Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, March 25, 2011

GAP mengimbas kenangan Anwar Ibrahim

Demang semak rangking blog paling popular di Malaysia melalui www.alexa.com tadi dan mendapati blog GAP berada pada senarai 241.

Tempat ke 241 setelah bersaing dengan semua laman web termasuk Maybank, CIMB, portal kerajaan, akhbar online dan sebagainya adalah satu pencapaianyang amat hebat bagi sebuah blog.

Tahniah GAP.

Siapa GAP? beliau adalah salah seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu dan antara pemula dalam PKR.

Kebetulan sebentar tadi Demang menemui artikal beliau mengimbas nostalgia 1999 ketika menyokong Anwar. Lihat sini.

Jam Omega sebagai bukti


Pihak pendakwa dalam kes liwat Anwar Ibrahim dijangka akan menggunakan jam Omega milik tertuduh yang ditemui dalam sebuah bilik hotel bagi mendapatkan sampel DNA lelaki itu.

Lihat selanjutnya.

jika ulama tonton video seks Anwar


Apabila 3 dato' tampil dalam siaran berita perdana di TV semalam mendakwa memiliki video seks siaran tertunda Anwar Ibrahim, ramai yang ternganga.

Yang tertutup ialah mulut penyokong PKR.

Namun itu hanya sebentar. Demang lihat di beberapa blog sahabat, para pencinta Anwar Ibrahim mula berkeriau semula walaupun tidak begitu jelas buah butir tulisan mereka.

Sebagai peminat Anwar Ibrahim, mereka berusaha untuk mencari jalan bagi mempertahankan lelaki pujaan mereka itu.

Akhirnya timbul idea untuk menghebohkan bahawa tindakan 'Dato Trio' itu menyimpan dan menonton video seks tersebut adalah satu perbuatan haram.

Para peminat Anwar Ibrahim tersebut mula seronok dengan idea baru itu dan mengulang-ulang di dalam ruang komen blog yang mereka layari.

Demang nak tanya, jika menonton video seks pemimpin PKR itu suatu dosa, bagaimana dengan pegawai pencegah maksiat yang mengintai pasangan zina sebelum menangkap mereka?

Berdosa jugakah para peguam dan hakim yang akan diminta menilai kesahihan pelaku seks dalam video tersebut?

Rupa-rupanya penyokong pembangkang memang cetek pemikiran dan memiliki akal yang singkat.

Tapi, ya lah... kalau mereka cerdik, tak-lah mereka sokong pembangkang.

Thursday, March 24, 2011

AWAS Berita terbaru: gempa, gempar, gegar

 Yang mana anda mahu baca dulu?

Berita pertama (gempa & gegar)
Gempa bumi kuat 6.8 magnitud landa sempadan Myanmar berhampiran China, Laos dan Kemboja, 10 malam tadi, gegaran sehingga Bangkok. (BH 24/3)

Berita kedua (gempar & gegar)
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serah video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang kepada polis, termasuk jam tangan Omega. (BH 24/3)

Demang rasa gegaran akibat berita kedua lebih hebat lagi. Silap-silap akan menghasilkan tsunami lebih besar daripada fenomena PRU-12.

Jika kita semak semula sejarah, sebelum 1999 PAS hampir kehabisan bahan api untuk terus bergerak. Banyak cawangan PAS yang cuma tinggal bangunan sahaja

Peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim seolah memberi sumbu baru pada PAS. Kekaguman orang Melayu terhadap cerita perjuangan Anwar semasa menjadi siswa dengan cepat membakar simpati orang ramai.

Orang ramai tidak dapat menerima perkhabaran yang mengatakan pemimpin yang petah berpidato dan berwatak wara’ itu mempunyai tabiat seks luar biasa.

‘Ibarat jong pecah yu yang kenyang’ PAS dengan pantas menyambar peluang untuk kembali bernafas.

Pun begitu, walaupun UMNO kehilangan banyak kerusi dalam PRU-11, kerusi PAS tidak banyak bertambah. Undi yang hilang daripada UMNO beralih kepada PKR.

