Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, March 8, 2012

Hadiah untuk penjawat awam yg sokong kerajaan sahaja



PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain.

Sumber:
UTUSAN
Aspirasi pada 3/08/2012 04:45:00 PMKongsi

posted from Bloggeroid

Amuk kerana makhluk halus



"Ada seorg hamba Allah dtg ke rumah sakni. Anaknya terkena 'gangguan' misteri. Slps d sapu minyak morhabshi, x sampai 5 minit, ayahnya terasa ada 'sesuatu kelainan' pd dirinya. Terasa bulu roma meremang secara tiba tiba. Tak semena mena lututnya jadi 'lembik'. Tak tau apa sebabnya. Tk" (Sukri Terengganu)

Ketika menyampaikan ceramah semalam terasa handphone di atas meja bergetar. Setelah selesai sesi maka saya mendapati SMS di atas berada dalam inbox saya.

Jika anda mengikuti blog ini anda tentu akan perasan bahawa penghantar SMS tersebut sudah beberapa kali berkongsi maklumat khasiat minyak morhabshi dengan kita.

"Terima kasih bebanyak En Sukri."

Selain beliau ada beberapa orang lagi yang rajin menghubungi saya untuk berkongsi pengalaman misteri pengguna minyak morhabshi. Antaranya ialah saudara Harizal di Pulau Pinang.

Harizal pernah menceritakan kisah dia dihalang memasuki sebuah rumah oleh seorang 'pesakit'.

Beliau ke rumah tersebut setelah diminta oleh tuan rumah itu kerana salah seorang ahli keluarga mereka mengalami penyakit aneh.

Harizal tiba dengan membawa minyak morhabshi yang dipesan. Namun sebaik memasuki perkarangan rumah, lelaki itu seolah tahu tentang mimyak morhabshi yang dibawanya dan mula marah-marah.

Namun mereka berjaya mencalitkan minyak morhabshi pada tubuhnya dan mententeramkannya.

Saya pernah menceritakan dalam blog ini mengenai salah seorang adik saya yang pernah diganggu dan berperangai aneh.

Menariknya, jika kami meletakkan minyak morhabshi pada pintu, beliau tidak berani melepasi pintu tersebut dan beriya-iya menyuruh kami mengalih atau membuang minyak tersebut.

Berbalik pada SMS tadi, saya telah membalasnya:
"T.ksh krn berkongsi maklumat. Harap semakin baik. Maaf lewat reply."

Pagi tadi saya menerima respon berikut:
"Sejam lps tu, dia kembali normal. Tk".

Wallahualam.

Foto orang mengamuk di atas sebagai hiasan sahaja.

posted from Bloggeroid

SBPA batal SSM guna semula

Terbaru: PM sebentar tadi mengumumkan skim gaji perkhidmatan awam (SBPS) yang baru dicadangkan akan dibatalkan dan SSM yang digunakan sebelum ini akan diteruskan.

Lihat laporan lanjut di

http://pakmie.blogspot.com/2012/03/sbpa-dimansuhkan-penambahbaikan-ssm.html?m=1

posted from Bloggeroid

Di mana Dirang?


Ibu kanak-kanak hilang yakin anak disembunyikan di kawasan berhampiranPASIR GUDANG: Selepas lapan hari berlalu, keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang lebih manja dengan panggilan Dirang, masih menaruh harapan tinggi supaya anak kecil itu ditemui segera dalam keadaan selamat.

Harapan itu disandarkan mereka selepas mengadakan solat hajat serta doa selamat, selain pandangan lima pengamal perubatan tradisional dan Islam yang membantu keluarga Dirang.

Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata sejak hari pertama anaknya dilaporkan hilang, beliau dan suaminya, Lima Medeng, 25, berusaha mencari anak kesayangan mereka di sekitar daerah ini kerana yakin Dirang masih berada di kawasan berdekatan.

“Saya sekeluarga hanya mampu berterima kasih kepada sumbangan semua pihak, termasuk bomoh dan ustaz yang membantu dengan ikhlas tanpa meminta sebarang bayaran daripada kami yang sememangnya tidak berkemampuan kerana suami masih mencari pekerjaan.

