Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu scorpene adalah
isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya
yang akan datang. Dalam kebanyakan
isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri
kerana terlalu mudah untuk dipatahkan.
Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak
luar negara seperti pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, ia akan lebih
mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat. Alasan seperti bukti tidak boleh dikemukakan
kerana berada di tangan mahkamah Perancis memudahkan pembangkang mempermainkan
rakyat.
Justeru, segala tuduhan dibuat sewenang-wenang oleh mereka
tanpa perlu membuktikan apa-apa.
Memetik kata-kata Cynthia Gabriel, Penyelaras SUARAM sebelum
ini, beliau menyatakan, “Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta
Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.” Jelas, jumlah yang menjadi pertikaian ialah
EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini.
112090028784
Tetapi, apabila pihak kerajaan menjustifikasi jumlah itu
sebagai bayaran untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada
syarikat Perimekar, SUARAM tiba-tiba menukar angkanya.
Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO
114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion
pula. Menurut SUARAM, mereka mempunyai
bukti bahawa Dato’ Seri Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta
jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen.
Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada
angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan
pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi.
Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO
1.084 billion atau RM3.87 billion. Ia
merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic
Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta. Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran
kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan.
Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara
mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti.
Jika benar Dato’ Seri Najib ada meminta sebanyak RM3.8
billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada
Malaysia. Ini kerana mengikut nilai
tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002,
adalah seperti berikut: USD 1 bill =
EURO 1.06 bill = RM3.80 bill.
Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08
billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa
rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata.
Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk
mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan
angka.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan
memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh
pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat
mereka untuk berkuasa.
(artikel di atas adalah email yang Demang terima daripada seorang sahabat Demang. Oleh kerana tulisan beliau memang Demang minat maka Demang turunkan di sini tanpa sebarang perubahan).
No comments:
Post a Comment