Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, February 16, 2014

Hukum pelaburan ASB

Antara Majlis Fatwa Kebangsaan, mufti negeri, dan badan penasihat syariah sekuriti, mana yang paling tinggi?

Baru-baru ini Demang terima sepotong video ceramah agama berkenaan hukum pelaburan ASB. Tak dapat Demang pastikan tahun rakaman itu dibuat.

Tarikh rakaman amat penting kerana ia mungkin tidak valid lagi setelah beberapa tindakan semasa.

Kalau ikutkan, tak boleh kita komen perkara yang sekerat-sekerat. Namun oleh kerana yang sekerat-sekerat itulah yang disebarluas dalam media sosial sehingga mengelirukan ummah maka Demang fikir jika tidak dijawab nanti makin terkerat-kerat ukhwah orang Islam di Malaysia.

Yang nak ditegur pula seorang ustaz merangkap penceramah yang mungkin ada ramai peminat.

Menurut ustaz tersebut, pelaburan ASB adalah haram!

Beliau menyebut bahawa mufti selangor dan mufti Pulau Pinang memfatwakan haram manakala mufti Perak mengatakan harus.

Ustaz tersebut tak pula memberitahu audiens tentang pendirian negeri-negeri lain.

Menurut ustaz tersebut, majlis fatwa kebangsaan yang memfatwakan harus pelaburan ASB mendakwa majlis fatwa kebangsaan paling rendah statusnya berbanding badan penasihat syariah dan mufti negeri.

Maka Demang buka web rasmi majlis fatwa kebangsaan. Demang lihat ahli majlis fatwa kebangsaan terdiri daripada mufti-mufti setiap negeri di Malaysia dan mereka bertindak atas kehendak majlis raja-raja.

Yang mana lebih tinggi; raja atau majlis raja-raja? Jika dalam majlis fatwa kebangsaan ahli-ahlinya ialah mufti dari setiap negeri, siapa pula yang bermesyuarat bersama mufti si peringkat negeri? Lebih tinggikah authority mereka.

Demang tekankan soal authority kerana itulah hujah ustaz tersebut.

Maka bertambah hairanlah Demang bagaimana mufti sesebuah negeri yang menjadi ahli majlis fatwa kebangsaan membuat keputusan yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh sebuah majlis yang beliau sendiri menjadi ahlinya!

Kenapa mufti berkenaan tidak berhujah dalam mesyuarat mereka? Ataukah mereka telah bermesyuarah dan majoriti bersetuju hukum ASB adalah harus manakala bakinya tidak bersetuju?

Jadi, apakah kesudahannya? Kenapa tidak berlapang dada dengan keputusan ramai setelah perbincangan ilmiah?

Inilah masalahnya apabila ada ulama yang hanya mementingkan pendapat sendiri dan mengenepikan kesatuan ummat Islam. Mereka lebih rela ummat Islam berpecah belah daripada mengambil keputusan berhikmah dan bijaksana.

Agak-agak ulama berkenaan pernah tak buat loan bank atau finance kereta atau beli rumah tanpa faedah bank? Adakah sistem bank di Malaysia benar-benar bebas riba samada secara langsung ataupun secara subhah?

Mungkin ustaz tu beli cash je semua harta tetapnya. Maklumlah, bayaran upah ceramah sekarang ni agak lumayan juga.

Demang rasa eloklah anda buka sendiri web rasmi majlis fatwa kebangsaan dan baca hujah yang dikemukan. Jangan lupa membaca sejarah di sebalik penubuhan PNB dan Serangan Selepas Subuh http://www.jomjalan.com.my/blog/2013/04/06/dawn-raid-guthrie-1981/

Hujah majlis fatwa kebangsaan pula boleh dibaca di sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

Semoga kita lebih berhati-hati dan tidak menerima bulat-bulat apa sahaja yang dikatakan oleh seseorang termasuk yang berstatus penceramah atau ustaz.

1 comment:

Belajar Saham said...

Penduduk Selagnor kena la ikut fatwa Selangor. Sama la penduduk negeri lain kena ikut negeri masing. Dari main ASB yang ragu2 baik terus main saham dari saham yang syariah compliance. Baca http://www.saham.my ada keterangan lanjut

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)