Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, November 8, 2010

Zaid Ibrahim tersungkur di luar gelanggang


Apabila Zaid Ibrahim menyertai kabinet UMNO melalui lantikan PM, ramai yang mengeluh. Reputasi dan personaliti beliau dibimbangi akan menjejas kreadibiliti UMNO dan BN.

Salah satu tindakan pelik Zaid ialah meminta kerajaan membayar gantirugi kepada bekas Ketua Hakim Negara. Demang baca buku tulisan salah seorang bekas KHN dan tidak nampak sebab kenapa beliau perlu diteruskan perkhidmatan dan penamatan kontrak memang berlaku mengikut prosedur.

Maka pembayaran gantirugi langsung tidak relevan.

Akhirnya terbukti Zaid menjadi duri dalam daging dan dipecat. Tidak lama selepas itu Zaid berkokok dalam kumpulan pembangkang.

Sebagai orang yang sering dilingkungi masalah, Zaid melihat seluruh sistem sedang menghadapi masalah. Zaid bercita-cita untuk memperbetulkan semua itu.

Ibarat pencuci najis amatur, rupa-rupanya Zaid belum layak membersihkan persekitarannya. Hal ini kerana beliau sendiripun tidak bebas daripada pelbagai masalah.

Saluran perjuangan melalui PKR rupa-rupanya lebih teruk daripada UMNO atau BN. Zaid sejak awal lagi tidak sebulu dengan PAS. Jika berpandukan sejarah Zaid, PKR lah parti paling teruk sebab belum apa-apa lagi sudah bercelaru.

Demang cadangkan Zaid keluar sahaja daripada politik. Tumpukan masa dalam bidang yang diceburinya sebelum ini.

Sambil itu, bolehlah berjinak-jinak dengan kumpulan tabligh. Dalam jemaah itu Zaid boleh menggunakan kebolehan dan pengalamannya untuk berdakwah.

Dalam jemaah tabligh tiada cantas mencantas. Tiada politik wang dan tiada tangan ghaib yang menyusun atur perwakilan dan pencalonan.

Mungkin sekarang masa yang cukup sesuai untuk Zaid memulakan sesuatu yang baru.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)