Beberapa malam lalu Demang secara kebetulan menonton filem di Astro mengenai misteri sebuah hotel. Kesahnya memang menarik tetapi bukan itu yang nak Demang kongsikan.
Demang tertarik dengan persediaan watak utama yang berlakun sebagai penulis buku misteri. Sebelum tiba di hotel 'berhantu' itu beliau telah membuat sedikit kajian. Hal tersebut disentuh terus oleh pengurus hotel yang memuji beliau sebagai 'rajin membuat homework'.
Ya. Kata kuncinya ialah 'homework'.
Sebut tentang 'homework' rata-rata murid dan bekas murid di Malaysia tau istilah tersebut bahkan ramai juga yang fobia dengannya.
Maklumlah, murid yang tidak menyiapkan homework akan didenda dan adakalanya teruk juga.
Namun homework yang difahami murid dan pelajar negara kita agak berbeza dengan homework dalam cerita tersebut. Bahkan dalam kebanyakan bidang profesional termasuk di Malaysia, homework yang dipraktis tidak sama dengan homework yang diberi guru sekolah.
Demang fikir sudah sampai masanya para guru menukar konsep homework supaya lebik dinamik dan relevan dengan keperluan pembelajaran dan implementasinya.
Homework berupa latihan selepas sesuatu topik diajar tidak begitu sesuai dan agak membosankan. Adalah lebih menarik dan mencabar jika murid diminta melakukan homework berdasarkan topik atau isu yang akan dipelajari esoknya.
Tidaklah murid tercengang-cengang mendengar topik baru malah guru akan dapati pelbagai soalan baru yang guru tidak jangkakan akan diutarakan murid.
Dengan itu para guru pun terpaksa membuat homework terlebih dahulu.
Internet kan ada!
2 comments:
cikgu,
dah lama saya praktikkan suruh pelajar surf websites @ blogs yg ada kena mengena dgn tajuk yg akan dipelajari.
baru td suh budak2 cari apa itu '3D jobs? minggu depan dia orang kena bentangkan. ini berkaitan tajuk 'scale the heights' bab dlm teks BI T4 pasal career hunt..
minggu lepas saya suh dia orang bentang bab 'being success'. yg bestnya ramai yg letakkan barisan pemimpin2 negara dari awal merdeka hingga kini & senaraikan kecemerlangan pemimpin2 tersebut!!
ada juga yg pilih orang2 yg cemerlang dlm bidang2 lain spt bintang2 sukan negara, pakar2 perubatan & forensic negara, dll. focus dlm negara. bab seterusnya nanti di peringkat dunia plak...:)
Salam. Tahniah cikgu. Saya percaya pelajar cikgu sentiasa bersemangat menanti eaok.
Post a Comment