Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, June 13, 2011

Nizar nak dedah surat Mahathir

Nizar nak dedah surat Mahathir
Isu hudud timbul lagi. Kali ini dengan cara berbeza. Kalau dulu isu hudud muncul apabila parti PAS mencadangkan penubuhan negara Islam tetapi kali ini ia muncul apabila PAS menukar konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Kata Hj Hadi, negara berkebajikan tu negara Islam la. Hj Hadi ingat DAP bodoh atau beliau sangka rakyat yang bangang?

Kalau ia sekadar bertukar istilah, kenapa nak ditukar? Mengaku sahajalah bahawa penukaran itu kerana DAP menolak konsep negara Islam!

Bingung dengan isu tersebut, Nizar yang mewakili golongan sekular itu mendakwa masih menyimpan surat Dr Mahathir yang dikatakan menolak perlaksanaan hukum hudud.

Nizar menyangka ugutan tersebut akan menakutkan UMNO dan dalam masa yang sama rakyat akan menyangka PAS menyimpan rahsia besar.

Tak sampai 12 jam selepas kenyataan Nizar, para blogger prokerajaan termasuk Demang menyiarkan secara meluas kandungan penuh surat yang dikatakan rahsia besar itu.

Apa Nizar dan PAS nak kata lagi?

Demang cadangkan Nizar pergi melutut ke kaki bapa saudaranya (Ngoh Ngeh). Kalau perlu, cium tapak kakinya bagi mendapatkan berkat dan idea baru.

Sunday, June 12, 2011

surat penjelasan hudud Perdana Menteri Malaysia kepada Menteri Besar Kelantan

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

melayani kerenah raja

Lebih kurang 24 jam yang lalu, Demang membelokkan kereta masuk ke garaj di kediaman kami dengan selamat.

Alhamdulillah.

Cuti sekolah kali ini Demang ke Cameron Highland. Memandu dari Tapah melalui jalan lama, meski lembab namun nyaman terasa. Sejuk mata memandang panorama hijau yang belum begitu banyak terusik.

Setelah dua malam menginap di Tanah Rata, kami mengambil keputusan untuk turun ke Gua Musang, seterusnya ke Kota Bharu.

Sebenarnya ini adalah perjalanan bersejarah kerana Demang sendiri belum pernah ke Kelantan sebelum ini.

Berbeza dengan perjalanan naik melalui Tapah, pemandangan sepanjang jalan melalui Kelantan diganggu tobekan dan tarahan bukit secara melampau di sana-sini. Isteri Demang tidak habis-habis menyesali tindakan tidak bertanggung jawab pihak yang terlibat.

Demang jelaskan pada beliau bahawa isu penarahan dan penggondolan Loging bukan isu terpinggir. Ia pernah menjadi isu besar dan mencabar kewibawaan kerajaan PAS Kelantan.

Namun isu tersebut dikatakan melibatkan pihak istana dan membabitkan kekangan serta batasan tertentu yang sukar diatasi.

Demang cuba memahami masalah kerajaan PAS Kelantan namun terfikir pula, Perak juga mempunyai raja tetapi kenapa masalah tersebut tidak timbul di Perak?

Demang ragu, benarkah pihak istana yang bersalah atau kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah yang timbul dengan baik? Pahang juga mempunyai raja dan pernah mengalami masalah penebangan hutan tetapi kerajaan negeri menyelesaikannya dengan baik.

Lihat bagaimana Tun Khalil Yaakob mengendalikannya. Lihat juga bagaimana Tun Ghabar Baba menyelesaikan konflik ahli politik dengan Yam Tuan Besar NS.

Malah, Tun Dr Mahathir mempunyai banyak pengalaman berurusan dengan isu pihak istana. Lihat hikmah pindaan perlembagaan 1993 yang mengukuhkan semula institusi beraja. Pindaan tersebut bukan untuk membuang raja malah itulah formula terbaik bagi memastikan kemandirian institusi tersebut.

Sistem kesultanan adalah penerus sistem kekhalifahan Islam.

Kita perlu sedar bahawa negeri Melayu ialah hak sultan. Melarang sultan menggunakan harta mereka adalah tindakan bodoh tetapi membiarkan hutan dan bukit dibelasah sesuka hati menunjukkan kerajaan itu lebih bodoh.

Di sinilah perlunya KEBIJAKSANAAN.

Demang terfikir juga, barangkali inilah sebabnya pengundi bukan Melayu lebih cenderung memilih PAS yang diterajui silurus bendul (kalaupun bukan sibodoh sombong)? Maklumlah, kita pun tahu siapa pengusaha sebenar yang MENGERJAKAN bukit bukau di Loging dan sekitar perbukitan itu.



Apapun, suasana Kelantan terutama di Kota Bharu menambat hati kami. Tahniah kepada rakyat asal Sultan Kelantan yang mampu menguasai ekonomi berbanding negeri lain. Orang Kelantan ada kelebihan tersendiri dan patut dicontohi.

Terengganu sudah tidak asing pada kami. Destinasi pelancongan utama keluarga kami itu menyambut kedatangan kami dengan ramah. Sayangnya kami tidak boleh berlama tetapi masih sempat meratah SATA yang enak.

Begitu juga Pahang. Kami cuma melintasi bandar Kuantan sebelum menuju ke Segamat. Hasrat untuk menikmati ikan patin masak tempoyak di Temerloh terpaksa diurung akibat kekangan masa.

