Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, February 10, 2015

Bercerai kerana media sosial

"Siapa nama?"
<teks>
"Oh, Ahmad"
-senyum-
"Awak nak pergi mana?"
<teks>
"Oh, Chemor"
-senyum-
"Awak tak boleh cakap?"

Barangkali anda sempat dan masih ingat iklan TV tersebut sempena sambutan hari raya suatu ketika dulu. Demang tidak pasti samada pada penghujung abad ke-20 atau awal milineum.

Iklan yang dikeluarkan syarikat penyedia rangkaian selular tersebut adalah berkenaan penggunaan SMS dengan munculnya telefon 2G.

Dengan kata lain Sistem Pesanan Ringkas (SMS) baru diperkenalkan.

Sebelum itu telefon hanya berfungsi untuk komunikasi suara dengan skrin kecil, sekadar untuk menaip nombor telefon penerima.

Meskipun ketika itu penggunaan teks agak terhad namun para pengguna kreatif memaksimumkan penggunaannya. Maka ada juga yang rajin menghantar mesej 'lucu' seperti berikut:

Seorang lelaki ke kedai 24 jam untuk membeli kondom.

JW: Encik guna saiz apa?
L: saiz S.

JW tersebut berpaling pada rakan di belakangnya dan berkata: berikan saya saiz S.

Kemudian dia berpaling sekali lagi dan berkata: berikan saya saiz M.

Seketika kemudian dia menukar permintaan: berikan saya saiz L.

Tidak lama kemudian dia menghulur tangan pada rakannya dan berkata: berikan saya tisu.

Apakah fahaman anda pada SMS tersebut? Mungkin hanya beberapa orang sahaja yang akan berfikir bahawa jurujual tersebut ingin mengesat hingusnya atau air minuman yang tertumpah di atas meja.

Itu adalah bibit awal mesej lucah di telefon.

Hari ini zaman sudah beralih daripada 2G (2nd Generation) kepada 3G, 3G+, dan 4G.

Kita bukan sahaja mampu menerima dan menghantar pesanan dalam bentuk teks malah dalam pelbagai media termasuk gambar, video, dan suara.

Justeru jika telefon yang sekadar membenarkan teks bermedan terhad pun sudah ada unsur negatif, apatah lagi apabila telefon pintar boleh mengirim apa sahaja, termasuk gambar dan video.

Hari ini aplikasi SMS sudah dianggap lapuk dan kurang digunakan. Media sosial mengambil tempat dengan menawarkan medan perkongsian maklumat tanpa had.

Bahkan ia tidak lagi mengkehendaki pengguna menggunakan komputer meja atau komputer riba malah aplikasi berkenaan siap terpasang pada hampir semua telefon pintar dan boleh digunakan bila-bila masa (baca, sepanjang masa).

Lebih menarik lagi, ia ditawarkan secara percuma!

Media sosial bukan sahaja membolehkan kita mengirim info kepada seseorang bahkan dijadikan tempat untuk berkumpul dan bersembang beramai-ramai.

Media sosial seperti Whatsapp, Wechat, Line, Telegram, dan sebagainya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia. Ia telalu mudah dan murah sehingga hampir semua perkara lain dikesampingkan seolah tidak begitu penting lagi.

Bayangkan apabila seorang pengarah yang sedang mempengerusikan mesyuarat juga sesekali menjeling, membaca, dan ikut menyampuk perbualan rakan-rakannya dalam grup media sosial yang sedang berlangsung selari dengan mesyuarat tersebut.

Kali ini Demang bukan ingin mengulas tentang etika penggunaan media sosial sebaliknya ingin menyentuh tentang adab dan etika ketika berada dalam grup media sosial.

Memang media sosial adalah anugerah Allah pada manusia. Namun di situ juga perlu ada etika dan peraturan. Bukankah hukum Allah tidak terbatas pada ruang fizikal sahaja?

Malangnya ramai yang terlupa bahawa dosa dan pahala juga dicatat ketika bersembang di ruang maya.

Bukan sedikit kerosakan yang berlaku akibat aktiviti dalam media sosial yang melampaui batas. Maklumlah, ramai yang ghairah menggunakannya apatah lagi apabila tersua kawan yang lama terpisah.

Maka ada yang terlupa bahawa masa sudah terlalu lama berlalu. Keadaan sudah tidak seperti dahulu. Kalau dulu, kawan kita itu seorang diri tetapi kini sudah berkeluarga.

Mungkin dulu beliau seorang yang nakal namun keadaan sudah merubahnya menjadi orang yang warak.

Ada kawan kita yang dulunya suka bercakap lepas tetapi sekarang amat sensitif dengan perkataan negatif.

Bahkan ada yang sudah menjadi penyokong sesuatu fahaman politik atau mempunyai pandangan sendiri dalam sesuatu perkara, termasuk mazhab.

Alangkah ruginya apabila kurniaan Allah seperti media sosial ini gagal digunakan untuk kebaikan bahkan menjadi punca pada kerosakan dan perbalahan.

Demang juga ada membuka beberapa grup media sosial namun sesekali terfikir; bagaimana jika grup tersebut menjadi punca kerosakan? Tidakkah Demang juga ikut menanggung dosa?

Maka Demang cuba gariskan sedikit panduan dalam kita bersosial dalam media baru yang sudah lama ini:

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi menyertai grup ini.

Etika grup:

1. Jangan share perkara yang menyalahi hukum Islam.

2. Jaga sensitiviti ahli lain terutama berkaitan politik dan fahaman agama.

3. Boleh keluar dari grup dan masuk semula bila2 masa tetapi elok maklumkan pada admin.

3.1 Keluar daripada grup tidak bermakna memutuskan silaturrahim. Grup ini hanya satu kemudahan berinteraksi.

4. Jaga kerahsian dan keaiban ahli lain.

5. Jika kurang senang dengan mana2 posting sila maklumkan pada admin dan admin akan ambil tindakan sewajarnya termasuk menegur tanpa mendedahkan identiti pengadu.

6.Jangan tegur dalam grup kecuali dipersetujui bersama.

7. Setiap ahli bertanggung jawab sepenuhnya atas semua perkara yang dikongsikan di sini dan admin tidak ada authority untuk menyekat mana2 posting.

8. Walau bagaimanapun grup ini boleh menjadi forum perbincangan dengan syarat tajuk tersebut dikemukakan terlebih dahulu dan mendapat persetujuan semua ahli.

8.1 Bantahan perlu dibuat terus pada admin, bukan dalam grup.

9. Dalam melaksanakan semua etika di atas, admin terlebih dahulu mohon maaf dan ia bukan bermakna keputusan peribadi admin. Admin akan hubungi beberapa ahli lain secara personal bagi meminta nasihat terlebih dahulu.

Selamat bersilaturrohim.

1 comment:

Anonymous said...

dah guna nama lain lak? macam2 le ko ni. Menyalak-nyalak kat blog orang...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)