Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, March 31, 2013

Najib masuk tabligh?


Tiadalah persoalan lebih besar yang berkocak dalam kepala ahli politik sekarang melainkan tentang tarikh PRU13.

Kenapa Najib masih enggan membuat keputusan sedangkan sudah jelas BN boleh menang dengan mudah sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah kerusi parlimen?

Demang katakan begitu kerana semasa BN sedang lumpuh pada 2008 (zaman Pak Lah) BN berjaya memenangi hampir duapertiga kerusi yang berjumlah 222.

Itu di zaman Pak Lah yang dianggap zaman gelap BN.

Kini musim telah berubah. Jika tidak banyak pun, takkanlah Najib tak mampu menambah 8 kerusi lagi bagi mendapat kembali majoriti 2/3.

Sebenarnya untuk menubuhkan kerajaan, 'simple majority' (110 + 1) sudah memadai. BN memiliki lebih 110 kawasan parlimen yang sangat kebal sehingga diletakkan siapa sahaja sebagai calon akan menang.

Kata orang, letak batu pun menang!

Demang percaya Najib telah menerima laporan tentang bukti rancangan pembangkang untuk melakukan kekecohan JIKA mereka kalah.

Perkataan 'jika' sebenarnya sudah sama maksudnya dengan 'telah' sebab pembangkang sudah sedar bahawa harapan mereka untuk menang telah hampir punah!

Pembangkang telah bermula dengan alasan jika mereka kalah. Antaranya:

SPR rasuah
Polis menindas
Pengundi hantu
Konspirasi
Dan sebagainya

Itulah yang menyebabkan Najib sukar membuat keputusan kerana bimbang kekecohan yang bakal berlaku.

Demang agak-agak, kalau keadaan sukar juga dikawal mungkin Najib akan serahkan kembali pemerintahan negara kepada Majlis Raja-raja dan negara kembali di bawah sistem raja mutlak.

Demang dapat tahu Najib akan ke Mekah sekali lagi sebelum pilihanraya.

Sementara itu beliau sudah beberapa kali bertemu jemaah tabligh termasuk mengunjungi markas di masjid Sri Petaling malam tadi.

Adakah Najib akan menyertai tabligh pula?

Tidak mustahil.

Saturday, March 30, 2013

Khalid akan dikenang



Guano ni khalid?

PKR tuntut hak


Hak apa yang nak dituntut? Hak untuk berbogel di jalanraya? Kalau setakat hak untuk berbogel depan kamera, exco Selangor dah dapat lama dulu.

80% sokong Anwar



Demang dengar ceramah PAS di Umbai Melaka dan penyampainya Mazlan Aliman:

"80% orang cina sokong Anwar di Gelabg Patah".

Angka tersebut dikatakan didapati daripada kajian sebuah syarikat Singapura.

Ada dua perkara yang perlu kita perhati di atas:

Pertama:); 80% orang cina sokong Anwar.

Kedua; kajian dibuat syarikat Singapura.

Soalan kita: ada apa-apa ke?

Friday, March 29, 2013

Syok sendiri



Bukan mudah membaca blog lawan. Silap-silap boleh naik darah.

Justeru baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang masing-masing mengambil jalan selamat dengan membaca blog yang sealiran dengan fahaman masing-masing sahaja.

Maka ramailah yang syok sendiri menyangka pihak sendiri yang kuat dan pihak lawan semakin lemah.

Bagi Demang, jalan terbaik ialah melihat fakta.

Jika semasa Paklah menjadi PM, BN menang PRU12 dengan kekurangan lapan kerusi sahaja untuk mencapai majoriti 2/3.

Perlu diingat bahawa PAS cuma dapat 23 kerusi parlimen.

Paklah dianggap gagal dan Najib mengambil alih. Ternyata Najib berjaya menarik kembali sokongan rakyat.

Ertinya, paling tidakpun takkanlah BN tidak mampu mengambil semula 8 kerusi tersebut dan kembali memegang majoriti 2/3.

Maksud Demang ialah pembangkang janganlah 'terlebih dakwa' seolah mereka akan menang.

Najib menang


Buat dua kerja dalam satu masa memang sukar.

Itu sebabnya Anwar hanya buat satu kerja iaitu:

hentam
hentam
hentam...

Bunyi macam 3 tapi sebenarnya satu sahaja.

Najib pun buat satu kerja sahaja iaitu:

Kerja dan terus bekerja.

Bunyi macam satu tapi banyak yang telah dilakukan Najib.

Kenapa Demang kata Najib menang?

Selain kerana kajian dan laporan yang dibuat pelbagai pihak berkecuali tentang ramalan kemenangan Najib, Demang beranggapan bahawa orang yang telah membuat kebajikan sememangnya seorang pemenang!

Kalau tak di dunia, menang di akhirat.

Thursday, March 28, 2013

3 sebab sidek baba tinggalkan anwar


Salinan daripada AIDC

Dr Sidek Baba : Tiga Sebab Tinggalkan Anwar

KUALA LUMPUR 27 Mac – Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup,” katanya.

Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.

Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.

Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.

Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.

Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.

“Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal,” katanya.

Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara - Utusan

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)