Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, February 10, 2014

Salah guna istilah wujud

Agak lama juga Demang tidak menulis di blog ini. Sibuk sikit dengan urusan perniagaan. Semakin meningkat usia, masa yang Allah beri dirasa semakin singkat.

Kali ini Demang nak panjangkan pesanan guru Demang di USM dulu, iaitu Dr Ishak Ramly.

Kata beliau, istilah WUJUD sepatutnya khusus untuk Allah Taala sahaja kerana ia mempunyai definisi uniq.

Maksud beliau, tidak wajar diguna wewenang dalam konteks lain. Contohnya: "bank tersebut telah diwujudkan bagi membantu..." Sepatutnya: "bank tersebut telah ditubuhkan bagi membantu..."

Satu lagi contoh: "telah wujud beberapa kumpulan pendesak...." yang sepatutnya di tulis: "telah muncul beberapa kumpulan pendesak...."

Perkataan wujud bukan daripada bahasa Melayu. Ia tiba ke tanah melayu bersama kemasukan Islam. Bahkan ia muncul khusus bagi memberi kefahaman tentang sifat Allah Taala.

Demang fikir pencabulan terhadap penggunaan perkataan itu bermula daripada penulis yang gemar memanipulasi istilah bagi menyedapkan bahasa. Mereka lupa bahawa selain niat, perkataan yang dikeluarkan juga boleh merosakkan aqidah.

Wujud tidak sekadar bermaksud 'ada' kerana perkataan 'ada' bagi sifat benda ialah daripada tiada kepada ada dan daripada ada menjadi tiada.

Contohnya, manusia. Asalnya Adam itu tidak ada. Kemudian Allah Taala ciptakan Adam. Maka Adam pun 'ada'. Namun kemudian Adam dilenyapkan daripada muka bumi ini. Adam sudah tiada.

Hal tersebut bertentangan dengan Allah Taala yang tidak bermula dan tidak ada pengakhiran. Istilah yang digunakan untuk sifat yang begitu ialah WUJUD.

Maka jika ada yang mengatakan "persatuan itu telah wujud sejak 1985" maka ia tidak menepati maksud perkataan 'wujud'. Malah jika diterbalikkan kenyataan itu ia boleh memberi kefahaman bahawa Allah juga bersifat seperti persatuan yang boleh 'ada' dan boleh 'tiada'.

Demang amat bersetuju dengan guru Demang itu dan berharap semua pihak tidak lagi menyalahguna sifat wajib Allah taala tersebut secara semborono.

Bahasa Melayu amat kaya dan ada banyak perkataan yang boleh kita pilih dan guna mengikut kesesuaian.

Wallahu'alam.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)