Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Tuesday, February 25, 2014

Campurtangan DAP dalam isu air

Isu air di Selangor bukanlah masalah yang tidak dijangka.

Demang telah beberapa kali menulis tentang isu air di Selangor. Ternyata analisis yang Demang buat bahawa orang politik menjadikan air sebagai isu dan memangsakan rakyat adalah betul.

Jika ditanya pada penyokong PKR paling bawah sekalipun tau bahawa kegagalan Khalid menjadi MB Selangor bukan kerana beliau tidak cerdik tetapi kerana DAP lebih cerdik.

Formula mudahnya ialah:
Air = sumber kehidupan
Maka mau tak mau orang kena beli.

Alangkah untungnya jika dapat menguasai syarikat air. Masalahnya, sudah ada syarikat yang menguasainya dan dimiliki seorang bumiputra melayu.

Hanya jika syarikat sedia ada itu gagal barulah boleh dibatalkan kontrak dan diserahkan pada pihak lain.

Maka di situlah 'kerja' DAP bermula. Apa yang perlu DAP buat? Sabotaj apa sahaja usaha SYABAS termasuk:

Beri air percuma
- Kesannya, kerajaan negeri terhutang dengan SYABAS dan hutang yang semakin bertambah akan melemahkan pengurusan syarikat air itu.

Curi air banyak-banyak
- Setakat mana lah rakyat marhaen nak curi air? Namun jika kilang dan lain-lain yang curi, kesannya amat besar pada syarikat penyedia perkhidmatan sebab kos merawat air bukanlah sedikit.

Halang usaha-usaha SYABAS dalam mencari alternatif baru. -- Ia boleh dilakukan melalui kerajaan negeri yang dikuasa DAP.
 
Lihat bukti bagaimana DAP berperanan mensabotaj rakyat Selangor.

Kenyataan berikut jelas membuktikan pihak kerajaan negeri gagal bertindak balas atas amaran yang telah keluarkan pihak SYABAS sejak dulu.

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.  (SYABAS) merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor yang dibuat pada 16 Julai 2012 berhubung dengan cadangan Kerajaan Negeri untuk mengambil alih operasi SYABAS dengan menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam Perjanjian Konsesi sepertimana yang dilaporkan oleh pihak media hari ini.

Dakwaan Menteri Besar Selangor di dalam kenyataan tersebut bahawa SYABAS telah tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

Krisis bekalan air yang sedang melanda di sebahagian kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini adalah disebabkan kekurangan bekalan air terawat untuk diagihkan oleh SYABAS akibat dari keengganan Kerajaan Negeri Selangor melulus dan melaksanakan projek-projek untuk menambah bekalan air terawat di negeri ini. Keengganan Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan arahan pembangunan kepada projek pembinaan Loji Langat 2  dan kegagalan Kerajaan Negeri mengazetkan perlarasan tarif  yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi juga merupakan faktor yang telah menyumbang kepada krisis ini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) SYABAS dan ini telah membantutkan usaha-usaha SYABAS untuk mengurangkan kadar NRW serta, menaiktaraf, penambahbaikkan dan penyelenggaraan sistem sedia ada ketahap yang lebih baik lagi.

SYABAS sebelum ini telah beberapa kali memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor mengenai akan berlakunya krisis bekalan air jika program program penambahan bekalan air tidak dilaksanakan melalui 48 pucuk surat yang telah dihantar semenjak 25 Mei 2005 lagi kepada Kerajaan Negeri Selangor dan kepada Menteri Besar sendiri.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah dimaklumkan SYABAS mengenai perkara ini melalui 9 mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah semenjak hujung tahun 2010 yang mana Kerajaan Negeri mempunyai 30% pegangan saham di dalam SYABAS. Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah, Kerajaan Negeri turut dimaklumkan menerusi wakilnya di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kedudukan bekalan air yang kritikal tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini.

Menteri Besar Selangor juga telah membuat kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan apabila mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah.  Sebenarnya isu kekurangan bekalan air adalah merujuk kepada kekurangan air terawat untuk memenuhi permintaan pengguna.

Tanggungjawab untuk memastikan Negeri Selangor mempunyai loji rawatan air yang mencukupi adalah terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Menteri Besar dan Kerajaan Negeri semenjak tahun 2005 telah dimaklumkan bahawa kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi dan sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuknya.