“Bomoh dan ustaz yang kami temui sekitar Pasir Gudang, Seri Alam dan Masai mendakwa Dirang selamat tetapi dalam kawalan seseorang. Mereka menasihatkan kami mencarinya di kawasan rumah kosong di sini kerana percaya Dirang dikurung di situ,” katanya.

Roselyn berkata, setakat ini, pencarian yang dilakukan mereka belum berhasil dan tiada sebarang petunjuk Dirang disembunyikan di kawasan berkenaan. 

“Saya dan suami tidak akan berputus asa, selagi terdaya kami tetap akan berusaha mencari Dirang selain mengusahakan majlis doa selamat dengan menjemput jiran bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dirang.

“Poster Dirang akan ditampal bagi memudahkan pencarian anak kedua kami itu,” katanya.

Sementara itu, kumpulan perbankan RHB akan memasang poster gambar Dirang yang dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu pada lebih 1,800 mesin pengeluaran wang (ATM) miliknya di seluruh negara dalam usaha membantu menjejaki kehilangan kanak-kanak terbabit.

Pengarah Perkhidmatan Korporat RHB, Norazzah Sulaiman, berkata pihaknya juga akan memaparkan gambar Dirang pada laman web bank berkenaan bagi membolehkan orang ramai yang menggunakan khidmat dalam talian mereka membantu mengesan anak kedua daripada tiga beradik itu.

Beliau berkata, RHB juga akan bekerjasama dengan beberapa media tempatan untuk mengiklankan gambar kanak-kanak terbabit.Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar, berkata pihaknya akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak terbabit.

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 7, 2012

Siapa di belakang gerakan menjatuhkan MB Kedah?

Nampaknya dalam setiap kacau bilau yang berlaku dalam PAS ada persamaannya. Apabila diselidiki maka punca semua kekalutan ada kaitan dengan orang yang bernaa Anwar Ibrahim.

http://pelantaqhujah.blogspot.com/2012/03/dalang-dibelakang-wayang-kemelut.html?zx=eb97d4c191c4cd8f&m=1

posted from Bloggeroid

GAKPEN godam web kerajaan lagi



Pagi tadi berita radio menyiarkan beberapa web kerajaan digodam lagi.

Sudah tentu ia dilakukan GAKPEN. Pernah dengar?

GAKPEN bukan lah nama mana-mana pertubuhan. Sengaja Demang akronimkan daripada Golongan Anti Kerajaan & Perosak Negara.

'Perosak' hampir sama dengan 'pengkhianat' cuma bezanya yang terakhir itu dilakukan orang dalam.

Menceroboh web kerajaan hanyalah salah satu daripada aktiviti mereka. Ada banyak lagi. Antaranya ialah merosakkan pemikiran rakyat.

Tugas GAKPEN bukanlah susah dan adakalanya hanya memerlukan kemahiran yang sangat minimum. Kalaupun sukar, ia tidaklah sesukar membina.

Minggu lepas pun Demang mendapat aduan daripada beberapa orang guru bahawa portal untuk mereka masukkan maklumat murid telah digodam.

Apa untungnya menggodam web pendidikan? Kalau web bank tidaklah Demang hairan.

Namun perosak bukannya pemilik akal yang waras. Mereka hanya tahu membuat kerosakan dan berbangga dengannya. Kemudian mereka pun menyalahkan penyedia dan pengendali web yang gagal menjaga keselamatan web.

Sesungguhnya mereka adalah penjenayah samada sedar atau tidak!

Malangnya ada juga pihak yang cuba mempertahankan pengikut syaitan itu. Kononnya kita kena muhassabah diri sendiri dan tidak menyalahkan orang lain.

Padahal ada banyak faktor diambilkira oleh pihak pembina. Antaranya ialah penjimatan kos. Semakin tinggi tahap keselamatan sudah tentu lah semakin tinggi kosnya.

Bukankah lebih baik kos tersebut dijimatkan?

Itu sebabnya Demang gelar mereka Pengikut Syaitan sebab syaitan memang gemar pembaziran.

Adakah anda boleh cam siapa lagi ahli GAKPEN? Mudah sahaja; jika dia merosakkan sesuatu yang sedang dibina maka SAH-lah mereka adalah GAKPEN.

posted from Bloggeroid

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)