Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Wednesday, March 11, 2015

Harga turun selepas GST

1 April makin hampir. Bagi masyarakat jahiliah, 1 April adalah hari bodoh untuk memperbodohkan orang lain. Mujur di Malaysia dah tak ramai yang bodoh. Justeru kita dapati 1 April setiap tahun berlalu begitu sahaja kecuali bagi segelintir manusia ketinggalan zaman.

Namun tahun ini agak berbeza. Ramai yang berdebar menanti 1 April. Pada hari tersebut akan berlaku tsunami besar terhadap harga produk dan perkhidmatan yang digunakan selama ini.

Benarkah begitu?

Kerisauan rakyat makin kuat kedengaràn biarpun saban hari media perdana cuba menangkis tanggapan masyarakat menggunakan pelbagai kaedah termasuk mini sitcom di TV bagi memujuk rakyat agar tidak gusar dengan GST.

Turut terlibat dalam isu ini sudah tentulah pihak pembangkang dan pihak ketiga, yakni pihak luar yang faham bahawa apabila ada jong pecah maka ada yu akan kenyang.

GST yang Demang faham ialah alat baru bagi memungut cukai untuk kerajaan. Selama ini kerajaan memang mengutip cukai tetapi dikatakan kurang berkesan.

Kurang berkesan bermaksud kerajaan gagal mengutip cukai yang sepatutnya. Banyak faktor kegagalan namun yang paling utama ialah kerana peniaga menipu dalam pentaksiran pendapatan serta keuntungan syarikat mereka.

Akhirnya ada seseorang yang mencadangkan kita meniru sistem yang digunakan di negara-negara lain iaitu GST. Justeru, sistem lama iaitu SST akan digantikan GST.

Jika dulu SST dikatakan mengenakan cukai antara 6% hingga 18% maka melalui GST semua cukai diselaraskan pada 6% sahaja.

Jika demikian, wajarkah harga produk dan perkhidmatan dinaikkan apabila GST dilaksanakan? Bukankah sepatutnya harga pengguna akan semakin rendah?

Ertinya kesan pertama GST ialah harga akan turun. Sepatutnya lah.

Impak kedua yang turut dikhuatir ialah pada sistem zakat. Sebelum ini ummat Islam diberi pilihan samada membayar cukai atau melunaskan zakat. Pembayar zakat akan menerima rebate bagi dilepaskan cukai kerajaan. Maka ia menyuburkan sistem zakat yang memberi sasaran pada ummah.

Ramai yang khuatir pungutan zakat akan berkurangan.

Sementara itu terdapat satu lagi kekhilafan dalam perlaksanaan GST iaitu 'pengusaha tertentu boleh menuntut kembali cukai yang telah dikutip' melalui satu kaedah yang Demang dan ramai kawan-kawan Demang belum faham. Persoalan Demang ialah jika peniaga boleh menuntut kembali maka apa logiknya harga produk dan perkhidmatan dinaikkan?

Barangkali semua perkara di atas hanya dininabobok pihak tertentu. Makanya kita perlu menanti tarikh pelaksanaan bagi merasakan sendiri kesan GST?

Dalam pada itu majlis fatwa kebangsaan khabarnya sudah mengeluarkan fatwa bagi menghalalkan tindakan kerajaan melaksanakan GST. Namun Demang dapati hujah-hujah yang dikemukakan agak longgar dan banyak lubang-lubang yang dibiarkan tidak bertampal.

Setelah meneĺiti hujah fatwa tersebut, Demang ada satu soalan tambahan. Adakah kita benar-benar terdesak sehingga perlu mengutip cukai daripada rakyat sebagaimana hujah http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-terhadap-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst.

Bagaimana dengan cukai-cukai lain yang masih berlangsung hingga kini termasuk cukai pendapatan dan cukai jalan?

Sudah daruratkah hasil mahsul negara termasuk sumber galian, pembuatan, dan pertanian? Atau pakar ekonomi kita yang muflis idea dan strategi?

Demang sekadar memanjangkam rungutan dan keluh kesah rakyat bawahan maka jangan ditanya penyelesaiannya pada Demang melainkan jika sudi memindahkan gaji dan elaun penasihat ekonomi kerajaan ke akaun bank Demang.

Perlu juga diawasi, perlaksanaan GST memberi peluang kepada peniaga besar yang majoriti bukan Islam untuk menaikkan harga barang dengan menghalakan kesalahan pada kerajaan.

Mungkin Najib masih belum terlambat mencari maksud peribahasa 'musuh dalam selimut'.

2 comments:

Anonymous said...

Salam..

Bagi saya, GST ni dah lama dah. Di Era Daim lagi, tapi tangguh.

Kemudian di Era Anwar jadi TPM.. TDM suruh tangguh dulu..

Di Era Pak Lah.. juga tangguh..

Di zaman Najib baru laksana.

Melihat kepada keempat2 pemimpin ini, menunjukkan GST memang boleh diguna baik di negara kita.

UMNO PARTI PENJARA said...

....


UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)