Manusia merancang manakala Allah taala yang menguasai semua perancangan.
Justeru bagaimana sekalipun cuba dialihkan perjalanan takdir, maka yang telah ditentukan pasti akan berlaku.
Siapa yang menyangka Anwar Ibrahim akan dipecat daripada semua jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri padahal tinggal tak berapa lama sahaja lagi akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5?
Namun segalanya telah tersurat.
Esok satu peristiwa lagi akan berlangsung. Namun selagi ia belum berlaku maka ia belum menjadi takdir.
Andai Wan Azizah menjadi MB Selangor dan andai Anwar Ibrahim perlu berehat di penjara Sungai Buluh maka adakah ia kebetulan?
Andai Wan Azizah berkuasa di Selangor bagaimana keadaan Anwar yang ditempatkan dalam penjara di negeri Selangor?
Bagi Demang penjara adalah neraka kecil yang berada di dunia. Mampukah MB Selangor yang baru berupaya menjadikan ia syurga kecil buat suami tercinta?
Atau Wan Azizah tidak akan campur tangan langsung atas alasan beliau tidak harus mengganggu birokrasi dan mengeksploitasi jawatannya untuk kepentingan peribadi?
Jika Wan Azizah tidak boleh 'masuk' ke dalam penjara sesuka hati, maka Anwar Ibrahim juga tiada kuasa 'keluar' daripada penjara dan 'mentadbir ' sebuah negeri.
Sebenarnya Demang sedang meneka-neka, siapa sebenarnya yang akan memerintah Selangor? Adakah Wan Azizah akan bertindak sendirian atau sekadar peranti yang kawalannya di sebalik jeriji besi?
Demang terpaksa membuat spekulasi sebab teringat pesanan ulama bahawa apabila kuasa diberikan pada orang yang bukan ahlinya (yang tidak berhak) maka tunggulah saat kehancuran.
Demang bukan sekadar mempertikai Wan Azizah tetapi yang lebih penting ialah Wan Azizah adalah seorang wanita dan kebanyakan ulama menolak perlantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi.
Demang katakan 'kebanyakan ulama' dan bukannya semua ulama sebab ada juga ulama yang berkepentingan diri.
Kita tunggu esok.
Berbalik pada persoalan awal tadi iaitu berkenaan ketentuan Allah, mungkinkah ini takdir kita dalam proses kehilangan kuasa di tanahair sendiri?
No comments:
Post a Comment