Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, September 3, 2011

Hj Hadi samakan komunis dengan Rasulullah


Memang tidak masuk akal apabila Hj Hadi yang digelar tok guru turut mempertahankan serangan komunis ke atas Bukit Kepong pada 1950.

Namun itulah hakikatnya sebagaimana yang disiarkan di akhbar hari ini dan dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia.

Hj Hadi mengatakan jika Mat Indera yang mengetuai segerombolan komunis berbangsa cina menyerang dan membunuh anggota polis beragama Islam serta keluarga mereka itu dianggap pengkhianat, maka bagaimana dengan Rasulullah yang menyerang Mekah? (rujuk Utusan Malaysia 3 September 2011).

Demang percaya semua ummat Islam faham maksud kenyataan Haji Hadi tersebut. Justeru tak perlulah Demang ulas.

Yang penting Demang mahukan kepastian adakah kenyataan tersebut benar-benar dikeluarkan oleh Hj Hadi atau telah direka pihak media. Jika dusta maka Hj Hadi wajib membuat penafian.

Demang tunggu respon Hj Hadi.

Persoalan 1:
Rasulullah dan tentera Islam menyerang dan menawan kota Mekah daripada kafir Quraish dalam keadaan Baginda sebagai ketua tertinggi. Jika menang, Baginda lah yang akan menjadi ketua negara di Mekah. Baginda tidak dibantu puak kafir.

Mat Indera pula mengetuai sekumpulan orang kafir ingin memerdekakan Tanah Melayu dalam keadaan Mat Indera bukan pemimpin tertinggi PKM, jauh sekali sebagai ketua tertinggi. Jika menang adakah Mat Indera atau seseorang lain yang beragama Islam akan menjadi ketua negara? Bagaimanakah bentuk negara yang didirikan melalui perjuangan komunis itu?

Adakah anggota komunis yang 90% adalah kafir itu berkorban nyawa demi menubuhkan negara Islam? Relakah mereka menyabung nyawa dan selepas itu menyerahkan kuasa kepada orang Islam yang jelas menentang komunis ketika itu?

Persoalan 2:
Jika Mat Indera dikatakan seorang guru agama, bagaimana dengan Ayah Pin? Adakah Ayah Pin seorang yang jahil dalam ilmu agama?

Adakah ulama yang mempertahankan fahaman Syiah, Wahabi, Muktazilah, Jabariah, Khawarij dan sebagainya itu bukan ulama?

3 comments:

melayuangkat said...

Salam Cheguman,

Mereka macam terdesak sangat hingga sanggup memutarbelitkan fakta sejarah sedemikian rupa..Hj Hadi tak pernah serik sebab kita semua sudah maklum betapa dengan 'mengafirkan' orang UMNO kuasa dia bertambah dan penyokong juga semakin taksub..

Sekarang spin cerita komunis pula dan nak 'tukar' sejarah negara..sampai sebegini sekali. AstagfirullahalAzim!!! Takut kita dengan dosa sedemikian rupa, baru tinggalkan Ramadan..

Anonymous said...

Jangan pula lepas ni ada suara lebai malang mempertikaikan kewujudan tuhan !

Morhabshi said...

Komunis kata agama hanya candu yg dibekalkan kapitalis bg melekakan golongan marhaen.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)