Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, January 5, 2014

Masalah orang muda (2) sambungan

Keinginan orang muda

Apabila Demang mengambil keputusan untuk memulakan sebuah portal baru, perkara utama yang Demang fikirkan ialah siapakah sasaran pengunjung ke portal tersebut?

Oleh kerana Demang sendiri seorang pengeluar produk yang turut bertanggung jawab melakukan promosi maka dengan mudah Demang mengembalikan soalan tersebut pada diri sendiri dengan meletakkan diri Demang sebagai pemilik syarikat yang ingin mencari tapak iklan.

Soalan pertama yang perlu dijawab ialah: siapakah pengguna pada produk Demang? Maka Demang jawab, golongan yang telah berumah tangga.

Justeru Demang sudah dapat mengagak bentuk isi kandungan yang sesuai untuk Demang siarkan bagi menarik khalayak.

Namun Demang perlu realistik kerana sebuah portal tidak mungkin mampu bergerak dengan hanya iklan daripada satu produk dan satu golongan sasaran.

Demang sedar, golongan yang paling ramai menggunakan internet ialah golongan remaja dan belia iaitu dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.

Demang juga sedar golongan ini bukan sahaja pengguna internet yang aktif malah mampu mendapatkan peruntukan bagi membeli produk yang mereka inginkan.

Justeru soalan penting yang perlu Demang jawab ialah: apakah yang mampu menarik minat golongan ini?

Memahami sensitiviti orang muda

Dalam lautan internet, maklumat terlalu banyak sehingga hampir tiada nilai. Itu sebabnya dalam perbincangan awal lagi Demang ingatkan bahawa para pengguna internet sudah terbiasa dengan maklumat yang diakses secara percuma.

Suatu ketika dahulu ada syarikat yang cuba menjual kamus dalam talian dengan harga RM50 hingga RM100. Kemudian ada pula individu yang membina perisian kamus sendiri dan menjualnya cuma RM10.

Kini kamus online boleh diguna secara percuma dan pada bila-bila masa!

Jadi, menjual tulisan dalam internet biar bagaimana tinggipun nilainya samalah seperti cuba menjual garam di laut.

Justeru jika anda mahu berkarya di internet anda mestilah mendapatkan pihak yang mahu menaja.

Di situlah kerja anda bermula.

Sifat orang muda: Protes dan simpati

Ajaran yang Demang terima, bayi yang baru lahir ibarat kain putih bersih sehinggalah dicorakkan ibubapanya.

Dalam masyarakat Islam, anak-anak dididik dengan pekerti mulia dan diajar bacaan-bacaan serta doa-doa mudah seawal yang mungkin.

Dari situ anak-anak mula memahami sesuatu yang baik dan sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang boleh dibuat dan sesuatu yang tidak boleh dibuat seterusnya ia dikonsepkan sebagai hukum halal, haram, serta harus.

Dalam proses mendidik dan membesar, ibubapa yang realistik memahami bahawa anak-anak tidak perlu mematuhi semua hukum bahkan Islam sendiri memberi kelonggaran.

Bagi anak-anak pula mereka menyedari bahawa mereka masih kecil dan ada masa untuk belajar dan melaksanakannya.

Implikasi daripada keadaan tersebut ialah anak-anak berfikir bahawa jika mereka tidak mematuhi sesuatu hukum ia adalah wajar kerana mereka akan melakukannya secara sempurna apabila bertambah matang.

Dalam masa yang sama mereka berpendapat orang dewasa tidak ada alasan lagi untuk menangguhkan apa yang wajib dan meninggalkan apa yang haram.

Di sinilah titik mula timbulnya protes yang menjadi isi penting pada pertentang orang muda dengan orang tua.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)