Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, May 8, 2012

Mazlan Aliman tipu peneroka

Perdana Menteri buat pengumuman ganjaran tanda penghargaan kepada peneroka setia memajukan ladang

Jengka 8, JERANTUT: Hari ini peneroka FELDA akan menerima berita gembira mengenai jumlah ‘durian runtuh’ yang dijanjikan kerajaan sebagai tanda penghargaan kepada mereka mengusahakan ladang sawit dan getah sejak 40 tahun lalu.

Difahamkan, jumlah yang bakal diterima 112,635 peneroka berlipat kali ganda lebih tinggi daripada wang Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menyamai kadar menunaikan umrah di Makkah sebanyak dua kali.

Ia akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan lebih 30,000 warga FELDA dari seluruh negara sempena perhimpunan raksasa warga FELDA, di FELDA Jengka 8, di sini pagi ini.

Pemberian durian runtuh secara tunai itu bagi memenuhi janji kerajaan ketika pengumuman Bajet 2012 dan sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, bulan depan.

“Ia sudah semestinya akan lebih daripada wang BR1M sebanyak RM500,” kata sumber dalaman FELDA sambil memberi jaminan bahawa walaupun mendapat durian runtuh, semua insentif yang dinikmati selama ini seperti duit raya, bonus, pinjaman membesarkan rumah dan perumahan generasi kedua akan diteruskan.

Sumber itu berkata, ia bukan setakat memberi manfaat kepada peneroka, malah isteri, anak dan cucu, termasuk generasi kedua, ketiga dan keempat peneroka FELDA serta pekerja dalam sektor perladangan kelapa sawit yang dianggarkan berjumlah dua juta orang. 

“Ia akan dibayar lebih daripada dua kali kerana jumlahnya yang besar. Terpulanglah kepada peneroka bagaimana mereka mahu menggunakannya untuk keluarga dan masa depan,” katanya.

Sumber itu juga menjelaskan wang durian runtuh itu diperoleh menerusi pelbagai sumber dana dalaman FELDA yang akan diperoleh semula apabila proses penyenaraian FGVH selesai.

“Masyarakat luar FELDA mungkin bertanya mengapa peneroka FELDA menerima pelbagai sumbangan. Hakikatnya, dana itu bukan daripada kerajaan, sebaliknya dana dalaman FELDA sendiri,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad, berkata ia adalah pengiktirafan kerajaan atas ketabahan warga FELDA menempuh pelbagai dugaan dan ranjau terutama kekurangan kemudahan asas di tanah rancangan itu suatu masa dulu.

“Ia bagi mengiktiraf penat lelah peneroka memajukan tanah yang pada masa itu tidak memiliki bekalan elektrik dan sistem jalan raya yang baik. Nilai pemberian itu dijamin menyamai maksud ‘durian runtuh’ kerana ia dibuat sebagai satu lonjakan berganda kepada bonus peneroka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua warga FELDA akan meraih pelbagai manfaat dan faedah ketara hasil pemberian wang berkenaan.

“Saya pasti wang yang akan diterima nanti dapat merangsang lagi aktiviti ekonomi warga FELDA di pedalaman,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pemerhati pasaran, berkata semua 112,635 warga FELDA bakal meraih sekurang-kurangnya empat manfaat daripada penyenaraian FGVH.

Sebagai permulaan, mereka ditawarkan borang biru dalam tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraian yang melayakkan mereka melanggan sejumlah saham dalam FGVH.

Mereka juga mendapat dividen tambahan menerusi sebuah tabung amanah berdaftar yang memegang 20 peratus kepentingan peneroka dalam FGVH, dianggarkan bernilai RM3.7 bilion.

Selain itu, walaupun Koperasi Permodalan FELDA Bhd (KPF) tidak menjadi sebahagian daripada pelan penyenaraian FGVH, peneroka masih mendapat dividen daripada KPF menerusi pelaburannya dalam Felda Holdings Bhd (FHB).

Manfaat keempat pula adalah penyenaraian FGVH tidak membabitkan pindah milik tanah peneroka dan mereka akan terus menikmati hasil daripada ladang yang mereka uruskan.

Penyenaraian hanya membabitkan sejumlah 355,846 hektar tanah milik FELDA yang akan dipajak oleh FGVH.

Ia tidak menyentuh walau seinci pun tanah milik peneroka dan lebih 1.6 juta ahli keluarga mereka yang berjumlah 500,000 hektar.

FGVH yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan memilik modal pasaran berjumlah RM18 bilion apabila disenaraikan.

Monday, May 7, 2012

Pertemuan sulit di Langkawi



Sebelum menutup pelayar web, Demang sempat terlihat satu tajuk yang agak menarik di blog Sang Tawal; iaitu salah satu blog berinformasi.

Beikut adalah kutipannya:

"Pada tahun 2001, bertempat di Holiday Villa Resorts Langkawi, sebelum terjadinya insiden' 9/11' sekumpulan Paderi serta Pastor diseluruh dunia berkumpul disana dan agenda mereka adalah untuk 'mentarbiah Kristian" kepada seluruh Asia Tenggara , tujuan untuk "Mengembangkan Kristian kepada seluruh masyarakat di Asia Tengara'.

Lebih kurang 3 minggu mereka menghabiskan masa untuk membuat strategi untuk tujuan ini, dan kini kita lihat, pergerakan Kristian ini ibarat virus' dan kini menjalar diserata pelosok negeri di negara kita."

