Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, April 5, 2020

Blogger syaitan


Blog adalah seperti sebuah diari. Tempat mencatat pengalaman peribadi.

Uniknya blog, pemiliknya membenarkan ia dibaca oleh sesiapa sahaja hatta orang tak dikenali. Bahkan ia dibaca juga oleh musuh samada musuh itu kita kenal atau orang yang diam-diam menganggap kita sebagai musuh.

Blog boleh sahaja menjadi pentas manusia berlakon. Contohnya, seorang penagih dadah boleh sahaja mempunyai sebuah blog yang menggambarkan blogger tersebut seorang doktor pakar ataupun seorang penyangak yang menulis tentang amal maaruf nahi munkar.

Tidak mustahil syaitan juga boleh menjadi blogger asalkan mempunyai akaun Gmail.

Loadng...
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ini mungkin membantu. Klik untuk panduan anti covid 19
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Loadng...


Sejak kecil kita hanya diberitahu bahawa syaitan itu makhluk jahat. Itu betul. Namun ramai yang sangka syaitan itu hanya jin yang jahat. Itu kurang tepat. Sebenarnya syaitan terdiri daripada manusia dan jin yang jahat.

Awas syaitan daripada manusia!

Biarpun begitu, sehebat mana sekalipun lakonan akhirnya blogger akan menyingkap keperibadian sendiri.

Keikhlasan atau kepuraan tidak mudah untuk dilakonkan, melainkan untuk sebentar sahaja.

Meski ia catatan suara hati sendiri namun apabila dikeluar dan dipamerkan kepada orang ramai makanya ia menjadi bahan umum.

Loadng...
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ini mungkin membantu. Klik untuk panduan anti covid 19
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Loadng...


Samalah halnya jika kita sakit hati pada seseorang dan kita maki orang itu tak kiralah samada di depan mahupun di belakangnya.

Maka tika itu perkara yang asalnya milik peribadi sudah melibatkan hak orang lain.

Barangkali bukan sahaja Aduka Taruna yang perlu muhasabah diri.

Artikal Demang pada 1/1/2010

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan bamyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

5 comments:

Anonymous said...

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

7 April 2020

KERAJAAN PERLU BERHENTI MENYALAHKAN PENJAWAT AWAM

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal terhadap perkembangan mutakhir ini berkaitan pemecatan beberapa jawatan dalam agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Tindakan Kerajaan memecat jawatan-jawatan lantikan Kerajaan sebelum ini daripada golongan professional pada masa ini adalah tidak wajar dan bukan keutamaan.

. bla.. bla... blahhh..bole blahh..bla...

blaa..blahhh..bole blahhh...

YB DS Shamsul Iskandar Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Liew Chin Tong
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Persoalan yang 'walaun mudah lupa'

Sejak bila DAP jadi champion dalam membela penjawat awam nih...!? mana pergi pakar formula@strategi DAP iaitu Tony Phua..!?

menuduh penjawat awam sebagai membebankan Kerajaan adalah pemimpin Pakatan Harapan, khususnya Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara dari DAP (25 Oktober 2016).

Yang menegaskan mengenai betapa Kerajaan tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam adalah pemimpin Pakatan Harapan (PH), khususnya Kerk Chee Yee, EXCO Kerajaan Melaka dari DAP (18 September 2018).

Yang menegaskan mengenai keperluan untuk terus melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam di Kementerian-kementerian ialah pemimpin PH, khususnya Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi dari DAP (17 April 2019).

Yang mendesak Kerajaan supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara adalah pemimpin PH, khususnya Wong Ling Biu, Ahli Parlimen Sarikei dari DAP (19 November 2019).

Yang menuduh penjawat awam menjadi ‘deep state’ dan mensabotaj Kerajaan adalah pemimpin PH, khususnya Lim Kit Siang, Dr P Ramasamy, Charles Santiago, Ronnie Liu, Khalid Samad, Aiman Athirah dan Sivarasa Rasiah dari DAP, PAN dan PKR (sepanjang 2019, khususnya November).

Yang memindah dan menyejuk bekukan (‘cold storage’) penjawat-penjawat awam utama Kerajaan, termasuk Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, ialah Kerajaan PH (2018 dan 2019).

Yang mempersoalkan pemberian bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam adalah pemimpin PH, khususnya Datuk Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas dari DAP (28 Mac 2020).

Anonymous said...

Ketika PKP, ketua bahagian Bersatu Pahang dipanggil berkumpul di KDN

Ketika rakyat dilarang dari membuat sebarang perhimpunan, kesemua 12 ketua bahagian Bersatu Pahang dipanggil ke Kementerian Dalam Negeri Isnin, 6 April lepas.

Mereka diberikan pengecualian khas melalui satu surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Seyed Amir Muzakkir bin Sayed Mohammad.

Surat dari pejabat KDN kepada ketua bahagian Bersatu Pahang.

