Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    13 hours ago

Tuesday, May 21, 2013

Antara Robinhood, Panglima Nayan, Manik Baasha, dan Anwar Ibrahim


Petang Ahad semalam Demang menongkah adat apabila menonton sebuah filem Tamil dari A-Z.

Selain kerana kebetulan, Demang sebenarnya menyahut saranan sendiri iaitu jika mahu memahami corak pemikiran dan 'view' masyarakat semasa, semak perkara yang mereka suka.

Memantau media sosial seperti FB dan lain-lain adalah satu cara mengetahui corak pemikiran seseorang namun untuk memahami sesebuah masyarakat kita perlu menyemak sebanyak mungkin akaun-akaun individu untuk dicari kesimpulan. Ia bukanlah satu tugas yang mudah.

Sebelum ini Demang cadangkan satu kaedah yang dapat membantu kita memahami masyarakat ialah dengan turut membaca buku yang mereka baca iaitu buku-buku 'best seller'.

Selain itu, filem juga merupakan satu medium untuk kita memahami masyarakat massa.

Menggunakan filem sebagai sumber penyiasatan menerbitkan dua tadahan idea iaitu:

Pertama, filem adalah cerminan masyarakat semasa yang merangkumi kenyataan dan impian mereka. Penulis skrip dan pengarah bukan berimaginasi sendirian sebaliknya menyerap impian masyarakat dan memapar semula dalam bentuk kreatif.

Sesuatu filem hanya dapat diterima sekiranya terdapat persamaaan rasa antara penulis skrip (atau pengarah) dengan audiens.

Kedua, di samping memaparkan kehidupan masyarakat serta impian mereka, penulis skrip (atau pengarah) juga bertindak menggarap ideologi serta gagasan mereka bagi membentuk satu pemikiran baru pada khalayak.

Berbalik pada filem Tamil klasik lakonan Rajinikanth yang Demang tonton itu, biarpun ia bukan filem Malaysia namun apabila ia diterima di sini bermakna itulah cerminan masyarakat kita.

'Terdapat penerimaan yang baik' terhadap sesuatu filem bermaksud itulah gambaran perasaan dan impian sebenar penonton.

'Baasha' adalah watak seorang wira seakan Robin Hood. Dalam masyarakat Melayu kita ada Panglima Nayan namun Demang tak pasti berapa ramai yang pernah membacanya dan daripada jumlah tersebut berapa ramai yang masih hidup?

'Baasha' lahir daripada mimpi kaum marhaen yang dianiaya secara terang-terangan. Jika kaum Robin Hood dan Panglima Nayan ditindas secara tidak langsung oleh golongan feudal dan kapitalis, 'kaum Baasha' bahkan didera, diseksa, ditindas secara fizikal oleh kuncu-kuncu Anthony tanpa mampu melawan.

Ketika inilah muncul super hero yang dengan kegagahan luar biasa berjaya menewaskan para penjahat.

Keberanian dan kehebatan Baasha melimpah keluar dan segera menyedarkan ramai lelaki lain untuk bangkit melawan Anthony. Dari situ Baasha membentuk 'kerajaan baru' setelah kerajaan sedia ada bukan sahaja gagal membendung kebiadaban Anthony malah sebahagian besar anggota kerajaan termasuk polis dan menteri sebenarnya takluk pada pengaruh dan kuasa Anthony.

Suatu kebetulan yang amat menarik dalam filem ini ialah kebangkitan Baasha adalah tindak balas pada kematian sahabatnya bernama Anwar dan seluruh perjuangan Baasha adalah bagi meneruskan kesinambungan perjuangan lelaki tersebut.

Penerimaan audiens terhadap filem ini juga sedikit sebanyak dipengaruhi pelakon utama iaitu Rajinikanth yang digelar 'superstar' oleh peminatnya. Beliau lahir dalam keluarga sederhana rendah serta pernah bekerja sebagai buruh kasar dan pemandu lori.

Latar belakang tersebut dengan mudah menambat hati peminat yang merasakan sang adiwira adalah sebahagian daripada diri mereka sendiri.

Masyarakat di India memang diketahui cenderung mencampur aduk antara filem dengan dunia sebenar. Itu sebabnya pelakon terkenal mampu menjadi pemimpin politik dan pernah berlaku pawagam dibakar hanya kerana heronya mati di penghujung cerita.

Waadat adalah blog sosio-politik dan adalah janggal jika pembicaraan di atas tiada kaitan dengan politik negara.

Justeru Demang berpendapat, sebagaimana penonton di India, penonton di Malaysia juga sedang merindui seorang super hero yang mampu membantu mereka keluar daripada pelbagai kemelut kehidupan yang amat mencabar.

Barangkali satu ironi apabila menyebut 'kesusahan' di sebuah negara yang agak mewah seperti Malaysia. Malah ramai yang akan tidak bersetuju dengan Demang dalam perkara ini. Bahkan Demang sendiri akan mencerca diri sendiri jika menyamakan rakyat Malaysia dengan rakyat India.

