Harga gula naik 20 sen manakala harga rokok naik RM1.80.
Puak pembangkang berkokok sana sini mendakwa kerajaan zalim manakala pak menteri menyuruh rakyat kurangkan pengambilan gula.
Hujah pembangkang ialah kenaikan harga gula turut melonjak harga pelbagai produk lain. Pihak kerajaan pula mengemukakan formula bahawa kenaikan bahan tersebut amat kecil dan tidak sepatutnya mempengaruhi harga runcit.
Realitinya, kos hidup terus meningkat. Sengal kepala memikirnya.
Cara paling mudah bagi meringankan beban dalam kepala ialah dengan cara menghamburnya ke luar. Itulah sebabnya ramai beremosi dalam facebook dan lain-lain.
Bagi Demang semua pihak sebenarnya hipokrit! Ada perkara lain di sebalik kenaikan kos hidup manusia.
Percayalah, jika harga gula naik 20 sen dan semua orang berhenti menggunakan gula pun harga barang berkaitan gula akan naik juga!
Jika anda berada di lokasi awam sekarang cuba lihat sekeliling anda. Lihat orang ramai yang sibuk dengan gajet terkini yang canggih. Lihat pula kenderaan yang digunakan. Lihat pula kediaman masing-masing. Isi dalam rumah? Samakah dengan yang dimiliki rakyat negara ini 10 tahun lalu?
Proses mengawal inflasi ialah proses mengawal nafsu manusia. Memang susah.
Cuba lihat sekeliling kita. Paling mudah ialah lihat diri sendiri. Berapa peratuskah yang kita belanjakan untuk keperluan asas berbanding aksesori tambahan?
Mungkin anda seorang penjimat namun berapa ramai yang seperti anda? Ramai yang bertukar kereta baru 2-3 tahun sekali dan membeli handphone baru 2-3 kali setahun!
Jika harga gula naik 20 sen menyebabkan harga barang lain naik seterusnya kos hidup meningkat, bagaimana jika Samsung mengeluarkan siri baru? Apa pula kesannya apabila Honda mengeluarkan model baru?
Para peniaga tak akan senang duduk selagi model kereta baru itu tidak berada di garaj rumah. Kakitangan kerajaan dan kakitangan korporat akan menggelitik mencari jalan untuk menukar kereta lama yang sebenarnya masih baru.
Akhirnya impian mereka direalisasikan. Tersengihlah mereka sehari dua sebelum dilanda pening kepala.
Bagi yang bekerja, mula merengek pada majikan supaya imbuhan dan gaji bulanan ditambah. Kakitangan kerajaan pun begitu. Jika tidak dipenuhi bahananya akan menyusahkan syarikat atau kerajaan yang memerlukan tenaga mereka.
Lebih teruk lagi apabila mereka mengugut untuk menukar kerajaan jika permintaan tak diluluskan!
Kenaikan gaji pekerja bermakna pertambahan kos syarikat. Maka pihak syarikat mengembalikan kos tersebut kepada pembeli; dan pembeli tu adalah kita.
Nah, anda ada cara untuk menghalang inflasi?
Dalam dunia tanpa sempadan hari ini inflasi juga bersifat global. Lain lah kalau kita boleh berkeras tidak mahu mengimport produk luar. Atau, tukar sahaja menjadi negara komunis!
Ataupun, berpindahlah ke mana-mana negara komunis. Bolehkah selesai masalah?
Demang harap anda sudah faham sebab inflasi berlaku. Apabila harga gula naik 20sen maka para peniaga dan pekerja yang bernafsu infiniti mendapat satu alasan untuk menaikkan harga produk mereka.
Sebenarnya kita adalah sebahagian daripada mereka. Maka usaha untuk mengawal inflasi adalah usaha peribadi kita dengan mengawal nafsu kita sendiri.
Sesungguhnya tulisan ini sekadar mengingatkan diri Demang sendiri.
6 comments:
Perjelasan yang terbaik
Sindrom menyalahkan krajaan telah sebati dgn kebanyakkan rakyat Malaysia.Seolah2 dgn kenaikan 20sen gula mereka tlah jatuh papa...tetapi pd masa yg sama boleh lagi melanggan internet,beli hp baru walaupun hp lama masih ok,masih bayar astro,tukar kreta baru ,setiap hujung bersantai dgn keluarga dipusat peranginan yg tentunya belanja ratusan malah ribuan ringgit ......tetapi kenapa terlalu emosi hanya krna subsidi 37sen ditarik balik
Suparjo riyanto said: Setuju banget pak...rakyat malaysia beruntung sekali pak tidak seperti negara kami..terpaksa bekerja keras...nasihat saya orang melayu di sini ngak usah jadi pembangkang kerna yg rugi ialah orang melayu sendiri...maka nya harus sokong kerjaan yg sudah cukup baik ini
Terbaik punya penerangan. Setuju 200%.
Kalau turun harga gula, yang kaya tauke cina gak. Kalau naik harga gula, yang kaya tauke cina gak. So, pe susah2 amat nih. Jangan beli gula lah. Tak mati pun kalau tak makan gula dalam sehari.
x yah sebutlah.cer cek punca subsidi gula dihapuskn.alasan yg diberi memang sengal.jgn memperbodohkn rakyat..
Post a Comment