Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, June 3, 2010

PAS sahkan hubungan Anwar Amerika Israel



Harakah daily hari ini dengan bangganya menyiarkan maklumat bahawa sebuah badan berpengaruh Yahudi di Amerika mengarahkan Amerika memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim. Hal ini berikutan pendedahan ketua pembangkang itu tentang kerjasama APCO dengan kerajaan Malaysia.

Sebenarnya hubungan Malaysia dengan syarikat tersebut mudah difahami iaitu hubungan yang telus berdasarkan profesionalisme. Ia adalah tindakan kerajaan atas prinsip kepentingan negara. Memang boleh dipertikai kerana Yahudi adalah musuh Islam. Namun ia tidak sebahaya hubungan Anwar yang bersifat kepentingan peribadi.

Rakyat Malaysia wajar bertanya, apa kepentingan hubungan Anwar-Amerika-Yahudi? Apa kedudukan Anwar untuk menjalin hubungan sulit tersebut? Adakah menjadi ketua pembangkang memberi kebebasan kepada Anwar meminta bantuan dan campur tangan?

Pendedahan lidah rasmi PAS itu dengan jelas membuktikan memang wujud hubungan akrab Anwar-Amerika yang disorok Anwar selama ini. Malah, apabila pertubuhan Yahudi tersebut diberitakan mampu mengarahkan Amerika memutuskan hubungan sekarang, ia membawa maksud pertubuhan tersebut merestui (atau menggalakkan?) hubungan sebelum ini.

Persoalan lain, apakah kepentingan hubungan Anwar-Amerika pada Yahudi?

Bagi Demang pendedahan tersebut langsung tidak menguntungkan Anwar. Ada dua kemungkinan di sebalik pendedahan tersebut:

Pertama, editor Harakah terlepas pandang kerana bersikap terburu-buru membuat pendedahan sehingga terlupa implikasi negatif yang bakal menimpa Anwar. Atau;

Kedua, terdapat gerakan terancang bagi menyingkirkan Anwar dari arena politik berikutan pengumuman Anwar melantik TPM daripada DAP. Selain itu kumpulan yang anti-Anwar juga semakin ketara dalam PAS.

Dalam pada itu Anwar dan barisan peguam hebatnya berjaya mendapatkan perintah agar perbicaraan hari ini diadakan secara tertutup.

Ada lagi yang nak dirahsiakan?


sementara itu blog Cheguman Online memuatkan pelbagai entri menarik.

Wednesday, June 2, 2010

sukarelawan kita selamat dan bebas

Semua 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera rejim Israel ketika sertai misi Gaza dibebaskan dan kini berada di sempadan Jordan.

Alhamdulillah. Semoga usaha Negarawan bertaraf dunia iaitu Tun dr Mahathir itu diberkati Allah SWT dan dipermudahkan.

Sementara itu sila lihat perbincangan DEB di cheguman online


Sumber:
BH 02/06

Tuesday, June 1, 2010

info terkini

Israel tahan 480 aktivis pro-Palestin yang diberkas komandonya ketika bawa bantuan ke Gaza dan lepaskan 48 yang lain setakat ini: AFP

Sementara itu Wisma Putra mengarahkan usaha bersungguh-sungguh dilakukan bagi membebaskan semua tawanan.

Demang sarankan satu usaha bersifat jangka panjang perlu difikirkan bagi memperkasa ummat Islam. Bagi Demang cadangan memboikot produk dan perkhidmatan Yahudi seperti sebelum ini bukanlah suatu idea yang berkesan.

Kita perlukan idea lain.

Sumber:
BH 01/06

Monday, May 31, 2010

Allahu Akbar, berjihadlah ummat Islam

Yahudi berani berbuat apa sahaja kerana ummat Islam tidak bersatu. Maka bersatulah sekalian ummat Islam. Kita mulakan di Malaysia.

Demang cabar semua ahli politik lupakan sebentar pertelingkahan politik dan beri tumpuan dalam isu ini.

Allahu akbar!

