Demang jarang menonton bolasepak kecuali perlawanan penting seperti semalam.
Sebagaimana yang semua maklum pasukan Malaysia tewas di tangan Thailand sekali lagi.
Ramai yang berpendapat kita sepatutnya menang. Kata anakanda Demang, Thailand mempunyai rekod cemerlang pada 10 minit terakhir dalam banyak perlawanan.
Apa pentingnya 10 minit berbanding 90 minit masa yang diperuntukkan? Jika ada yang beranggapan bahawa Thailand sengaja menunggu 10 minit terakhir untuk bertindak Demang rasa idea itu mungkin silap.
Apa yang berlaku ialah Thailand telah mencuba sedaya upaya sejak awal namun Malaysia lebih pantas mendapatkan jaringan gol.
Malangnya pemain Malaysia gagal memahami hakikat perlawanan. Dalam perlawanan bola sepak kemenangan ditentukan melalui jaringan gol dalam masa yang ditentukan.
Dengan kata lain jika jaringan dibuat selepas tempoh masa tersebut maka ia tidak lagi dikira.
Kenapa pemain Malaysia gagal menggunakan kesempatan sebagai pendahulu jaringan? Bukan lama pun, cuma 10 minit.
Demang rasa kemahiran bermain mana- mana pasukan sama sahaja. Yang akan menentukan kemenangan ialah kemampuan untuk menguasai permainan. Pandai bermain dengan pandai menguasai permainan itu berbeza.
Menguasai permainan ertinya kita mampu mencorakkan permainan. Kita menguasai seluruh permainan dan membawa pihak lawan bermain dalam rentak kita.
Apabila kita sudah mendahului jaringan maka fokus kita hendaklah beralih pada faktor masa perlawanan pula.
Demang sedar pertahanan terbaik ialah dengan menyerang namun dengan memperbanyakkan serangan akan menjadikan perlawanan semakin rancak dan menaikkan semangat pihak lawan.
Kenapa pasukan Malaysia tidak cuba menjadikan baki masa yang ada itu suatu tempoh yang membosankan? Biarkan pemain lawan geram dan meradang. Dengan itu mereka akan buat lebih banyak kesilapan.
Demang rasa ramai yang tahu strategi ini. Taktik lama, kata orang. Apa hinanya taktik lama kalau ia berkesan? Ini bukan perlawanan pertunjukan. Ini pertandingan menang-kalah.
Pertanyaan Demang ialah, jika taktik memufliskan semangat pemain lawan itu bagus, kenapa tidak diberi tumpuan semasa latihan?
1 comment:
satu lagi faktor kelemahan pasukan malaysia ialah lambat backup kepada keeper akibat bola muntah. perkara yang sama berlaku ketika menentang singapura di mana pasukan lawan berjaya menjaringkan gol akibat bola muntah. masih lemah dalam analisis kelemahan sendiri.
Post a Comment