Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, September 10, 2014

Soalan sains upsr 2014 bocor

Sejak beberapa hari ini Demang ada menerima beberapa mesej melalui media sosial yang didakwa sebagai soalan-soalan UPSR sebenar.

Demang malas nak layan sebab bagi Demang yang dikatakan UJIAN dalam UPSR dan lain-lain peperiksaan berpusat bukanlah soalan-soalannya TETAPI cara mana kita menghadapi peperiksaan tersebut.

Jika kita menipu dalam peperiksaan maka itulah kegagalan sebenar!

Mari kita lihat, siapakah yang diuji dalam UPSR ini:

1) murid yakni calon UPSR.
Mereka sepatutnya diuji berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan keseimbangan jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

2) guru yang mengajar
Jika murid hanya dilatihtubi dengan soalan ramalan dan lain-lain yang menjurus peperiksaan semata-mata sehingga mengabaikan perkara-perkara lain dalam pendidikan maka gagallah guru itu. Lebih teruk lagi yang membocorkan soalan!

3) pentadbir sekolah (GB)
Jika terlalu mengagungkan keputusan UPSR sehingga mengenepikan program lain dalam falsafah pendidikan terutama kerohanian maka gagallah beliau awal-awal lagi. Rasanya kebanyakan guru besar begini adalah kerana ditekan oleh PPD.

4) PPD iaitu pihak yang menyelia Sekumpulan sekolah di daerahnya.
Jika hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata maka gagallah mereka. Kebanyakan PPD berjiwa murni tetapi bersikap penakut pada JPN.

5) JPN menyelia PPD.
Kalau setakat untuk bermegah apabila negeri mereka mencatat keputusan UPSR terbaik hingga maka gagallah mereka. Namun semua JPN di Malaysia berniat baik cuma mereka terpaksa 'jaga periuk nasi'.

6) KPM menyelaras di peringkat pusat.
KPM kalau setakat melagang teori semata-mata dan sudah berpuluh tahun meninggalkan profesyen guru di sekolah, maka banyaklah keputusan syok sendiri dibuat dan akhirnya pihak KPM lah bapa segala kegagalan. Namun KPM adalah badan terbaik cuma mereka.... hmm (tolong bantu Demang carikan alasan).,

Kesimpulan Demang ialah kes kebocoran kertas sains UPSR 2014 yang berlaku hari ini adalah BUKTI bahawa sistem peperiksaan yang kita amalkan selama ini sudah jauh terpesong daripada tujuannya.

Hal ini kerana keghairahan pihak-pihak tertentu yang terlalu mengejar keuntungan peribadi. Contohnya, guru subjek, guru besar, pegawai JPN, KPM, dan lain-lain yang meletakkan UPSR sebagai tangga untuk mencapai impian peribadi, bukannya kerana ikhlas mendidik anak manusia.

Mendidik anak bangsa yang jika tidak mampu berjasa besar pun sekurang-kurangnya tidak menyusahkan manusia lain.

Hello... siapa yang pandai-pandai ubah kementerian PENDIDIKAN menjadi kementerian PELAJARAN? tolong kembalikan semula istilah yang lebih murni itu.

5 comments:

Anonymous said...

Setuju...

Guru Tadika said...

siapa yang bocorkan kalau bukan orang dalam lembaga peperiksaan tu sendiri? erm, begini la jadinya kalau ambik pekerja yg tak amanah. :(

Anonymous said...

demang, saya tak nak ulas pasal soalan 'dibocorkan' kerana sudah semakin ramai yang mengulas dan menyalahkan pihak2 tertentu yang boleh disalahkan. saya cuma nak mengulas sedikit berikutan rasa hati yang terkilan dan bagai direnggut sampai ke uluhati berkaitan konsep 'SEKOLAH PENYAYANG'. setiap hari ketika menghantar anak ke sekolah, kelihatan seorang guru ditugaskan berdiri di luar pintu pagar sekolah untuk 'MENYAMBUT' kehadiran murid ke sekolah. beginikah cara KPM melaksanakan pemartaban pendidikan? apakah fungsi guru di mata pegawai2 KPM yang entah pernah atau tidak berada dalam persekitaran sekolah? sefaham saya ilmu itu datang daripada guru mengikut konsep guru mengajar murid belajar. kena ada sedikit perbezaan taraf orang yang menyampaikan ilmu dengan orang yang menuntut ilmu. adakah pemberi ilmu itu perlu sampai direndahkan taraf terpaksa menyambut kehadiran murid ke sekolah, bimbang murid merajuk tak nak pergi sekolah jika tidak disambut? bagaimana dahulu murid begitu akur, patuh malah takut kepada guru dengan tetap melakukan apa-apa yang disuruh dan tak akan berani melakukan apa-apa yang telah dilarang oleh guru. mereka malah saya sendiripun, sehingga kini amat menghormati bekas guru yang pernah merotan dan mendenda saya kerana salah laku dan salah buat saya. jika guru terpaksa menjadi pecacai secara bergilir setiap pagi di pintu pagar sekolah, tak mustahil murid akan semakin kurang ajar dan tidak hormat kepada guru. ingat konsep murid adalah pelanggan kepada guru? cuba kaitkan dengan ungkapan 'CUSTOMER ALWAYS RIGHT'. ia membawa maksud, murid tidak pernah silap, yang silap adalah guru hatta murid itu kencing di atas kepala guru. pada penilaian saya, konsep murid adalah pelanggan amat tidak tepat. maaf, luahan isi hati saya sebagai bekas murid, kini ayah kepada murid dan juga pernah mengajar murid walaupun kini dibidang lain. pada saya, dengan merendahkan martabat dan maruah guru ia bermaksud merendahkan nilai 'ILMU' itu sendiri. atau ada sesiapa yang tidak bersetuju?

Cheguman said...

Setuju. Ini lah akibat copy paste semua perkara tanpa memahami konsep.

Anonymous said...

 yg dpt soalan bocor ni puak2 guru yg nak tengok anaknya dpt 5A+ & tempat di sbpa , nakkan nama dirinya & sekolahnya naik tanpa mengira sumber itu halal @ haram .
Yg jujur dinafikan haknya didunia dsbbkan pengkhianat melalui pintu belakang utk cemerlang.sistem pendidikan malaysia memalukan


linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)