Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, November 10, 2010

DAP TARAH PULAU PINANG


Nampaknya peluang merampas kuasa kerajaan negeri digunakan sepenuhnya oleh LGE dan kuncu-kuncunya. Gerombolan penjarah itu menarah dan melunyai apa sahaja peluang yang boleh diraih di pulau mutiara itu.

Puak penjarah itu tahu bahawa usia pemerintahan mereka mungkin tidak lama. Justeru dalam masa yang singkat, mereka akan mengumpul sebanyak mana harta yang dapat diambil.

Berikut antara tindakan terbaru lanun-lanun tersebut yang Demang kutip daripada blog Dr Novandri.

1. Di dalam pembentangan belanjawan negeri, Lim Guan Eng secara tidak langsung telah mengaku bahawa ekonomi negeri Pulau Pinang bakal merudum di bawah pentadbiran beliau. KM lidah biawak yang suka bermegah-megah dengan C.A.T beliau itu, ternyata omongan kosong yang tidak menyakinkan.

2. Lebihan kewangan sebanyak RM88.02 juta pada tahun 2008 (ketika BN memerintah sehingga Mac 2008) telah menurun kepada RM77.34 juta pada tahun 2009. Untuk tahun 2010 pula, lebihan kewangan negeri akan merudum lagi kepada RM53 juta.

3. Satu lagi kemusykilan yang timbul di dalam belanjawan Lim Guan Eng ialah kenyataan 'sejumlah RM60 juta diperuntukkan untuk membina sekurang-kurangnya 400 unit rumah mampu milik di kawasan pulau'.

RM60 juta untuk 400 unit rumah mampu milik di kawasan pulau? Biaq betoi !

Matematik mudah, 60 juta dibahagi dengan 400, rumah 'mampu milik' itu sebenarnya berharga RM150,000. Mahalnya rumah 'mampu milik' itu!! Betulkah ni?

4. Selain daripada isu tanah Balik Pulau, satu lagi persoalan besar yang mesti dijawab oleh Lim Guan Eng. Isunya ialah perancangan kerajaan negeri untuk mengambil balik tanah yang bakal terlibat untuk tujuan pembesaran lapangan terbang.

5. Lim Guan Eng perlu memperincikan tanah-tanah yang bakal di ambil balik dan jumlah keluarga yang terlibat di dalam pengambilan tanah tersebut. Apakah keluarga Melayu lagi yang terlibat? Berapa ramai? Apakah nilai tanah yang dibayar sejajar dengan nilai tanah semasa di tempat itu?

Tambahan :

6. Lim Guan Eng beberapa kali telah menyebut skandal tanah Tan Huk Ju yng bernilai RM25 juta tetapi kenapakah Lim Guan Eng langsung tidak menyebut cukai tunggakan 3 tahun Kelab Lumba Kuda (PTC) Pulau Pinang yang berjumlah RM6 juta? Bukankah wang itu juga wang rakyat Pulau Pinang?

Apakah Lim Guan Eng mahu menyembunyikan isu cukai tanah PTC?

7. Yang hairannya juga, Lim Guan Eng tidak menyentuh langsung isu wang Lumba Kuda yang berjumlah RM2 juta ringgit sedangkan beliau merengek pasal isu-isu kecil di dalam belanjawan beliau!

Perancangan belanjawan Lim Guan Eng banyak mendatangkan persoalan dan meragukan. Rakyat Pulau Pinang perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya. Manalah tahu, isu pembohongan Guan Eng sebelum ini juga berlaku di dalam belanjawan negeri.

3 comments:

Azizan Yaakob said...

Melaka negeri maju 2010 hahaha.. hebat boss cgu.M Ali R.

Semua parti Fucktan sekarang agak gentar. Oleh itu tidak heran mereka cuba tarah apa yang ada boleh jd duit.

Nanti tinggal pangsa yang penuh butir hahaha

hanizam said...

woi zan, ape kena mengena dengan melaka??...

sekurang-kurangnya ada gak nampak kemajuannya..

penang ni dah nak jadi macam SINGAPORE pun, ko bangga sangat??

BODOS punya OLANG....dengarlah ceramah selalu...balik bau hancing sebab penceramah tu kencingkan ko...

Cheguman said...

rilex Hanizam... Dato' Azizan Yaakob tu gurau je... saya suka baca tulisan beliau di http://melayurayadaily.blogspot.com/

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)