kita nak mintak maaf.


t.me/cheguman_morha

Minyak Morha

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)