Namun apabila timbul protes berterusan dan ia mendapat sokongan maka sudah tentu ada sesuatu yang belum beres. Berbeza dengan kekejaman Anthony yang nampak terang-terangan, kelemahan kerajaan kita sering dianggap sebagai persepsi.

Benarkah ia hanya persepsi? Tidakkah persepsi itu sebuah realiti? Jika majoriti masyarakat sudah hidup dalam mimpi maka yang mana satu kehidupan sebenar? Ketika tidur atau ketika jaga?

Bagi Demang apabila kebanyakan rakyat sedang tidur dan sedang bermimpi maka kerajaan wajar menjaga kebajikan tidur dan mimpi rakyat.

Robin Hood (kalau Demang tak silap) dan Panglima Nayan (Demang pasti) akhirnya mati di hujung perjuangan manakala Baasha kembali kepada kehidupan normal, mengadap realiti kehidupan.

Sebaik menutup ketiga-tiga cerita penglipurlara rakyat di atas, kita tersedar bahawa kehidupan tidaklah sempurna sebagaimana yang diimpikan. Demikianlah Baasha yang menukar kembali namanya ke nama asal dan melihat betapa kerajaan yang ada tidak perlu ditukar sebaliknya diperbaiki.

Kembali pada realiti di negara kita, PRU 2008 adalah satu gerakan besar-besaran bagi memaksa satu perubahan besar dalam jentera pentadbiran negara.

PRU2013 pula adalah semakan pada ketelusan dan kesungguhan kerajaan dalam menangani kehendak sebenar rakyat.

Berdasarkan keputusan undi rakyat, UMNO dilihat telah berjaya melakukan perubahan besar sebaliknya kecacatan terlihat jelas pada MCA. Gerakan ikut terbias kerana berada dalam Barisan Nasional.

Sebagaimana tulisan Demang sebelum ini, fenomena tsunami cina tidak perlu dirisaukan sangat kerana ia hanya berlaku dalam lingkungan mereka sahaja yakni sekitar 67 kerusi parlimen.

Yang perlu orang Melayu usahakan ialah pastikan setiap orang Melayu yang layak mendaftar sebagai pengundi melekukannya bagi memastikan 154 kawasan parlimen kekal milik mereka.

Anwar; samada Anwar dalam filem 'Baasha' mahupun Anwar di pentas politik Malaysia hanyalah alat atau pemangkin ke arah transformasi Malaysia.

Anwar bukan sahaja akan mati juga bahkan Anwar Ibrahim sebenarnya telah lama mati. Anwar Ibrahim yang ada sekarang hanyalah 'roh' yang digunakan oleh rakyat bagi menyampaikan hasrat sebenar mereka.

Sia-sia sahaja usaha membunuh kreadibiliti Anwar kerana bagi sebilangan rakyat, Anwar bukan seorang manusia tetapi sekadar alasan untuk menyuarakan kehendak mereka.

DS Najib dan seluruh jentera beliau perlu memahami benar-benar perkara ini. PRU ke 14 masih terlalu jauh bahkan ia belum pasti akan muncul. Gunakan tempoh yang ada bagi memperbetul keadaan.

Jangan beritahu rakyat bahawa Anwar tidak mampu memerintah kerana rakyat sudah lama tahu perkara tersebut. Anwar Ibrahim bukan muda lagi dan 90% rakan-rakannya sudah meninggalkannya untuk mengambil kedudukan baru yang lebih stabil bersama BN.

Kaum cina juga bukan bodoh untuk merampas negara ini secara tidak sah. Mereka tahu akibat yang akan menimpa jika mereka cuba mempermainkan orang Melayu.

Orang Melayu tidak banyak harta untuk disayangi berbanding orang cina. Justeru jika sampai satu tahap kesabaran, apabila yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang, orang cina lebih merasakan kerugiannya berbanding orang Melayu yang memang tiada apa-apa untuk dirugikan.

Bahkan selepas huru-hara, ada kemungkinan harta orang cina akan berpindah ke tangan orang melayu atau terus dirampas orang asing seperti kata pepatah; jong pecah yu kenyang.

Robin Hood, Panglima Nayan, dan Manik Baasha akan terus datang dan pergi. Mereka adalah adiwira atau superhero yang dirindui pada setiap zaman untuk rakyat menyalurkan keluh kesah.

Meski sekadar fantasi namun jika kerajaan yang memerintah gagal memahaminya, rakyat lebih rela berpindah ke neraka daripada berkongsi negara dengan orang yang sombong dan tamak.

Demang percaya, Najib Tun Razak mampu menjadi adiwira baru bagi rakyat negara ini kerana kemewahan seseorang pemimpin bukanlah alasan untuk dibenci rakyat.

Rakyat cuma mahukan hak mereka. Itu sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

saya mempunyai kecenderungan yang sama dengan pendapat sdr. Yang perlu DSN teruskann kerja baik sekarang dan kalau boleh dua atau tiga menteri UMNO (saperti Ku Nan, Nazri, Hishamudin, Ismail Sabri) yg baru dilantik baru ini perlu digugurkan. Saya yakin UMNO dan BN akan terus memenangi hati rakyat!!!!

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)