Tarikh PRU 13 semakin hampir. Walaupun tarikh 11/11/11 yang diberi spekulasi sebagai tarikh PRU13 kerana dikatakan sinonim dengan aspirasi Najib, namun ramai berpendapat ia tidak mungkin menjadi kenyatan kerana terlalu hampir.
Namun kita perlu ingat bahawa tarikh 11/11/11 itu masih relevan sebagai tarikh pembubaran parlimen.
Apa akan berlaku selaepas PRU13? Masihkah BN meneruskan pentadbiran negara? Ataukah diganti oleh kerajaan baru yang dianggotai parti-parti yang selama ini menjadi pembangkang?
Mari kita lihat kedudukan kerusi parlimen sekarang hasil PRU12.
UMNO 79 kerusi
MCA 15
MIC 3
GERAKAN 2
DAP 28
PKR 24
PAS 23
Nampaknya dalam kerajaan sekarang UMNO masih menerajui kepimpinan negara dengan meninggalkan parti komponen lain jauh di belakang.
Sementara itu dalam gabungan pembangkang, PAS berada di anak tangga terakhir. PKR yang diterajui Anwar Ibrahim (secara berselindung) dan dianggotai pelbagai kaum cuma berada setakuk di atas PAS.
Dalam keadaan sekarang, masih mampukah PAS menarik sokongan pengundi Umno? Sempatkah PAS memujuk semua orang Melayu berpindah menyokong PAS supaya PAS boleh menggantikan UMNO memimpin negara?
Jika pun PAS dapat meningkat seganda, parti itu akan memiliki 46 kerusi parlimen. Secara automatik, kerusi UMNO akan berkurangan 23 kerusi iaitu tinggal 56 kerusi.
Jika demikian, siapa yang menang sebenarnya?
Demang menjangkakan PRU13 tidak akan lewat daripada bulan Februari 2012 kerana Najib yang juga Presiden UMNO tak akan biarkan momentum kegembiraan rakyat menyambut budget baru-baru ini menjadi sejuk.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
2 comments:
Mungkin tak kot, kalau tak silap masa tu periksa SPM, sekolah2 tak boleh convert jd polling station kecuali sekolah rendah...
bila tarikh pilihan raya tu...hanya PM saja yg boleh jawab...tapi walau bagaimana pun sebagai rakyat....kita mesti berlapang dada untuk bersedia mengundi yg terbaik,yg dapat memberi kebaikan / kebajikan / agama, pada masa yg sama masa depan rakyat dan negara...bukan parti haprak yg hanya mengunakan agama buat fitnah , munafiq , serta kencing rakyat...
Dan pilihan pemimpin yg bersih..pemimpin kaki tutuh bini org , meliwat , jual agama harus di singkirkan....ingat jgn silap pangkah..kalau silap undi, alamat isu air kena tunggu lagi lima tahun....itu pun kalau boleh setel
Post a Comment