Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, March 5, 2009

Memegang keris biar pada hulunya



Masih ingatkah 'perbahasan' antara Salehudin Hashim (PKR) & Fuad Zakarshi(UMNO) bertajuk 'Sistem Demokrasi Rakyat & Raja Berperlembagaan' dalam Astro Awani 8.30 pada 28 Feb 2009 yang lalu?

Jika sudah lupa atau tidak dapat mengikutinya carilah ulasan saya dalam blog Waadat ini atau boleh juga menggeledah dalam Youtube.

Dalam perbincangan selama 30 minit itu masing-masing mendakwa parti merekalah yang mempertahankan raja-raja Melayu manakala parti lawan pula cuba membuang kuasa raja.

Siapa yang benar?

Sesiapa sahaja boleh mendakwa berada di pihak yang benar namun bagi kita yang mengetahui fakta, pasti boleh menilai siapa yang benar dan siapa yang berdusta?

Pada 1993 UMNO yang mendominasi BN telah mengetuai seluruh ahli dewan rakyat meluluskan pindaan perlembagaan bagi merombak semula kuasa raja. Ada tiga rentetan peristiwa yang perlu difahami wujud pada masa itu:

1) Beberapa tindakan yang dilakukan oleh 1-2 orang raja dan kerabat diraja telah menimbulkan kemarahan majoriti rakyat sehingga institusi itu dibenci.

2) Pendedahan @ promosi terhadap salahlaku pihak istana dilakukan secara besar-besaran dalam semua media yang ada ketika itu dan mendapat sokongan semua parti politik termasuk UMNO dan PAS.

3) Akhirnya parlimen yang terdiri daripada pelbagai parti menyokong agar perlembagaan negara dipinda dengan mengurangkan kuasa sultan termasuk Yang Dipertuan Agong.

Implikasi perubahan tersebut ialah sebarang keputusan yang dibuat oleh Dewan Rakyat dan melalui proses di Dewan Negara tidak boleh dibatalkan oleh Yang Dipertuan Agong. Baginda cuma boleh memulangkan semula draf tersebut ke Dewan Rakyat untuk dibincangkan semula jika tidak berkenan.

Sekiranya setelah melalui proses yang sama seperti di awal tadi dan dibawa kepada baginda maka baginda mempunyai masa selama 30 hari untuk menandatanganinya tanpa boleh menolaknya.

Usul yang dbawa dalam parlimen itu mendapat sokongan luar biasa oleh ahli parlimen sehingga media keesokannya melaporkan betapa semua parti telah bersatu demi meluluskan perkara itu.

Cuma... ada sedikit kebimbangan selepas itu bahawa kuasa raja akan diambilalih oleh ahli politik.

Demang berpendapat pihak yang cuba mengurangkan kuasa raja ialah semua orang Melayu yang diketuai para pemimpin politik Melayu dari UMNO dan PAS.

Kembali ke 2008-2009

1) Raja Perlis tidak memperkenankan perlantikan Shahidan Kassim untuk menjadi MB Perlis biarpun beliau mengetuai parti yang memperolehi majoriti dalam pilihanraya. Terdapat bantahan terhadap keputusan raja tersebut namun akhirnya semua pihak akur dengan kehendak raja.

2) Sultan Ternggganu tidak berkenan dengan cadangan melantik Idris Jusuh sebagai MB Terengganu walaupun beliau yang mengetuai BN Terengganu memenangi pilihanraya. Terdapat juga bantahan namun semua pihak akhirnya akur dengan kehendak sultan.

3) Di Perak, sultan berkenan melantik Nizar menjadi MB walaupun kerajaan campuran tersebut bukanlah pilihan orang Melayu Perak. Buktinya, rakyat Perak itu memilih 27 wakil UMNO berbanding cuma 6 wakil PAS dan 7 wakil Melayu PKR (3 ADUN PKR kemudiannya mengaku menyokong BN).

Adakah orang bukan Melayu menyokong kerajaan campuran itu? Belum tentu sebab kerajaan campuran tersebut hanya dibentuk selepas PRU12. Yakni selepas rakyat membuat keputusan.

Namun, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari apabila tiba-tiba kerajaan Nizar-DAP hilang majoriti. Mahu tidak mahu sultan terpaksa memberitahu Nizar bahawa beliau hilang kelayakan menjadi MB.

Maka penderhakaanpun bermula. Siapa yang menjadi dalangnya?

Lihatlah sendiri.

6 comments:

Ali Abdullah said...

salam cikgu,

saya rasa bersedih dengan keadaan negeri perak yang terumbang-ambing digoncang oleh orang-orang politik. Jika titah sultan tidak diendah, perintah raja tidak dituruti maka apakah ertinya Pakatan Rakyat lantang mempertahankan raja-raja dan kesultanan melayu? Sesungguhnya, yang akan melenyapkan melayu itu adalah orang melayu sendiri.

Cheguman said...

Memang betul Apai. Lagipun, apa erti rakyat tanpa raja? Begitu juga apa ertinya raja tanpa rakyat? Hubungan ra-rakyat ialah 'win-win-win situation' dan perlu difahami.

Redz da Tsar said...

demang, xkan tgk 2008/09 je?

tak tgk ke zaman dahulu kala?

1993, di Kelantan, di Pahang, di Perak zaman ayahanda Tajol, Zaman Dato' Onn dgn Istana Johor, dsb?

sape yang mula sbnrnya?

no offense, just want to ask...

Cheguman said...

Redzwan,
Saya paparkan beberapa peristiwa lepas sekadar contoh kesilapan kita sendiri di masa lalu yang akhirnya merugikan kita. Sejarah bukan sekadar untuk dikenang atau diungkit. Sebaliknya sejarah untuk kita jadikan panduan dalam membuat keputusan untuk masa depan. Bagi saya, kita tidak seharusnya menghukum diri sendiri (baca, rakyat) akibat kesilapan lalu.

Sama-samalah kita fikirkan apa yang boleh dibaiki. Saya berpendapat pandangan Hj Hadi berkenaan 'unity government' itu satu cadangan yang molek kita fikirkan dengan lebih serius.

Tai said...

Kalau cerita bab menderhaka, PR ni asyik-asyik nak bukak cerita lama. macamlah mereka ni bersih totok, maksum dan alim serta bebas dari dosa.

Anonymous said...

bukan apa sedingin, kita jarang lihat orang umno sendiri yang ikhlas bagitahu yang mereka insaf dengan segala perbuatan mereka. 8 Mac kadangkala boleh ditafsirkan sebagai satu undian tidak puas hati terhadap umno dan caranya berinteraksi dengan sultan+perlembagaan. Orang melayu nak tengok UMNO insaf dan kembali telus dalam memperjuangkan hak orang Islam dan melayu kat malaysia ni. Kalau depa sendiri yang wat onar, pada sapa kita mengharapkan naungan? Sebab itu kalau bercerita eloklah bermula dengan insaf dengan perbuatan yang lalu dan orak langkah yang baru. Rakyat nak tengok keikhlasan bukan permainan mulut dan kata. Semua orang boleh kata mereka menjunjung sultan. Cakap sahaja bolehlah, kami nak tengok track record. kalau umno sungguh mempertahankan daulatnya raja melayu, tidaklah sampai mengurangkan kuasa sultan. Selagi UMNO tak insaf, saya rasa selagi tu pengundi atas pagar tidak akan memihak kepada mereka. UMNO perlukan pengundi muda yang melihat pada fakta bukan canangan mulut semata

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)