Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, June 30, 2010

DAP tetap tolak negara Islam



Demang kutip artikal daripada blog sahabat Demang iaitu 'Pejuang Bangsa':

"PR menyasarkan impian mahu menawan Putrajaya dengan mengakhiri penguasaan lebih lima dekad Barisan Nasional (BN), persoalan yang masih menjadi perhatian ramai - sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?"

"Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah “tidak”.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.
“Ia sebuah negara sekular. -malaysian insider"


Demang rasa Demang tidak perlu komen kali ini. Segalanya sudah nyata.

Demang cuma nak ulang; "lebih mudah jika ditamatkan perjuangan melalui PAS dan semuanya bersatu menentang kafir harbi melalui UMNO.

Jika semua orang PAS menjadi UMNO, apa perlunya lagi PAS?


Cheguman mengungkap yang tersirat di sebalik sejarah klasik >>>

mansuhkan daftar undi


Kata seorang teman:

"Mansuhkan sahaja sistem pendaftaran pengundi. Setiap warganegara berumur 21 tahun ke atas layak mengundi secara automatik dan kawasan pengundi ditentukan mengikut alamat pada kad pengenalan."

Pendapat yang sama diluahkan seorang pengunjung Waadat semalam.

Demang setuju. Kaedah pendaftaran seperti yang diamalkan sekarang mungkin sudah tidak sesuai lagi. Malah ia terdedah pada eksploitasi sesetengah pihak.

Mansuhkan dan biarkan pembangkang mengusung daftar pengundi yang sudah tidak bernyawa itu ke liang kubur!


Lihat artikal sebelum ini...

foto:
voting
shenide.blogfa.com

iblis melanjutkan tempoh bergolak


Dalam riwayat, Hang Tuah diperkenalkan melalui peristiwa beliau menghalang amukan seorang lelaki yang mengancam nyawa Bendahara. Bermula dari situlah Hang Tuah dibawa berjumpa sultan dan diambil menjadi hulubalang diraja yang akhirnya menjadi laksamana.

Tindakan Hang Tuah tersebut dengan mudah difahami sebagai suatu bakti yang tidak terhingga kerana sejarah membuktikan Bendahara Tun Perak yang diselamatkan itu akhirnya menjadi bendahara yang begitu berjasa dalam menyebarkan Islam ke seluruh nusantara.

Namun tidak semua yang menganggap begitu. Dalam peristiwa amuk tersebut semua pengawal bendahara telah lari bertempiaran sehingga mendatangkan kemurkaan Bendahara. Bahkan ia tidak habis begitu sahaja apabila Tun Perak memanjangkan kes itu ke pengetahuan sultan.

Walaupun Hang Tuah sendiri yang mengesyorkan agar para pengawal terlibat tidak dihukum, namun kemunculan Tuah di istana merupakan saingan baru kepada pihak tertentu.

Mahu tidak mahu, Hang Tuah sudah mempunyai musuh peribadi di istana.

Saya bawa ceritera klasik di atas kerana masih ada yang gagal melihat jasa Hang Tuah sehingga tergamak menuduh beliau seorang pembodek. Malang sungguh di saat orang lain mengemukakan wira bangsa dan negara masing-masing, orang Melayu pula membunuh wira sendiri dengan pelbagai tohmahan. (lihat bagaimana Amerika mempromosi Rambo, James Bond, dan sebagainya melalui filem).

Seperkara lagi yang dapat kita ambil pengajaran ialah apabila seseorang membuat kebajikan maka akan ada yang berasa diketepikan. Golongan ini tidak duduk diam sahaja malah akan mula mencari peluang sehingga sering terbabas bertindak yang bukan-bukan.

Dalam sejarah Melayu, watak-watak pendengki terdiri daripada pihak yang kecewa dan merasa disingkir arus perdana. Lebih malang lagi apabila mereka gagal mencari kaedah positif untuk berjaya sebaliknya hanya nampak kejayaan melalui cara menjatuhkan orang lain.

Dalam pada itu iblis pun memainkan peranan dengan berkesan.

Modus operandi iblis bukanlah dengan mengada-adakan cerita sebaliknya dengan mengeksploitasi isu sebenar. Contohnya, apabila terdapat kelemahan dalam kerajaan seperti rasuah, iblis tidak akan mencadangkan rasuah itu dibasmi sebaliknya mengesyorkan agar seluruh kerajaan dimusnahkan dengan alasan ia tidak boleh dipulihkan lagi.

