Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, May 17, 2011

Jom analisis berita yang dibaca

Bagaimana anda membuat analisis jika membaca sesuatu berita?

Mari kita lihat fakta berikut:

“Perangkaan terbaru yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan menunjukkan sehingga 31 Dis 2005, bilangan kenderaan berdaftar di negara ini ialah 14,816,407 juta berbanding hanya 7,686,684 juta kenderaan pada tahun 1996.”

Apa yang anda faham? Ya. Statistik di atas menunjukkan peningkatan lebih kurang seganda jumlah kenderaan di Malaysia.

Jika setakat itu sahaja yang kita faham ertinya kita baru mendapat separuh markah. Ya, separuh bukan setengah. Separuh ertinya 50% manakala setengah mungkin bermaksud 0.5 markat.

Lihat baik-baik, Demang tulis ‘markat’ bukan ‘markah’. ‘Markat’ merujuk pada ‘skor mentah’.
Ertinya kita dah dapat markah lulus.

Untuk dapatkan markah penuh kita perlu kaitkan dengan perkara lain yang berkaitan kehidupan kita.

Pertama, peningkatan seganda bilangan kenderaan menyebabkan pertambahan guna tenaga petroleum sebanyak seganda juga. Kesan segeranya ialah kerajaan perlu menambah subsidi sebanyak seganda lagi.

Oh ya, sepatutnya kita sudah maklum bahawa harga petrol yang kita guna sekarang (samada anda seorang jutawan atau papa kedana) ialah harga setelah ditolak subsidi daripada wang negara.

Takpe. Jangan kecik hati. Oleh kerana kita adalah rakyat, maka berhaklah kita ke atas wang itu. Namun perlu kita ingat bahawa tidak semua rakyat bernasib baik. Rakyat yang daif perlu dibantu.

Bantuan kepada rakyat tidak semestinya dalam bentuk wang tunai. RMT dan SPBT yang dinikmati murid-murid sekolah juga sebahagian daripada definisi bantuan kepada rakyat.

Buat kolah masjid pun menggunakan budget yang sama.

Ingat, wang tidak bertambah tetapi bertukar tangan. Ini juga berkaitan dengan ajaran Islam yang menyebut “pada harta kamu ada hak orang lain.”

Secara mudahnya, jika subsidi untuk petroleum bertambah, maka peruntukan untuk perkara lain terpaksa dikurangkan.

Ok, kita berhenti setakat ni dulu.

Hadi Kekal Presiden PAS

Demang ucap tahniah pada Hj. Hadi yang mengekalkan kerusi presiden.

Untuk penggal ke berapa, ye?

Dengan kemenangan ini Demang harap Hj Hadi jadilah presiden yang betul-betul, yang mampu menentukan hala tuju parti dan tidak sekadar mengikut telunjuk grup Husam atau Nik Aziz.

Bagi Demang kemenangan tersebut membuktikan Hj Hadi masih berpengaruh dalam PAS.

Monday, May 16, 2011

jika Anwar jadi PM

Tiada tuduhan salah guna kuasa.
Tiada tuduhan salah laku seks.
Tiada aduan Ummi Hafilda tentang skandal seks dengan isteri orang.
Tiada aduan dan pengakuan liwat.
Semuanya tiada.

Maka pada suatu ketika Dr Mahathir pun mengumumkan perletakan jawatan Perdana Menteri. Kemudian diumumkanlah pengganti beliau iaitu Dato Seri Anwar Dato Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Cuba bayangkan, bagaimanakah respon Karpal Sigh yang pernah mencabar Anwar agar menafikan tuduhan liwat. Ingat, Karpal mendakwa mempunyai bukti mengenai tuduhan tersebut.

Apa pula kata Mat Sabu yang sebelum itu telah memberi gelaran 'Aljuburi' pada 'Perdana Menteri Malaysia' itu dalam ceramah-ceramah umum di seluruh negara?

Apa pula pandangan Hj Hadi dan Nik Aziz?

Jika itu terjadi, anda nak percaya cakap siapa? Cakap Dr Mahathir yang melantik Anwar sebagai PM yang baru atau cakap Karpal, Mat Sabu, Hj Hadi atau Nik Aziz yang menentang perlantikan itu.

Jawab dengan jujur, sheikh.


