Kecoh satu negara kalaupun bukan satu dunia apabila Najib menjadikan kangkung sebagai contoh bagi menjelaskan faktor naik turun harga di pasaran.
Demang percaya, daripada sekian ramai yang menyebarkan isu tersebut, hanya segelintir yang telah menonton dan mendengar sendiri ucapan Najib manakala selebihnya sekadar menjadi burung kakak tua yang melantunkan semula bunyi yang didengar kepada orang lain.
Jika yang disebarkan itu kebenaran maka alhamdulillah. Namun bagaimana jika sekadar manipulasi daripada musuh Najib yang bijak menyusun ruang bagi membina peluang masing-masing?
Setakat musuh Najib masih tidak mengapa namun bagaimana jika yang menang nanti musuh Islam?
Bukankah sudah jelas dan nyata agenda mereka?
Maka jadilah kita sebahagian daripada agen penyebar fitnah tanpa apa-apa faedah dan menjadi kayu api di neraka nanti.
Bahkan tindakan bodoh kita itu membuka ruang seluas-luasnya untuk musuh Islam melaksanakan plan selanjutnya.
Demang faham rakyat marah pada kerajaan kerana kerajaan dilihat gagal mengawal kenaikan harga barang. Namun adakah kawalan harga oleh pihak pemerintah itu suatu tuntutan dalam Islam?
Adakah di zaman Rasulullah saw memerintah tidak ada masalah kenaikan harga barang?
Jika ada, apakah tindakan yang diambil baginda?
Berikut adalah satu sumber yang boleh anda baca bagi menjawab soalan-soalan itu.
Bacalah.
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/76
No comments:
Post a Comment