Mujur jugak beliau didudukkan di kerusi dan diberi meja. Kita bimbang suatu ketika nanti hanya diletakkan dalam frem dan disangkut pada dinding!
Setelah hampir 2 minggu bertapa, Demang kembali berkarya.
Hati seperti ditarik-tarik untuk menulis namun akal berkata, sabar. Urusan perniagaan keluarga memaksa Demang menghindari sebentar dunia blog.
Kalau dah menulis, terbarai lah semua tugas lain.
Manakan tidak gundah, setiap hari menonton lakonan senget pembangkang yang masih cuba menegakkan benang basah padahal air liur pun dah makin kering.
Bagi yang berlagak macam ayam jaguh (Demang tak kata Mat Sabu), ekor pulak berselekeh dengan taik.
Di Selangor (kebetulan Demang baru balik Sabak Bernam semalam), masalah air yang menjadi hak rakyat dipolitikkan parti PKR dan UMNO manakala regim DAP menunggu peluang bisnes!
DAP tidaklah bodoh untuk meminta pengurusan air daripada MB walaupun mereka mampu berbuat demikian. Jika DAP buat begitu, sudah tentu orang Melayu akan mengamuk.
Maka mereka mengganggu dan membuat onar hingga keadaan semakin kusut. Akhirnya kerajaan negeri terpaksa ambil alih pengurusan air daripada SYABAS.
Selepas beberapa tahun nanti, terbukti lah sekali lagi kerajaan negeri GAGAL menguruskan air. Maka tender pun dibuka, tiada kuota dan syarikat kaum DAP pun berjaya.
"Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya...."
"Biarkan... biarkan..."
"Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya...."
"Biarkan... biarkan..."
"Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya...."
"Biarkan... biarkan..."
No comments:
Post a Comment