Bagaimana pula dengan link berita di bawah? Siapa boleh tolong jawab dan nafikan semua itu bagi pihak Anwar 'Perdana Menteri' baru?

Bapa Anwar miliki saham 20 syarikat

Kek perisa babi




Demang cadangkan lepas ini kita jangan lagi makan kek atau beli kek untuk majlis harijadi, perkahwinan dan sebagainya.

Sebagai ganti, kita guna kuih bingka atau bengkang. Bentuknya tak jauh beza dengan kek. Macam-macam perisa boleh kita adun. Ada bingka ubi kayu, keledek, nenas, karot, tepung, barli, dan sebagainya.

Tak perlu tempah, kita buat sendiri. Sebab, kalau tempah di kedai mereka akan gunakan bahan yang entah dari mana.

Kalau tak reti buat, boleh belajar atau mintak tolong jiran atau sedara. Tapi jangan lupa bagi duit beli bahan dan lebihkan sikit untuk upah. Hidup ni jangan nak berkira sangat.

Selamat hari guru.

Berita asal:
PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’

Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.

Sumber:
http://m.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fbharian%2Farticles%2FDuabahanbuatkek_rotiadaDNAbabi_JAKIM%2FArticle%2Findex_html&h=2e9b8&refid=0&_ft_a=214066990599&_ft_tf=184654541584588&_ft_tpi=214066990599&_ft_ti=17&_ft_time_ft=1305506140&_ft_mf_objid=184654541584588&cb=5

Guru alat kerajaan

Guru penjana transformasi pendidikan negara

Demang ucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua teman seperjuangan samada yang mengenali Demang ataupun tidak.

Bagi Demang tema tahun ini agak berat kerana ia mendukung hasrat perdana.

Apabila badai besar melanda BN dalam PRU12, para pemimpin UMNO berdepan dengan pilihan iaitu 'berubah atau rebah'.

Maka Najib membuktikan pada dunia bahwa anak Bugis tidak pernah gentar menyahut cabaran.

Justeru cendikiawan dan ahli fikir negara dikumpulkan dan diminta satu formula. Maka dari situ mereka sebulat suara memberi saranan:

TRANSFORMASI.

Besok, para guru akan diraikan dalam sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing dengan tema Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

selamat hari guru.

Sunday, May 15, 2011

AMK akan tawan kubu BN

Orang Melaka Dalam Buangan iaitu Samsul rupa-rupanya masih tidur dan terus bermimpi.

Kalau 2-3 tahun yang lalu AMK buat kenyataan nak tawan kubu BN, ayam itik Demang pun rasa bersemangat nak tolong kempen untuk PKR.

Tapi, sekarang dah lain. Persepsi rakyat bukan sahaja sudah berubah malah menyebut nama PKR pun orang dah menyampah.

Najib tidak beretorik sebagaimana Anwar. Najib jenis buat kerja.

Oh ya. Lihat tema hari guru tahun ini. Jika anda mengikuti transformasi yang sedang dibuat Najib, anda akan sedar bahawa Najib bukan main-main.

Tapi jika anda masih berfikir seperti pembangkang, bersedialah untuk duduk dalam longkang.

Saturday, May 14, 2011

Nik Aziz keluar fatwa isu video seks

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti,selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni,tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka.Walaupun orang itu menteri ke,tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh.Malah kini televisyen dan internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia,pihak berkenaan akan menerima bahana nanti.

“Selagi tidak membuat kenyataan balas atau taubat atau sebagainya, tidak ampun dosa. Untuk menyucikan (hapuskan dosa), hendaklah memohon maaf,” katanya dalam kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu,Kota Bharu semalam.

Demang fikir Nik Aziz eloklah kawal sikit mulut tu. Apabila orang dah anggap awak ulama’, kenalah berfikir lama sikit sebelum buat kenyataan.

Apa alasan Nik Aziz bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar? Jika pun Nik Aziz percaya lelaki itu bukan Anwar, beliau perlu kemukakan bukti, fakta, atau sesuatu yang boleh menyokong keyakinannya itu.

Nik Aziz tidak boleh sekadar minta orang ramai terima kata-katanya bulat-bulat. Beliau perlu yakinkan rakyat bahawa lelaki itu bukan Anwar.

Sumber:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)