Suakarelawan Islam dikeronyok kerana ulama


Kelmarin Demang menerima SMS berikut daripada seorang sahabat:

Salam.pls 4ward sms ini asap kpd sramai kwn yg ada..!-Dari ketua misi LL4G-Malaysia, Tuan Hj Noorazman: Kami sedang berada di pengairan Gaza, dalam jam 4.30ptg(waktu Mesia) kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah utk menjaga keselamatan kapalkonvoi. Dijangkakan komando Israel akanturun kekapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tersebut.Mohon doa n slt hajat dr semuamuslim.Takbir!
Tn/pn Mesej ini dfwrdkn oleh ambasodr nazirah

Pagi ini Demang terima berita terkini:
BH 31/05: Dua terbunuh manakala 30 lagi cedera apabila kapal perang Israel pintas konvoi enam kapal bantuan ke Gaza: CNN Turk

Sebentar tadi kita semua boleh lihat di kaca TV sukarelawan disergap KOMANDO ISRAEL!

Demikianlah apabila ummat Islam tidak mahu bersatu sebaliknya sibuk mempertikaikan 'orang tu tak Islam, orang ni tak berapa Islam, dan aku lebih Islam daripada korang!'.

Para ulama sudah menjadi wakil Tuhan bagi menentukan siapa yang layak masuk syurga dan siapa yang patut dihumban ke neraka.

Dendam bukan lagi amalan si dungu di ceruk kampung bahkan pemimpin yang digelar ulama sanggup memutuskan silaturrahim hanya kerana DENDAM lama!

Ayat Al-Quran diperguna bagi menolak perpaduan sesama Islam.

Itukah yang dipanggil ulama? Begitukah perjuangan Islam?

Sedangkan musuh sudah ada di dalam rumah kita.


foto:
anti israel protest
www.SyahrinAz... flickr.com

Sunday, May 30, 2010

Kerajaan diktator Anwar


Mudah sahaja memahami kenyataan Anwar untuk memberikan jawatan TPM kepada DAP. Masa depannya yang amat suram jika didapati bersalah dalam isu liwat terbaru memaksa Anwar melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri.

Hanya ada satu cara paling diyakini: gunakan apa sahaja cara agar UMNO-BN tumbang dan kerajaan baru yang dia ketuai mengambil alih. Dengan kuasa di tangan, perkara pertama yang Anwar akan lakukan ialah melupuskan semua tuduhan jenayah dirinya.

Kemudian? Anwar tidak peduli apa yang akan terjadi kemudian. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting, diri sendiri mesti dilepaskan dulu.

Jawatan TPM untuk DAP itu tidak mengandungi erti apa-apa selain jawatan rasmi. Tidak begitu pun, DAP memang menguasai kerusi pembangkang. DAP peduli apa siapa yang jadi PM? Yang penting, dalam kamus demokrasi, dominasi dalam parlimen akan menentukan keputusan!

Dalam PKR sekarang, pemimpin bukan Melayu sudah lebih ramai berbanding Melayu. DAP memang 100% bukan Melayu kecuali 2-3 kerat patung Melayu sekadar untuk perhiasan. Bertandinglah Melayu-DAP, kamu takkan menang!

PAS? Kemukakanlah sebesar mana sekalipun isu, orang Melayu tidak akan memberikan undi majoriti kepada parti yang tidak diyakini itu. Orang Melayu cuma mahukan PAS sebagai ’penegur’ kepada UMNO agar tidak terbabas. Paling banyak PAS boleh dapat ialah 23+1 kerusi berbanding jumlah 222 kerusi parlimen!

Amerika? Jarang Demang menyebut nama negara itu dalam Waadat. Baik Amerika, Israel atau mana-mana musuh sekalipun, pertentangan, perbalahan, dan suasana kecoh dalam negara sasaran, adalah bonus tak ternilai bagi mereka.

Berbalik pada tajuk Anwar diktator; tunggulah, Anwar akan melakukan apa sahaja demi menjadi PM dan melepaskan diri daripada semua tuduhan jenayah.

Malaysia akan menyaksikan para hakim diberi arahan oleh PM Anwar.

Saturday, May 29, 2010

DEB zalim?


Demang masih ingin melanjutkan diskusi dengan beberapa pengunjung terutamanya Melayu 2020 yang sudi memberi respon bagi mencari kebenaran.

Bagi melangsungkan perbincangan tersebut, Demang sarankan para pengunjung memahami hasrat sebenar DEB dan bertanya dengan jujur adakah DEB itu alat bagi menzalimi kaum lain atau sekadar memelihara hak orang Melayu yang telah dirampas penjajah dan diberikan kepada orang asing.

Sementara itu, mari kita lihat perkara lain pula yang masih bertitik tolak pada pembinaan negara.

Baca seterusnya.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)