Menteri Besar Selangor boleh melihat dan merujuk kepada semua laporan-laporan dan surat-surat yang telah dihantar kepada beliau sebelum ini. Untuk  memahami perkara ini dengan lebih jelas lagi, SYABAS menjemput Menteri Besar untuk melihat sendiri keadaan operasi loji-loji yang diurus oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan.

Dalam hal ini, Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang diurus tadbir oleh Konsortium Abass Sdn. Bhd., syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor juga telah beroperasi 20% melebihi kapasiti rekabentuknya. 

Adalah ganjil dan amat mengelirukan jika Menteri Besar  sendiri tidak tahu menahu atau buat tidak tahu status pengeluaran loji yang dipunyai oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Sebagai pemegang saham di dalam SYABAS, Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor juga mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat, tetapi ini tidak dilakukan oleh beliau.

Kerajaan Negeri adalah bertanggungjawab dalam hal ehwal pembekalan air mentah yang mencukupi dan tidak tercemar seperti diperuntukkan di bawah Senarai Kedua, Senarai Negeri, Perkara 6 (C) Perlembagaan Persekutuan.

Selain dari itu adalah juga menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa bekalan air terawat mencukupi.

SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat sahaja yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri wajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas semua masalah yang timbul akibat tindakan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar yang telah menyebabkan pembinaan Loji Langat 2 tidak dapat dilaksanakan dan Menteri Besar juga yang mengarahkan agar CAPEX tidak dijalankan dan akibatnya SYABAS tidak dapat melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil atau NRW (Non Revenue Water) dan menjejaskan usaha SYABAS untuk membaikpulih dan menaiktaraf aset bekalan air bagi meningkatkan kecekapan dalam memberi perkhidmatannya kepada pengguna. 

Pada masa yang sama kegagalan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengazetkan perlarasan tarif telah menyebabkan tanggungan tertunggak SYABAS kepada operator loji rawatan air.

Oleh itu, tuduhan dan dakwaan Menteri Besar menerusi kenyataannya itu adalah tidak benar dan mengelirukan.  Kita sepatutnya bertanya kepada Menteri Besar apa tindakannya untuk menyelesaikan masalah ini, bukannya masih lagi membuat kajian-kajian yang mengambil masa yang panjang sedangkan realitinya para pengguna dan rakyat Selangor amnya telahpun berdepan  dengan masalah kekurangan bekalan air.

Pihak SYABAS sedia duduk semeja dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan serta SPAN untuk membincangkan langkah-langkah mencari jalan menyelesaikan masalah bekalan air ini dengan kadar segera.
 
IR. V. SUBRAMANIAM
Pengarah Eksekutif
Perkhidmatan Teknikal

4 comments:

Anonymous said...

Harap kerajaan menahan segala projek perumahan olih syarikat pemaju yang menyokong DAP yang membina kilang dan penempatan penempatan mewah, pembangunan di KL perlu di kaji selidik sebelum meluluskan demi mendapat sumber kewangan, masa ini air, akan datang kedudukan istimewa orang orang yang bertaraf bumiputra menjadi pertaruhan.

Anonymous said...

krisis air di Slangor sepatutnya sudah dapat diatasi sekiranya kerajaan negeri Selangor dibawah Mentri Besar Selangor Kalit Ibrahim dan Punaisehat Negeri Selangor Anwar Ibrahim.Punaisehat NegeriSelangor Anwar Ibrahim seorang yang dianggap world class leader dikalangan PKR sahaja. Nasihat Kerajaan Pusat diambil sepi oleh MB Selangor dan Punaisehat Selangor ...oleh kerana ego , sombong bodoh dan bodoh mengurus negeri Selangor krisis air berlaku di Selangor....Gaji MB Selangor naik 300% dan Gaji Punaisehat Negeri Selangor Rm1 tapi klaim elaun 15 juta setahun dan semua gaji adun naik 200% ...cukai perkhidmatan ,cukai Tanah dan cukai pintu naik 200% di Selangor tapi krisis air mencengkam rakyat Selangor....pada rakyat Selangor cukup2 lah kamu diperbodohkan oleh punaisehat negeri Selangor...Rakyat Kajang buka mata lu piker lah sendiri...

Anonymous said...

MAKA DARI ITU....
TOLAK LA KERAJAAN PAKATAN RANAP YANG SEDANG MERANAPKAN SELANGOR....

Anonymous said...

Gaji MB Selangor tak sebanyak mana pun jika dibanding dengan gaji CEO Syabas. CEO Syabas gagal dalam banyak perkara mengandalikan syabas terutama dalam mengurangkan NRW.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)