Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, January 28, 2009

Komplen memang mudah

"Senget la, abang." kata si adik.
"A..ah la. Khalid pun boleh nampak..." Nizar, sepupu mereka menyampuk.
"Tak apa. Abang akan betulkan." Ujar si abang sambil tersenyum.
"Roda ni ketat sangat la." adik mengomel lagi. Atuk yang duduk di pangkin sambil menggulung rokok nipah menoleh.
"Apa yang dibebel tu, adik, abang?" Atuk tersenyum menduga.
"Abang buat lori tak jadi-jadi dari tadi." Kata si adik.
"Apa pulak tak jadi...? cuma ada beberapa tempat yang perlu dibaiki." abang mempertahankan diri.
"Tak menjadilah tu. Tak sama dengan yang Vincent Chong punya." Nizar memperlekeh.
"Memanglah tak sama. Vincent beli di kedai." Si abang memasamkan muka.
"Tadi atuk tengok dah banyak tanah yang diangkut lori tu," atuk mencelah.
"Alaa... Sepatutnya lebih banyak yang boleh diangkut." si adik mencemik.
"Betul tu." kata si Nizar. "Lebih baik bagi adik yang buat." Dia menokok.
"Ok. Nah, adik buat pulak. Abang nak rehat." si Abang bangkit dengan muka kelat.
Si Nizar melonjak gembira sedangkan si adik terpinga-pinga. Mahu tidak mahu si adik melonjak naik ke atas kerusi yang ditinggalkan abangnya.
"Ala... bukan susah sangat." si adik menyedapkan hati. Namun tangannya teraba-raba badan lori kecil itu.
"Nizar, kita nak mula yang mana dulu?" tanya Khalid yang biasanya dipanggil adik.
"Eh, aku ingat engkau tahu. Kau tak tahu ke?" tanya Nizar semula.
"Aku tahu sikit-sikit je." Adik mengaku.
"Itulah kau. Komplen bukan main pandai. Setakat komplen, adik aku pun tahu." tempelak Nizar.
Si Khalid melongo.
"Eh, engkau jangan nak salahkan aku saja. Kau yang beriya suruh aku buat tadi." Adik mempertahankan diri.
"Aku cadangkan aje..." Nizar tersengih, cuba berlepas tangan.
Khalid termenung sebentar. Dahinya berkerut. Namun tiba-tiba dia tersengih.
"Apa kata kita tanya Vincent Chong." Khalid mencadangkan. Bibirnya mengukir senyum. Bangga betul rasanya kerana terfikirkan idea hebat itu.

Maka kedua-duanya pun menuju ke rumah Vincent Chong bagi meminta nasihat. Sebaik tiba di rumah Vincent Chong terasa janggal juga. Kebetulan begitu ramai saudara mara Vincent ketika itu.

Akhirnya mereka dijemput masuk ke rumah dan berkenalan dengan ahli keluarga dan saudara mara Vincent yang kebetulan berkumpul untuk menyambut tahun baru. Ada yang datang dari Singapura, Hongkong, Taiwan, dan Australia. Ternyata mereka sangat ramah dan berbudi bahasa. Maka banyaklah nasihat serta tunjuk ajar yang diberi kepada Khalid dan Asan. Meloponglah keduanya mendengar nasihat dan cadangan ahli keluarga itu sambil terangguk-angguk dan sesekali tergeleng-geleng.

Tiba-tiba terdengar satu letupan. Nizar dan Khalid terlompat dari kerusi. Ibu Vincent berlari dari dapur.

Bersambung... (cerita bersiri)

Di belakang tabir pembikinan cerita bersiri ini:

Nak tahu apa yang berlaku? Nak tahu apa cadangan kaum kerabat Vincent pada Khalid & Nizar? Anda boleh lihat, dengar, dan baca sendiri di mana-mana media setiap hari. Selebihnya: 'lu pikir la sendiri'.

Antara nasihat kaum kerabat Vincent ialah agar Khalid & Nizar membeli kereta mewah buatan luar negeri. Kebetulan agaknya, Si Mat Said kat pantai timur lebih awal lagi membeli kereta import tu guna duit rakyat. Selain itu Khalid juga telah bermurah hati membuat amal jariah dengan memberi sedeqah lembu menggunakan wang kerajaan negeri (baca wang rakyat).

Nizar? ‘Ustaz’ celup itu dengan tidak semena-mena tiba-tiba dilantik menjadi ketua menteri di sebuah negeri. Buat masa ini beliau begitu sibuk menunaikan janji-janji pihak yang telah berjasa melantiknya menjadi ketua, termasuklah memberi sedeqah tanah yang bukan kepunyaan opah dia kepada pihak tertentu. Walaupun ustaz Ir itu tahu kesan tindakannya, namun apa boleh buat... dah termakan budi dan takut kena terajang ke bawah. Maklumlah... naik atas budi baik orang!

Demang? dok tengok je la...

7 comments:

Cheguman said...

Tak apa... jangan risau. Letupan tu cuma bunyi mercun. Orang yang buat salah macam Khalid & Nizar tu memang mudah terperanjat. Emak Vincent pulak terkejut dengar Khalid menjerit. Kesian orang tua tu. Dok tengah goreng mi kat dapur masa tu. Demang tak tau la sama ada si Kahlid & Nizar tu bedal ke tidak mi tu.. Tak pa, depa ada hukum darurat.

'Selamat Tahun Baru Cina'.

Admin said...

Adik? Khalid? Hahahaha....memang kena la tuan Demang!

Tai said...

h.
ha ha ha ha ha. Cantik cerita ni. Dua orang yang sanggup gadaikan hak bangsa sendiri. So? Moralnya, melayu, tolong mulai dari
sekarang, jangan terlampau bertolak ansur, terlampau kesian dan segalanya terlampau.

Panglima Perang Cyber said...

buat lagi chegu...kasi satu novel. saya sedia beli hehe

ada cara ganass.

ada cara berhemah.

ada cara bercerita.

ada cara sindiran


tetapi semua demi sedarkan bangsa kita di mana kita sekarang.

samada orang umno atau pas atau pkr.

demi malaysia melayu dan muslim..

add said...

malam menjelang cny baru-baru ni seri manjung ,perak ala kawasan pasir panjang kawasan ustaz nizar yang bodoh tu,,, meriah bagaikan picc,klcc dan datran merdeka kerana disetiap sudut kmpung baru,kg koh,sitiawan,kg cina sekitar kawasan ngeh ngok-ngok tu berpesta bunga api macam pertunjukan antarabangsa, mercun tak main sangat dah la ni, ada kawan india saya yang pergi menonton secara live dan dekat bertanyakan kepada orang cina yang meraikan cny tu kenapa hebat sangat tahun ni, sebab tahun lembu ke? dengan penuh bangga dan yakin kaum cina ni kata apa? kita olang selonok taun ni pasai kita olang sula lapat tanah 999 tahun ma,,, wang habis talak apa ma , anak cucu kami akan jajah ini negala ma,,, lu india sama melayu manyak lugi ooo, kita munya latuk ngeh manyak celedik ma.....

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Memang mereka ada sebab untuk bergembira..999 tahun...tak pernah dibuat orang!!

Jeepers Creepers said...

hahaha bagus cerita ni. sayang ending dia kureng best hehehe

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)