Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Thursday, December 4, 2014

Kesah pekerja bangla najib

Sedang Demang bicara soal pertanian, muncul pula isu PM akan bawa masuk 60,000 warga Bangladesh.

Nampaknya ia akan jadi isu baru dan akan direkod untuk di-isu-kan semula menjelang PRU akan datang. Apa lagi kalau bukan untuk dijadikan bahan isu pengundi hantu?

Bagi Demang jika kemasukan pekerja tersebut bagi memenuhi keperluan sektor perladangan, apa salahnya? Melainkan jika kita ada pilihan lain.

Tolong bagitahu Demang, mahukah anak-anak anda menjadi buruh ladang? Menjadi pekerja ladang tentulah tidak sama dengan menjadi peladang!

Kelmarin Demang tulis betapa kita terlalu bergantung pada import buah-buahan dan hasil pertanian. Penyelesaiannya mudah. Tanam sendiri. Buka ladang. Masalahnya, siapa yang nak buat kerja tersebut?

Memang kegusaran sesetengah pihak ada asasnya. Kebanjiran pendatang asing akan memunculkan masalah baru pula, namun apa pilihan kita? Jika anda ada idea lain, silakan. Mana tahu idea tersebut lebih baik.

Negara kita subur. Itu kata guru geografi Demang dulu. Masa Demang sekolah dulu (1970an), kami buat projek buku hijau keliling sekolah. Petang-petang datang sekolah bawa cangkul buat batas ubi, mentimun, kacang bendi, dan lain-lain. Pagi-pagi siram pokok sebelum masuk kelas.

Namun hasilnya tidaklah begitu baik dan akhirnya projek buku hijau tutup buku. 

Memanglah tujuan asalnya untuk.mendidik dan menyemai minat berkebun. Namun jika tidak menjadi maka ia jadi pengalaman yang tidak ingin diulangi. Oleh kerana ia kempen besar-besaran di seluruh negara maka orang Melayu fobia hingga sekarang dan tidak suka bertani.

Bukan sahaja di sekolah, kalangan peneroka Felda pun begitu juga. Demang ingat lagi pada peringkat awal riuh rendah para peneroka bertanam sayur mayur keliling rumah. Selain untuk makan sendiri harap-harap dapat dijual untuk duit sampingan.

Namun jika semua orang sudah bertanam, siapa pula yang akan membeli? Lagipun sekitar 1970an di kawasan Felda, orang bukan ada duit sangat.

Akhirnya selepas semusim, yang tinggal hanya batas dan tunggul. Tidak lama kemudian, cangkul pun sudah sukar ditemui.

Demang bercerita tentang tanah rancangan felda sekitar 1980an yakni tempat yang sepatutnya jadi sumber pertanian. Kita kena akui bahawa kita tidak cukup tenaga untuk itu.

Pergantungan sumber makanan daripada negara luar memang merugikan dan boleh membahayakan negara. Selain pengaliran wang keluar, ia juga suatu pembaziran terhadap sumber yang Allah Taala kurniakan.

Minggu ini RINGGIT MALAYSIA merudum lagi dan ada yang kata ia lebih buruk berbanding 1997. 

Demang percaya kita tidak akan terjejas apa-apa jika kita ada bahan makanan (pertanian) yang mencukupi. Malah jika stok kita berlebihan, kita boleh tarik duit luar masuk ke negara kita.

Tapi janganlah jual kangkung untuk beli ferrari.

4 comments:

A Amin said...

Saya setuju dengan demang,
Dulu siapa yang buka semula ringgit?
Kenapa tak terus ikat saja dengan USD?

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. tindakan YAB PM kita memberi lebih banyak peluang kpd. saudara Se ISLAM kita dari rakyat Bangladesh, yang MAJORITInya amat miskin. Maka, pedulikan GERTAKAN si PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS DAPBANGKAI/PKRSODOM - Malaysia kita ini adalah NEGARA ISLAM!

Aku juga harap peluang ini dibuka juga untk lebih ramai pekerja asing ISLAM saudara kita yg. juga ramai MISKIN, dari Kampuchea, selatan Thailand/Filipina, Indonesia dan puak Uighur dari China. Dan harapnya juga YAB PM kita kan benarkan pelarian ISLAM Rohingya utk. bekerja!

Tengok S'pura dan ISrael - sekutu kuat Barat/ZIONIS, yg. asyik ambil BERJUTA pekerja asing/imigran Cina dan Yahudi yg. ; apahal tak pula bising si ejen-ejen ZIONIS kat Malaysia ni?!

Nenek TUA Sambal Petai.

Anonymous said...

Sektor tenaga kerja kita kekurangan pekerja...Tapi apa pilihan kita? Bawa masuk Bangla (Muslim) salah, bawak masuk Cina dan keling lagi bala masalah.

Abg Is said...

Bermula tahun 2012, kerajaan kita melalui Kem Asas Tani amat seruis dengan pertanian lebih-lebih lagi pertanian untuk orang muda (Agropreneur Muda atau panggilan lamanya di panggil Belia Tani). Sejenis sektor pertanian perprestij tinggi dan berteknologi tinggi. saya sendiri baru memulakan projek ini walaupun saya ada kedai komputer. Boleh lawat blog saya untuk serba sedikit. Wassalam

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)