Demang percaya puak pembangkang yang membaca catatan di atas akan mencemik dan berkata bahawa itu semua propaganda UMNO bagi menakut-nakutkan rakyat.

Ok, kalau berita itu tidak betul tak apalah, TAPI bagaimana jika ia benar?

Kami Bogger Pembela Negara cuma mahu ummat Islam di Malaysia bersatu.

Ulama membunuh ulama dibunuh



Lain orang lain persepsi. Lain orang lain tujuan. Lain orang lain agenda.

- Walaupun semua mereka berkongsi alat dan idea yang sama.

BERSIH hanyalah alat. PILIHANRAYA cuma idea.

Kedua-duanya bukanlah agenda sebab agenda tersimpan rapi dalam sanubari pencatur.

PAS dengan PASnya, PKR dengan PKRnya. Jangan ingat DAP tu bodoh dan boleh dicucuk hidung. Agenda mereka lebih besar daripada yang kita sangka.

Khalifah di Andalusia dan sultan Melaka bukan lah bodoh sangat menyerahkan negara pada kafir. Situasi dalam negara sudah tidak terkawal ketika itu kerana ada orang dalam yang cuba mengambil alih kuasa.

Akhirnya dua-dua melepas! Yang merana: RAKYAT!

Apa nak dihairankan dengan pemberontakan. Adanya penentangan bukan bermaksud kerajaan itu lemah atau penentang itu baik. Sedangkan Saidina Usman dan Ali pun mati dibunuh pemberontak.

Apa nak dihairankan dengan ulama sebab ajaran sesat bukannya diketuai oleh orang jahil. Hampir semua ajaran sesat dipimpin individu yang amat tinggi ilmu agamanya.

Dalam zaman yang ummatnya pun teruk bagaimana boleh kita harapkan pemimpinnya sempurna? Zaman Rasulullah sudah berlalu. Khulafaurrasyidin pun dah tiada.

Kita cuma pengikut sunnah yang kadangkala lalai dan alpa. Justeru kita tidak perlu tamakkan kesempurnaan yang memang kita tidak mampu untuk menyentuhnya apalagi untuk memiliki.

Muhasabah sebentar, adakah kita sedang mengubah kerajaan atau sedang menterbalikkan nasib?

Sunday, May 6, 2012

ekslusif video ibu Azmin Ali



Tak perlu kata apa-apa. Biarkan fikiran anda menerawang dan berfikir apa sahaja. Dengarkan suara hati anda dan jangan percaya pada orang lain.

Saturday, May 5, 2012

peluang pekerjaan untuk belia


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan Sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei 2012 dan program Himpunan Jutaan Belia - Putrajaya Mei 2012 dari 23 Mei 2012 hingga 27 Mei 2012.
Program Himpunan Jutaan Belia - Putrajaya Mei 2012 bertujuan memberikan ruang kepada belia-belia yang sedang mencari peluang pekerjaan, pelajaran, kemahiran, keusahawanan dan belia-belia yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar, kreatif serta inovatif menyerlahkan bakat dan kebolehan masing-masing. Bagi mencapai objektif ini sebanyak 500 aktiviti/acara akan diadakan sepanjang program berlangsung.
Sehubungan itu, disertakan pautan laman portal Himpunan Belia Negara 2012 di www.hbn.gov.my, Facebook Page di Hari Belia Negara 2012 dan Twitter Himpunan Belia Negara 2012 di @HariBelia2012.

Gua dah beli tanah ni


Sebentar tadi Demang singgah di rumah seorang saudara di Melaka. Ada kenduri sikit.

Sambil berbual kosong, seorang lelaki bersuara:

"Tanah di belakang rumah aku dah dibeli. Minggu lepas pembelinya jumpa aku:

"Gua dah beli tanah ni." kata lelaki cina itu.

Seterusnya pemilik baru tanah itu meminta lelaki tersebut merobohkan sebahagian daripada dapur rumahnya kerana telah termasuk ke dalam tanahnya.

Lelaki itu menawarkan untuk membayar untuk membeli bahagian tersebut namun tidak dipersetujui.

Menurut lelaki itu, satu masalah lagi akan timbul iaitu apabila lelaki cina itu menambak tanah untuk membina rumahnya maka jika hujan rumahnya akan dimasuki air.

Demang rasa kes di atas sering kita dengar apabila orang Melayu 'terlajak masuk' ke tanah bukan melayu tapi jika sebaliknya, maka orang melayu dengan mudah akan bertolak ansur.

PKR pecah 3


Sewaktu berlangsungnya Sidang Media bertempat di Pejabat PKR Tropicana untuk mempertahankan Azmin Ali yang dikaitkan dengan penyebaran foto foto lucah dalam tandas, TIDAK kelihatan kelibat Khalid Gagap bersama Exco kerajaan negeri Selangor.

Beberapa pimpinan utama PKR yang difahamkan tidak pernah sebulu dengan Azmin seperti Tien Chua, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution juga tidak muncul untuk menyatakan sokongan terhadap Azmin Ali.

Pecah 3? Yang itu kita cerita kemudian.

Yang penting, afakah dengan penafian lisan itu akan terjawab persoalan?

Rakyat bukan lagi seperti 1999 ketika internet baru digunakan atau seperti 2008 ketika UMNO masih kekok dengan media baru.

Sekarang, setiap pengundi boleh buka internet dan lihat sendiri.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)