Dalam usaha itu, iblis tahu bahawa manusia yang paling mudah dipengaruhi ialah manusia yang sedang kecewa atau diganggu masalah besar. Sememangnya golongan tersebut memang ramai termasuklah golongan cerdik pandai yang mahir mempengaruhi minda masyarakat.

Iblis juga faham bahawa sesebuah sistem tidak mudah ditumbangkan, bahkan itulah yang dikehendaki iblis. Lebih lama proses perpecahan itu berlangsung, lebih baik bagi iblis. Sepanjang pertelagahan tersebut pelbagai aktiviti sampingan boleh ditimbulkan. Fitnah, tohmahan, kata mengata, tuduh menuduh, perkelahian, perbalahan dan jika boleh biarlah ia berakhir dengan peperangan.

Sesungguhnya kemusnahan manusia adalah janji iblis kepada Allah Taala.

Sementara itu saya juga sependapat betapa UMNO banyak melakukan kesilapan di masa lalu namun saya tidak dapat membohongi diri bahawa jasa parti itu dan pemimpinnya juga tidak ternilai.

Justeru saya percaya jalan terbaik bukanlah dengan membakar kelambu sebaliknya mengenalpasti kelemahan serta berusaha memulihnya.

Itulah yang membuka fikiran sekumpulan ulama yang menyertai UMNO baru-baru ini. Kemasukan beramai-ramai tersebut adalah permulaan kepada penyertaan lebih ramai lagi golongan berpendidikan Islam ke dalam UMNO bagi menyahut permintaan DS Najib agar UMNO berubah sepenuhnya.

Walaupun majoriti blogger BPN bukan ahli UMNO namun kami menyokong semua usaha ke arah penyatuan dan perpaduan. Iltizam kami lebih kuat lagi apabila terbongkarnya usaha mendaftarkan pengundi baru kalangan kaum cina secara agresif yang bakal memberi implikasi bertukarnya 'kerajaan UMNO' kepada 'kerajaan DAP'.

Melayu tidak ada pilihan lain selain bersatu dan tidak lagi boleh bersikap berkecuali. Mahu tidak mahu UMNO akan menjadi wadah perjuangan kerana ia adalah parti terbesar orang Melayu. PAS tidak menjadi pilihan kerana ia cuma parti serpihan yang kini hanya ada 23 kerusi.

Hakikatnya, proses meruntuhkan UMNO itu lebih panjang berbanding proses mematikan pergerakan PAS. Sedangkan proses yang lama itulah yang disukai iblis!

Jika semakin ramai ahli UMNO berjiwa Islam, apa bezanya lagi UMNO dengan PAS? Justeru apa perlunya lagi PAS?



Foto:
st paul stature in melaka
Arthurwst flickr.com

Alhamdulillah, niat Portugis untuk memurtadkan orang Melayu menemui kegagalan.

rasiskah Melayu?


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap perustiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

Demang tahu, ramai yang terkesan dengan bait-bait senikata lagu di atas namun akan ada juga yang mengatakan Demang rasis.

Demang tidak faham sangat maksud rasis tetapi yang pasti Demang bukan assobiyah. Demang faham sangat maksud assobiyah dan ia tidak berlaku pada kerajaan sekarang.

Yang Demang pedulikan ialah nasib orang Islam jika tampuk pemerintahan beralih kepada kaum cina melalui DAP.

Kesedaran untuk mengundi dalam kalangan masyarakat cina sejak 2008 menimbulkan tanda tanya yang bukan sedikit.
Apa agenda mereka? Kenapa mereka boleh bersatu? Kenapa mereka tidak menggunakan platform MCA yang bekerjasama dengan UMNO?

Adakah DAP lebih baik daripada MCA kepada orang Melayu?

Sementara itu Demang menjemput seberapa ramai blogger untuk bersatu di bawah BPN. Dengan penyatuan ini kita akan lebih dihormati dan pandangan kita akan diambil kira oleh pemerintah.

Sila hubungi Demang melalui cheguman@yahoo.com atau Panglima Perang Cyber.