Demang tidak mahu mengulas panjang tentang Pahang sebab Demang membesar di negeri itu sejak berusia 7 tahun hingga menamatkan zaman bujang.

Terima kasih Pahang kerana memberi ruang untuk Demang dan keluarga menumpang selama hampir 30 tahun.

Kini Demang menumpang kasih di Melaka. Adalah silap jika mengatakan orang Melaka tidak beraja kerana negeri-negeri seperti Melaka bernaung di bawah Yang DiPertuan Agong. Ertinya, sekarang orang Melaka adalah rakyat Sultan Mizan menurut perlembagaan.

Kami menamatkan perjalanan sekitar jam 2.00 pagi setelah merentasi lebih 1500 KM meliputi enam buah negeri.

Bagi Demang, Kelantan biarlah terus dengan keunikan tersendiri. Adalah kurang adil memaksa rakyat Kelantan menentukan kerajaan mereka sendiri biarpun terdapat beberapa kelemahan kerajaan PAS.

Permulaan kemelut politik orang Melayu sebenarnya sedikit sebanyak dipengaruhi keghairahan sesetengah pihak untuk mengubah kerajaan sedia ada. Inilah juga yang berlaku di Kelantan. Hal ini kerana kerajaan yang sudah lama bertapak di sesebuah negeri sudah membina dan membentuk suatu sistem tersendiri.

Bagi Demang, perubahan tidak semestinya bermaksud mengubah sebaliknya ia lebih molek dilakukan melalui kaedah PEMBETULAN.

Itulah yang sepatutnya kita lakukan. Najib sedang melakukannya dengan gigih, maka bantulah beliau ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri dan selagi beliau tidak menderhaka pada wasiat raja-raja Melayu.

Yang lebih penting, beliau tidak mengajak kita murtad atau menyeleweng daripada akidah tauhid.

Wallahu'alam.



Foto:
Terima kasih http://anuarmz.blogspot.com/

Saturday, June 11, 2011

Mahathir tak layak jadi teladan

Nizar, bekas MB boneka DAP di Perak mendakwa menyimpan surat yang membuktikan Tun Mahathir pernah menolak negara Islam yang dicadangkan PAS.

Sebelum itu, dalam artikal yang sama (Harakahdaily 11 jun) Nizar menyatakan Tun Mahathir tidak layak dijadikan teladan walaupun menjadi PM selama 22 tahun.

Demang percaya surat itu ada dalam simpanan PAS tetapi PAS takkan keluarkan kepada rakyat atas beberapa sebab.

Pertama, surat itu akan menjelaskan sebab-sebab 'penolakan' cadangan tersebut serta implikasi terhadap politik ummah.

Kedua, surat tersebut akan membuktikan bahawa dulu PAS memang nak tubuh negara Islam tetapi dihalang UMNO manakala sekarang PAS menukarnya kepada Negara Kebajikan pula.

Ketiga, ummat Islam akan mengejek PAS kerana menukar perjuangan kerana takut pada DAP.

Friday, June 10, 2011

Anwar saman blogger

Hari ini para blogger mula menyiarkan cabaran kepada Anwar Ibrahim agar menyaman mana-mana blogger yang pernah menyiarkan video seks dan mendakwa pelakunya ialah beliau.

Demang percaya. Seperti biasa, Anwar akan berdiam diri sahaja.

Kalau Anwar berani saman, dah tentu dia dah saman Umi Hafilda Ali dan Ezam M Nor sebab tuduhan mereka bukan sedikit yang amat memalukan Anwar dan keluarganya.

Yang peliknya, dalam beberapa kes lain Anwar berani pula bawa kes ke mahkamah atau buat laporan polis!

Thursday, June 9, 2011

ceramah agama DAP kepada Tun Mahathir

Harakah langsung tak sensitif apabila menyiarkan kenyataan orang bukan Islam yang menasihati orang Islam tentang Islam. Jika orang bukan Islam itu ikhlas, kenapa tak masuk Islam? Menyuruh orang buat apa yang mereka tak suka buat bermakna mereka sekadar mempersendakan orang yang disuruh itu.

PAS wajar suruh Anwar bersumpah sebab itu memang cara Islam. Nik Aziz dan Hj Hadi pun akui kaedah bersumpah memang ada dalam Islam.

Kenapa PAS dia apabila Karpal suruh Anwar bertaubat?

Anwar juga patut saman Karpal.

DAP pula, lebih baik suruh Anwar saman Tun Mahathir jika beliau salah. Jangan lupa untuk saman juga Ummi Hafilda Ali da Ezam Mohd Nor yang setiap hari mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan seluruh keturunan Anwar Ibrahim.

Written by Ismail Hashim  
SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim (gambar) berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.

Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.

Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.

“Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.

Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.

“Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.

“Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak,” tegasnya.

Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.

Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.

Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.

Wednesday, June 8, 2011

saifudin kata Tun Mahathir haprak

PKR ternyata bertindak bodoh apabila menyerang mantan PM, Tun Mahathir.
Lebih bodoh lagi apabila yang melakukannya ialah Saifudin Nasution.

Harakah hari ini melaporkan:

"Karpal sekat hudud: Saifudin kata Dr Mahathir haprak
Written by Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud."

Demang ada bukti kajian yang menunjukkan 8 daripada 10 pengundi berumur 21-34 tahun amat mengagumi Tun Mahathir.

Hal ini dibuktikan lagi dengan kemenangan Mukhriz di kawasan kubu kuat pembangkang dalam PRU yang lepas.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)