Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, February 21, 2013

Jalinan kerjasama najib anwar



Ketika Demang lahir, irama pop yeah yeah sedang senak ditujah irama pop yang cuba mencari tapak dalam dunia hiburan tanahair.

Maka Demang membesar dengan irama pop yang keluar dari corong-corong tetuang udara (radio), piring hitam, kaset, dan katrij.

Hail Amir, Dahlan Zainudin, Uji Rashid (sekadar menyebut beberapa nama) mekar menjadi pujaan ramai manakala angkatan A. Rahman Hasan, J. Sham (pensyarah muzik Demang) dan lain-lain mula mengundur diri.

Zaman remaja Demang pula dijajahi irama rock; Rock kapak, kata orang.

Sesuai dengan konsep muzik yang memberi penekanan pada alat muzik (terutama gitar) maka selain penyanyi (vokalis), nama kumpulan rock turut terkenal.

Sweet Charity, Search, Wings, Left Handed, Melissa (vokalisnya kini menjadi pendakwah bebas) adalah antara puluhan band rock yang muncul dengan album manakala ratusan (ribuan?) kumpulan lain turut mewarnai era rock sekitar 80an.

Ketika irama rock sedang meletup, tiba-tiba irama pop yeah yeah muncul semula mengusik kenangan, tapi hanya sebentar. Penerajunya: M. Sharif.

Irama rock berada di kemuncak apabila mengusai carta juara lagu peringkat kebangsaan sehingga menyingkirkan sekalian lagu pop.

Demang masih ingat tokoh pop sehebat Sudirman Hj Arshad juga pudar diranap tsunami rock.

Final muzik-muzik menyaksikan irama rock menguasai persada tapi ironinya ia menjadi antiklimaks selepas itu apabila mutu muzik tanahair dipertikai dengan hebat.

Rupa-rupanya kebanyakan band rock hanya jaguh di pentas funfair dan dalam studio rakaman. Di pentas yang terkawal, khalayak menyaksikan persembahan yang teruk dengan lompang di sana sini.

Akibatnya, format pertandingan terpaksa dirombak dengan mengkategori semula lagu mengikut irama dan dipertanding mengikut kelompok masing-masing.

Dalam semua zaman, trend muzik tidak terhenti pada muzik sahaja. Ia melebar pada fesyen pakaian, bahasa (slanga), bahkan cara hidup.

Dalam zaman rock, semua pengikutnya bertrampilan rock. Mereka, (termasuklah Demang) bukan sahaja berseluar jeans dengan tshirt ketat malah gantinama diri pun bertukar menjadi 'lu' dan 'gua'.

Lebih dari itu, pergaulan sosial turut menjadi 'rock'.

Fesyen dan trend sentiasa berubah. Sesiapa yang tidak berubah dianggap ketinggalan zaman. Ertinya dia tidak berada pada zaman sebenar.

Lawan pada 'ketinggalan zaman' ialah 'mendahului zaman'. Orang yang mendahului zaman sangat dikagumi. Mereka adalah perintis yang mampu berfikir perkara yang orang ramai belum terfikir.

Dalam bidang muzik, M. Nasir dianggap mendahului zaman.

Dalam politik juga begitu. Apabila Anwar berteriak 'reformasi', Paklah menyahutnya dengan 'Islam Hadhari'.

Seluruh negara terpanggil untuk mengetahui apa itu Islam Hadhari. Kebetulan, teriakan reformasi sudah semakin menyayup walaupun belum hilang.

Atas dasar itulah Demang merajinkan diri menjengah beberapa program hadhari. Antaranya, ekspo Islam Hadhari di Kepala Batas Pulau Pinang.

Malangnya Demang dapati ekspo tersebut hanya ekspo biasa. Apa yang hadharinya?

Akhirnya rakyat mendapati Islam hadhari adalah perkara lama. Apabila Rasulullah menjadi rasul maka antara tugas Baginda ialah menukar manusia daripada jahiliyah kepada hadhari.

Ertinya, hadhari bukan perkara baru. Dalam dunia trend dan gaya hidup, konsep sedemikian tidak akan menarik minat. Ia seakan Pop Yeah Yeah yang muncul sebentar sekadar menggamit kenangan lama.

Demang tidak maksudkan ia tidak berkualiti tetapi dalam realiti, ia kurang dihargai.

Apabila Najib menjadi PM, beliau membawa konsep transformasi. Sebilangan rakyat menanggapi bahawa transformasi adalah nama lain bagi reformasi yang dilancar Anwar Ibrahim pada 1999.

Samada reformasi mahupun transformasi, ia adalah tag yang menarik perhatian ramai cuma yang pertama itu (reformasi) sudah ditinggal zaman. Reformasi adalah slogan yang hebat pada 1999 namun peristiwa itu sudah hampir 15 tahun berlalu!

Bagi Demang, reformasi adalah tindakan Anwar Ibrahim menyelongkar semua kelemahan kita selama ini manakala transformasi adalah usaha Najib Razak menterjemah hasrat tersebut dalam bentuk tindakan.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)