Menurut surat kuning yang menggunakan kepala surat Kementerian Dalam Negeri itu, semua pihak diminta memberikan kerjasama agar memberikan “Pengecualian kawalan pergerakan bagi menghadiri urusan rasmi di Kementerian Dalam Negeri”.

Nota : Sokong saja KDN beri kebenaran pada ketua bahgian Bersatu jika tujuan untuk kalahkan Mukhriz dalam pemilihan presiden. Hapuskan legasi tak guna ini lebih bermakna dari PKP.

Anonymous said...

Covit19 Kamu bukan penjenayah. Kamu langsung tak bersalah - Najib

Kamu akan dilayan baik.

Diberi saringan percuma oleh KKM jika memenuhi syarat.

Diberi rawatan rapi percuma yang sepatutnya, warded jika perlu. (makan 6 kali sehari.. mcm duduk asrama..!!)

Diberi tempat khusus untuk menginap dan makanan percuma selama 14 hari jika diperlukan untuk kuarantin diri. (WiFi percuma beb..!!)

Dan jika kamu menjalankan kuarantin diri dengan baik kamu telah menjalankan tanggungjawab kamu untuk melawan wabak Covid.

Kamu antara mereka yang akan menyelamatkan negara.

Berhubunglah dengan KKM melalui hotline mereka dengan segera jika risau kamu ada kemungkinan telah dijangkit Covid.

Duduk dan tunggu di rumah untuk KKM datang.

Berilah kerjasama penuh kepada mereka.

Mereka akan layan kamu dengan sebaik-baiknya.

-Malaysia Gazzette-

Hotline Covid KKM:
03-8881 0200
03-8881 0600
03-8881 0700

“Setakat Gebang Kencang Tidak Boleh Menyumbang, Lebih Baik Ko Diam Bangang!!”

#kitajagakita

Sumber (yang di'modify') : Najib Razak

Anonymous said...

Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat memulangan AS$300 juta yang diseleweng oleh JhoLo daripada dana 1MDB.

AS pulangkan AS$300 juta dana 1MDB kepada Malaysia

Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memulangan AS$300 juta yang diseleweng oleh Jholo daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)

Jabatan Kehakiman dalam kenyataannya, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan wang yang dipulangkan sebanyak RM2.6 bilion (AS$600 juta).

Pembantu Peguam Negara AS, Brian A. Benczkowski, berkata pembayaran itu mencerminkan komitmen AS kepada Malaysia untuk memburu, merampas dan memulangkan aset yang diperoleh menerusi penyelewengan itu.

Antara aset yang berjaya diperoleh semula termasuk estet mewah di Beverly Hills, New York dan London serta pelaburan bernilai jutaan Dollar yang dilakukan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Sebelum ini, berita Agensi yang memetik maklumat sumber, melaporkan DoJ menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) susulan ketidaktentuan politik berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu..

Tangkap Jholo, Nik Faisal dan yang lain lain segera dan heret Tun Mahathir ke mahkamah sebagai saksi utama kes 1 MDB. Semoga kebenaran akan muncul akhirnya

Laporan polis perlu dibuat siasat Tun dalam fitnah Najib dalam kes 1 MDB

Anonymous said...

BUY MUSLIM FIRST (BMF) KEMPEN INI PERLU DIPERHEBAT LAGI.

FORMULA #BMF = HERO ASNAF + TURUN HARGA BARANG

RM153.24 juta zakat diagih bantu asnaf sepanjang PKP

Sebanyak RM153.24 juta zakat sudah diagihkan kepada asnaf di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bantuan zakat itu disalurkan ke institusi zakat seluruh negara bagi membantu asnaf yang terjejas dengan penularan COVID-19.

Jumlah berkenaan katanya, adalah agihan yang dibuat sepanjang tempoh PKP sahaja dan tidak termasuk pelbagai skim bantuan lain.

Jumlah bantuan itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keadaan wabak COVID-19 dan tempoh pelaksanaan PKP.

“Terima kasih kepada pembayar zakat, anda semua adalah ‘hero’ kepada asnaf.
“Sekiranya pihak kita tidak mengadakan dakwah dan seruan kepentingan berzakat sudah tentu tidak dapat mengumpul sejumlah besar itu, sekali gus dapat menyalurkan bantuan kepada pihak memerlukan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Setakat ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat sudah mengagihkan RM34.41 juta; Zakat Pulau Pinang (RM14.52 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta Pusat Pungutan Zakat Pahang (RM12.2 juta); Majlis Agama Islam Kelantan (RM12.6 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (RM14.35 juta).

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (RM20.2 juta); Lembaga Zakat Selangor (RM15 juta); Majlis Agama Islam Johor (RM7.4 juta); Lembaga Zakat Kedah (RM16.7 juta); Perbadanan Baitul Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (RM4.3 juta); Zakat Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (RM4.26 juta).

Tabung Baitulmal Sarawak pula sudah mengagihkan RM6 juta; Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Agama Islam Sabah (RM6 juta) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (RM3.98 juta

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)