Terbukti bahawa walaupun UMNO ditolak (ketika itu) PAS bukanlah pilihan orang Melayu.

Hari ini, kemelut dalam PKR semakin memuncak. Mampukah PAS berjuang seorang diri semula seperti sebelum ini?

Atau terbenamnya PKR nanti akan turut menarik dan menyedut PAS sehingga terbenam dan terkambus bersama-sama.

PAS perlu sedar bahawa nyalaan pada sumbu tanpa bahan api yang cukup hanyalah nyalaan sementara. Ia bukan sahaja akan cepat padam bahkan akan memusnahkan pelita itu secara keseluruhannya.



Rincian perbcaraan kes liwat Anwar pagi tadi

Pagi tadi perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim disambung dengan mengambil kira keputusan mahkamah semalam yang menolak penganmbilan sampel DNA daripada tubuh tertuduh sebagaimana yang diminta pihak pembela.

Sebagai ingatan, pihak mahkamah walau bagaimanapun membenarkan sampel DNA diambil daripada tiga barang kes yang pernah digunakan tertuduh.

Lihat detail perbicaraan pagi tadi di sini.

PAS perlu kembali pada perjuangan asal

Walaupun Demang menyarankan konsep negara tanpa pembangkang yang berasal daripada konsep kekhalifahan Islam namun jika pemimpin PAS tegar mempercayai konsep demokrasi barat itu lebih baik maka Demang harap PAS kembali berjuang sebagaimana zaman Dato' Asri dulu.

Maksud Demang, berpolitik secara sederhana dan mengakui 'yang benar dalah benar' manakala 'matlamat tidak mungkin menghalalkan cara'.

Jika sudah dihadapkan di depan muka bahawa DAP itu adalah kesinambungan PAP (Lee Kuan Yew) dan PKR itu parti yang ditubuhkan bagi mempertahankan Anwar Ibrahm, maka PAS tidak boleh lagi berpegang bahawa 'asalkan UMNO kalah' apa pun tak apa!

Sekarang sudah nyata bahawa Anwar bukan sahaja membawa pekung bahkan Anwar itu-lah sebenarnya pekung.

Maka, tinggalkan sahaja Anwar kerana busuknya akan terpalit pada semua.

Dimensi baru: blogger ganti pembangkang rakyat jadi hakim

"Seorang sahabat bertanya: jika PKR bubar, pakatan akan rungkai. Tiada lagi saingan kepada BN-UMNO. Nanti mereka akan beraja di mata bersultan di hati."


Kata Demang, apa nak dirisaukan? Singapura boleh maju tanpa pembangkang. Brunei tak bankrap pun walau tiada pembangkang.


Jangan susah hati. Walaupum parti pembangkang lemah, wakil rakyat tidak boleh berbuat sesuka hati. Walaupun pertandingan dalam PRU akan dimenangi BN sahaja nanti tetapi pemilihan dalam parti komponen tetap berlaku. Rakyat boleh menyaring pemimpin di situ.


Jika Hj Hadi atau Mat Sabu nak jadi YB, mereka boleh masuk UMNO dan bertanding.
Jika menang, bukan sahaja boleh jadi YB malah jadi menteri atau Perdana Menteri pun boleh!


Dalam zaman ICT ini tiada siapa boleh selamat jika menipu rakyat. Jika parti pembangkang tiada, blogger akan menggantikannya. Sidang parlimen maya dibuka 24 jam sehari semalam, 365 hari setahun.


Blogger dan pengguna laman sosial seperti FB akan bongkar setiap kemungkaran pemimpin agar rakyat boleh membuat keputusan samada memilih atau menyingkirkan seseorang calon.


Blogger sukar dirasuah sebab terlalu ramai. Setiap rakyat boleh menjadi blogger atau facebooker bila-bila masa dan di mana jua.


Awas semua wakil rakyat, jangan terperanjat jika pada suatu hari anak anda menarik tangan anda ke skrin komputer dan berkata:


"tengok, itu kan seluar dalam ayah?"

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)