Ahli BPN lama juga diminta menghubungi kami untuk proses mengemaskini senarai keahlian.


foto:
83502835 24be743efc jpg
500 x 334 | 95k ethicle.com

Tuesday, June 29, 2010

rahsia pengundi baru


Pengundi baru: 1 Melayu, 40 bukan Melayu

Kelam kabut DAP mempertikai statistik yang didedahkan berkenaan nisbah pendaftaran pengundi baru Melayu dengan bukan Melayu sejak 2008.

Mempertikai fakta perlukan fakta juga. Namun pembangkang sekadar menuduh UMNO sengaja mengambil kesempatan.

Mengambil kesempatan atau tidak, tak penting. Yang penting; kenapa begitu mendadak sekali peningkatan dalam pendaftaran? Apa agendanya?

Pendedahan tersebut adalah jawapan kepada persoalan bagaimana BN boleh hilang majoriti 2/3 dalam PRU12. Ia juga adalah penjelasan kepada tanda tanya kenapa MCA kalah teruk di semua negeri dan cuma perolehi 1 kerusi DUN Perak.

Sudah terang lagi bersuluh.

Pernahkah orang Melayu mensabotaj MCA begitu?

Jika demikianlah cara kaum Cina bersatu dan bertindak, bolehkah mereka diharapkan membela semua kaum apabila DAP memerintah kelak?

PAS dan PKR Melayu jangan bodoh sangat! Kaum India nampaknya sudah mula sedar bahawa mereka telah dieksploitasi PR.

Ini baru permulaan. Demang akan paparkan satu persatu rahsia politik di Malaysia yang selama ini dianggap sensitif dan disuruh sembunyikan oleh pemimpin tertinggi. Kononnya bagi menjaga sensitiviti kaum.



Foto:
ballot
ballotbot.net

barah PKR semakin menanah dan membusuk


Demang anak peneroka Felda. Jadi Demang ada hak untuk menyampuk isu Felda yang sedang hangat diperkatakan.

Namun Demang tidak mahu masuk campur walaupun Demang tahu ia isu panas. Sebab Demang lihat PKR sedang panas punggungnya kerana bakal menghadapi saman fitnah.

Kali ini PKR pula panas punggung! Panas punggung?

Dalam pada itu timbul pula berita YB PKR nak meninggalkan parti picisan tersebut. Maklumlah, perempuan ni sensitif sikit bab skandal seks walaupun tidak melibatkan perempuan.

40 buah Ulama


Demang tidak terkejut apabila ulama PAS menggunakan penjodoh bilangan 'ekor' untuk 40 orang lulusan Islam yang menyertai UMNO minggu lepas.

Rupa-rupanya kemasukan beramai-ramai tersebut amat menggusarkan PAS. Jika tidak, tak perlulah pemimpin PAS menggelabah sangat hingga sanggup membinatangkan manusia.

Kalau pemimpin PAS menggunakan penjodoh bilangan 'ekor' untuk ulama UMNO maka Demang nak gunakan istilah 'buah' untuk kebanyakan calon ulama hari ini, tak kira di mana lokasi mereka.

Sebabnya Demang lihat kebanyakan sistem yang melahirkan ulama hanya seperti kilang yang mengeluarkan cakera keras (hard disk) komputer. Bahkan ramai pula yang sekadar menjadi cakera padat (CD) dan 'pen drive' sahaja.

Salahkah Demang memperlekeh ulama? Demang tidak tahu tetapi dari pemerhatian dan pengalaman sehari-hari, Demang rasa tidak salah. Ramai yang bergelar ulama melakukannya. Contohnya, dalam kes di atas.

Kalau Demang setakat merendahkan ulama, ulama pula jauh lebih teruk apabila mengeluarkan fatwa mengikut nafsu sendiri. Dengan kemahiran mereka menghafal hadis dan ayat Al-Quran maka mudahlah mereka memperdaya orang ramai. Tambah pula mereka petah berpidato.

Berapa ramai ummat Islam yang tidak terlibat dengan politik mati katak kerana fatwa ulama di merata dunia?

Maka perkara ulama memperlekeh ulama tidaklah menghairankan sangat. Lagipun golongan itulah yang awal dipanggil mengadap Ilahi nanti.

Orang jahil macam Demang ni, di barisan belakang sahaja. Nanti di Padang Mahsyar, kita jangan lepaskan walau 'sebuah'pun ulama begini! Biar mereka tersungkur di pintu syurga.

Lagipun, mereka kan tak lebih sebuah komputer sahaja?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)