Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, March 25, 2018

Hadiah surprise

Ingat lagi kali terakhir ditimpa penyakit? Apa perasaan apabila sembuh? Lega sangat. Rasa sangat bersyukur kerana dikembalikan kesihatan.

Pernah terlepas dari maut? Bagaimana tahap kesyukuran ketika itu?

Bukan kita tak bersyukur sebelum ini tetapi rasa syukur selepas dilepaskan dari masalah besar lebih manis dan mengharukan.

Betapa Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Dia ada cara sendiri untuk membahagiakan hambanya.


Agaknya dari situ orang ambil idea untuk buat 'surprise' hari lahir. 


Minyak Morha


Saturday, March 24, 2018

Saya ingin memberi cadangan

Memberi cadangan bukan bersifat 'memberi sesuatu' tapi 'menerima sesuatu'. Yakni menyuruh orang melakukan sesuatu.

Contohnya, "saya cadangkan awak buat pagar." Ertinya awak yang kena buat pagar, bukan saya yang akan buat.

Atau, "saya cadangkan kita buat pagar." Bermaksud saya dan awak akan buat. Ini lebih baik berbanding tadi. Sekurang²nya si pencadang mahu terlibat.

Apapun, kedua² ayat tadi masih berupa mengharap tindakan orang lain.

Yang lebih positif ialah: "biar saya yang buat pagar."


Minyak Morha


Friday, March 23, 2018

info suapan, menadah maklumat

Zaman IT bermaksud zaman teknologi maklumat. Information teknology. Sebelum ini zaman plastik, dan sebelum itu lagi, zaman logam.

Zaman batu? Dah berlalu lama, tapi kita tak buang semua. Contohnya lesung batu. Sambal belacan guna blender tak sama rasanya.

Setakat mana kita manafaatkan IT atau teknologi maklumat ini? Kalau setakat menerima maklumat maknanya kita masih di kelas tadika. Level paling bawah dalam pendidikan.

Ini yang saya katakan info suapan atau menadah maklumat.

Kita kena beranjak ke arah mencari maklumat dan menyediakan maklumat.

Minyak Morha

Wednesday, March 21, 2018

Muhammad dan alquran

Ada ke orang yang kata al-quran itu karangan nabi muhammad saw?

Jika betul andaian itu maka muhammad itu sangat hebat. Kita ketepikan sebentar hujah bahawa baginda tidak boleh membaca dan menulis.

Dalam alquran terkandung pelbagai ilmu yang amat tinggi. Bahkan para pengkaji mendapati ia meliputi semua ilmu yang ada di muka bumi.

Manusia bagaimanakah yang mampu mengarang sebuah buku sehebat alquran?

Fakta di dalamnya diakui benar selama beribu tahun. Tiada percanggahan fakta antara satu  ayat dengan ayat yang lain. Bahkan maklumat di dalamnya dibuktikan benar oleh saintis.

Bagaimana muhammad boleh sehebat itu? Siapa gurunya? Di mana baginda belajar?

Siapa sebenarnya muhammad? Siapa yang memberikan alquran pada baginda?




Minyak Morha

Monday, March 19, 2018

Kita pilih keberkatan

Yang kita tanam, pokoknya. Yang kita nantikan, buahnya.

Namun baru kita perasan sebelum keluar buah, pohonnya tempat berehat ulat dan serangga. Dahannya tempat burung singgah bertenggek.

Kemudian muncul kuntuman bunga menjamu mata. Rerama dan kumbang turut berkunjung menjamah madu.

Akhirnya muncul buah yang ranum. Datanglah manusia dengan pelbagai sikapnya. Yang tamak dan rakuspun ada. Maka hilanglah keindahan sebuah kurniaan Ilahi.

Mari kita kembalikan fitrah. Kita kekalkan sebagai anugerah pencipta yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Bukan tak boleh berjual beli tetapi kita utamakan ukhwah dan silaturrohim ketika berurusan. Kita pilih keberkatan.


Cheguman morha

Minyak Morha

Hubungkan manusia



Saya lihat jalan di daerah ibu saya menetap ini lurus². Agaknya kalau dilihat dari atas, macam petak sawah.

Anda bayangkan bagaimana berjalan di atas batas sawah. Kita tidak boleh merentasi tanaman padi hanya untuk jimatkan masa.

Rupa²nya jalan bukan hanya untuk sampai ke destinasi kita tetapi menghubungkan manusia.

Cheguman morha

Minyak morha


Sunday, March 18, 2018

Jadi kuli dulu

Ada orang terus nak jadi bos atau sifu. Kemudian dia hairan kenapa takde orang nak ber'bos'kan dia atau menjadi 'pengikut' dia.

Sebenarnya hampir semua bos hari ini pernah jadi kuli, sekurang²nya pada diri sendiri. Senang cakap, sendiri bos sendiri kuli.

Termasuklah saya.

Pada peringkat awal dulu, saya-lah tukang masukkan minyak dalam botol, tukang tampal label, tukang promote, dan tukang pos order pelanggan.

Apa yang saya tak buat? Semua saya buat sendiri sehinggalah saya rasa saya perlukan pembantu.

Hari ini pembantu saya sudah jadi bos tetapi masih buat kerja kuli sikit². Beberapa orang pembantu lagi sedang bergerak untuk menjadi bos. Insyaallah.

Saya masih kenal pelanggan saya lebih 10 tahun dahulu. Ada yang dah jadi pemborong dan ramai yang dah jadi stokis atau agen minyak morha saya.

Hingga kini mereka masih menghubungi walaupun saya dah tak uruskan stok macam dulu.

Sekarang saya sudah boleh buat perkara lain, terutama menulis. Ini sumbangan saya pada masyarakat. Ini produk kedua saya. Percuma.

Pada tangan saya Allah taala beri 2 perkara. Pertama, menguruskan produk untuk merawat penyakit fizikal dan kedua mengeluarkan produk bagi merawat penyakit yang bukan fizikal.

Anda sedang menelaah produk kedua saya.
Tak banyak yang saya boleh buat. Menulis adalah hobi saya sejak kecil dan kini saya sebarkan supaya lebih ramai yang membacanya.

Saya tulis untuk anda dan anda boleh share untuk rakan² baca. Namun untuk amalkan, bukan tugas saya.


Cheguman morha.

minyak morha


linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)