Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, March 29, 2009

"Nizar calon terbaik" - DAP Perak

Oleh: Wan Nordin Wan Yaacob (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019994&Itemid=1
Tue | Mar 24, 09 | 1:46:20 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Ko Ham menyifatkan pencalonan Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai calon PAS di Bukit Gantang adalah tepat dan terbaik.

Demang tidak mahu komen panjang-panjang. Berita di atas sudah cukup menjelaskan betapa bergunanya Nizar pada DAP. Maklumlah.. kesetiaan Nizar pada DAP amat hebat. Beliau sanggup melihat rakan-rakan PKR berbangsa Melayu dijerkah dan disergah oleh Ngeh ketika turut mencadangkan agar tanah untuk orang Melayu juga diberi kelulusan. Terkebil-kebil ADUN yang pernah menjadi posmen tersebut ditengking Ngeh. Barangkali Nizar juga membantah tindakan Ngeh itu walaupun kita tidak mendengarnya. Beliau membantah dalam hati.

Demang tidak tahu siapa yang akan menang dalam PRK yang diadakan serentak ini. Namun tinjauan Demang mendapati gelombang baru sedang berarak ke segenap bandar dan desa mengenai barisan baru kepimpinan UMNO bakal merubah landskap politik negara. Manakan tidak, DS NAjib memang sudah lama ditunggu-tunggu untuk menerajui negara. Tanyalah pada anggota tentera dan guru-guru yang pernah dinaungi oleh beliau. Malah suatu masa dulu jika sesebuah kementerian ingin dinaiktarafkan maka caranya ialah serahkan kementerian tersebut pada DS Najib. Perubahan drastik akan berlaku yang memberi kebajikan pada semua pihak.

Itulah sebabnya subuh Jumaat semalam Demang bangkit dengan ceria. Alhamdulillah, sinar kembali menyuluh Malaysia. Setelah beberapa tahun kepimpinan negara dipermainkan dengan hanya berbekalkan persepsi semata-mata, kini rakyat melihat satu harapan baru sedang menjelma.

Keadaannya begitu berbeza sekarang.

10 comments:

ONE said...

salam,

sesunguhnya..
DAP-nizar,nizar-DAP..
oleh itu kita perlulah berhati-hati dan bersama-sama memperjuangkan UMNO dan BN dengan penuh kebenaran.

Anonymous said...

umno nak mampus dah....
dah xlama dah....
umno haprak...
yang pmimpin umno dulu duk gadai tanah rizab melayu dulu beribu ekar 2....
apa ke bebendanya....orang umno smua pakat nak jilat jubor najib...
nak rasa manisnya jubor najib jahanam

Anonymous said...

kalau Najib = UMNO

dan Najib = Penantu Genghis Khan, yakni Altantuya Najib

Oleh itu

UMNO = Altantuya Najib

atau lebih dikenali sebagai

UMNO = United Mongolia National Org

garamanis said...

salam Chegu,

Pakatan Pembangkang menyedari kebangkitan UMNO ini dan menjadi igauan kepada mereka. Cara yang terbaik menyerang DS Najib dengan isu Altantuya dan pelbagai lagi fitnah durjana acuan PAS..

Sesebuah parti yang islamik adalah lebih elok mendidik ahlinya supaya bersederhana dalam pelbagai cara. Contoh didalam berpolitik adalah lebih manis jika cacian dan kafir mengkafir tuh dibuang jauh dari pemikiran mereka.

Politik hari ini memerlukan transformasi pemikiran yang luas supaya kecerdikan berpolitik itu terserlah.

Parti yang Islamik tidak mengutuk, mencaci walaupun musuhnya itu ternyata rosak dan lemah tetapi lebih Islamik mendoakan kemuliaan bukan meminta bala kepada musuh itu.

Manusia yang menjerit-jerit itu tahu kelemahannya dan cuba mengelak dari orang lain melihat kelemahan itu. Itulah PAS hari ini.

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Setuju ONE.

Nampaknya 'makhluk tak bernama' betul-betul menggelabah dengan Najib. Tak lama lagi berakhirlah zaman pembangkang menipu rakyat. Perbezaan antara RAKYAT dengan WARGANEGARA pun tak tahu, ada hati nak berbicara soal politik...

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Betul tu Garamanis. Sejak akhir-akhir ini saya begitu bimbang melihat tingkah laku ahli PAS yang semakin hilang arahtuju dan jatidiri.

bungaraya said...

Memanglah DAP Perak memilih Nizar, sebab utama kerana boleh dicucuk hidungnya mengikut kehendak hati mereka tanpa memikirkan kepentingan kaum lain, termasuk bangsa Nizar sendiri.

Kumbang said...

Salam Cheguman.
Kenangan membonekakan Nizar tak dapat DAP lupakan.

Mereka ingin merasainya lagi.
Banyak tanah melayu yang belum tergadai.
Banyak yang belum mereka dapat.

Tun_Is said...

Salam Cikgu Man..

Sememangnya Nizar tidak disukai oleh Mursidul Am PAS sejak dari dulu lagi, dia tidak mahu Nizar menjadi calon Parlimen Bukit Gantang..tapi apa boleh buat.. dia terpaksa menerima 'kenyataan' yang suara dia sudah tidak di endah lagi..

Hakikatnya..DAP bertepuk tangan.. mereka berjaya juga..

saya blogger BPN baru..

umnopengkalankubor.blogspot.com

Wassalam

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

BungaRaya,
Kisah Nizar dicucuk hidung oleh DAP bukan lagi rahsia. Nizar hanya boleh menang sekiranya pengundi memejam mata dan menutup telinga sambil mengingat pesanan pemimpin mereka bahawa apapun yang terjadi mesti pangkah PAS. Sedih.

Kumbang,
Komen tuan macam santau. Meracun dalam diam, membunuh dalam senyap lantaran dihidang dalam minuman yang lazat. Pembangkang yang membacanya akan termenung sejenak.

Tun,
Selamat berjuang bersama BPN. Saya telah meninjau blog tuan dan maklumat di dalamnya amat berguna. Zaman sekarang rakyat memerlukan maklumat seperti itu.

Blog saudara telah saya link.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)