Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, October 31, 2010

di penghujung perjuangan...


... yang tak kesampaian.

Semalam Demang terpandang sebuah blog yang dahulunya merupakan pendokong reformasi tetapi kini menjadi penyokong kuat Najib. Sudah tentu bukan blogger itu sahaja yang Demang tahu sudah berpaling arah.

Salah seorang darinya ialah Demang sendiri. 10 tahun dulu sanggup angkut anak bini menghadiri rapat raksasa menyambut kedatangan Bung Anwar Ibrahim sambil melaung istilah keramat; REFORMASI.

Itu, dulu. Sedekad sudah berlalu.

Sekarang, Tun Mahathir masih ada namun sudah tidak menjadi PM. Anwar juga masih bersabung di gelanggang politik meski bukan lagi sebagai TPM. Malah gelaran mantan TPM pun sudah janggal untuk disebut.

2-3 tahun selepas Anwar disabitkan kesalahan jenayah dan dipenjara, gerakan reformasi semakin lesu, cuma belum padam sepenuhnya.

Kealpaan Pak Lah dan anggotanya menjadi modal baru untuk saki baki pendokong Anwar menyalakan semula obor perjuangan.

Kesilapan Pak Lah membebaskan Anwar, segera diambil kesempatan. Maka gerakan menumbangkan kerajaan BN marak semula.

Bak kata pepatah, jong pecah yu kenyang. Isu-isu yang dimainkan PKR ternyata menguntungkan bukan Melayu. Maka DAP menjadi pembawa kayu api sebagaimana surah Al-Lahab.

PAS yang bagaikan rumput di tepi jalan tetiba seperti mendapat baja baru. Kejatuhan UMNO dilihat sebagai satu peluang untuk merebut tahta yang selama ini sekadar di persada angan.

Sayangnya usaha PAS tidak disambut sepenuhnya ummat Islam. Biarpun kemelut BN pada indeks tertinggi namun dalam PRU12 PAS cuma mampu meraih 22 (+1) kerusi.

Perpecahan ummat Islam di Malaysia membolehkan DAP meraih laba. Parti-parti komponan BN bukan Islam merudum dan hampir muflis. MCA kehilangan sekian banyak kerusi; MIC yang selama ini menumpang ehsan UMNO hampir ditolak sepenuhnya; manakala Gerakan terpaksa bergerak turun daripada takhta kerajaan Pulau Pinang.

Mujur masih ramai pemimpin Islam yang cepat sedar. Golongan tersebut termasuk intelektual (ulama), profesional, dan aktivis masyarakat melontar isyarat kepada Pak Lah agar berundur.

Alhamdulillah. Tanpa perlu mempertikaikan siapa salah siapa betul, siapa yang lebih bersalah dan siapa yang lebih betul, Pak Lah bersetuju untuk memberi laluan pada orang lain.

Maka Najib yang merupakan pemimpin paling senior dan paling kanan tika itu diberi amanah memikul tanggung jawab memberi nafas baru pada kepimpinan negara.

Najib tidak sahaja dipertangggungjawabkan untuk memulihkan UMNO dan BN bahkan lebih dari itu, bagi memimpin sekumpulan arkitek pembinaan negara membuka plan baru menuju negara maju.

Hal ini tidak bermakna kepimpinan sebelum ini tersilap catur. Sememangnya perkembangan semasa yang melibatkan perubahan minda masyarakat dunia memerlukan pendekatan baru dalam kepimpinan.

Berbalik pada perjuangan penyokong Anwar Ibrahim. Mereka sepatutnya mengambil alih kerajaan pada 1999. Ketika itu sokongan rakyat hampir sebulat suara terhadap beliau.

Namun ketika itu Anwar gagal mendapatkan sokongan kaum bukan Melayu. Buktinya, semasa PRU yang diadakan ketika itu MCA, Gerakan, dan MIC memperolehi kerusi yang cukup mantap sehingga banyak keputusan kerajaan merugikan ummat Islam.

Di situlah kita lihat kebijaksanaan Pak Lah dan jemaahnya. Beliau mengambil teladan daripada cara berfikir Rasulullah SAW semasa perjanjian Hudaibiyah. Pak Lah menukarkan keadaan yang dianggap merugikan kepada sesuatu yang menguntungkan dalam jangka panjang.

Contohnya, dalam hal kerajaan terpaksa memberhentikan bantuan untuk sekolah-sekolah agama rakyat, Pak Lah telah memberi laluan pada pengambilan secara besar-besaran guru agama melalui program JQAF. Menukarkan status guru agama bergaji RM400-700 sebulan ke DG41 dengan pendapatan melebihi RM2000 sebulan!!!

Bohonglah kalau bukan Islam tidak mencemburuinya.

Demang percaya guru-guru JQAF menghargai. Jika tidak, bertaubatlah atau berundur terus dari bernaung di bawah Kementerian Pelajaran yang menaja dan (maaf) menyara mereka.

Demang melihat perkembangan PKR bermula dari letupan kuat berjaya membentuk tsunami besar namun hanya mampu menghakis di permukaan sahaja. Jika adapun yang runtuh hanyalah monumen-monumen rapuh yang asasnya tidak kejap.

Perjuangan yang akan membuahkan hasil mesti mempunyai tunjang yang kukuh terasak ke perut bumi. Bukan setakat gah pada penglihatan sahaja berdasarkan isu semasa dan isu peribadi.

Kelak apabila air surut ke laut semula, sampah sarap akan dipungut dan dihapuskan manakala binaan yang teguh menjadi asas pada negara yang lebih mantap.

Demang ulang sekali lagi. Jika PKR hendak berjaya, ia bukan berlaku pada 16 September lepas atau pada PRU13 nanti, sebaliknya tarikh keramat yang dinanti-nanti sudah 10 tahun berlalu.

Sejak Najib mengambil alih pentadbiran terlalu banyak perubahan realistik dibentang pada rakyat. Meskipun tidak semua akan bersetuju namun peratus sokongan terhadap beliau terus bertambah hari demi hari.

Terbaru, masyarakat cina sudah mula beralih arah.

Perkembangan politik semenjak gelombang besar tsunami reformasi memperlihatkan penguncupan sokongan terhadap gerakan itu. Ia bukanlah petanda yang bagus untuk PKR bahkan sudah ramai pemimpin peringkat akar umbi yang diam-diam beralih arah.

Bagi Demang, kepimpinan negara yang ada sekarang sudah memadai untuk kita manipulasikan bagi memacu negara mencapai Wawasan 2020. Barisan kepimpinan adalah alat yang boleh kita manafaatkan untuk kebajikan rakyat.

Demokrasi bukan bermaksud kita perlu menukar kerajaan sesuka hati sebaliknya adalah sistem yang menghalang pemimpin berbuat sesuka hati.

Berpada-padalah.

1 comment:

DukeOfUMNO said...

Salam bro...

Mohon linkkan blog kita ni bro...tengkiu..!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)