Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, April 3, 2020

Terkini Haji Hadi jadi Duta Khas PM ke Timur Tengah


Dalam kemelut dalam negara masih belum reda dan dunia masih menggila dengan virus Covid 19, TSM dan kerajaan telah melantik TG Haji Hadi Awang sebagai duta khas untuk dihantar ke Timur Tengah. Lihat sumber rasmi.

Apa rasionalnya?

Selain pernah menjadi menjadi MB Terengganu, beliau adalah bekas naib presiden persatuan ulama sedunia.

Beliau juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Selain itu, TGHH pernah tersenarai antara 500 muslim berpengaruh di dunia untuk kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.

Loadng...
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ini mungkin membantu. Klik untuk panduan anti covid 19
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Loadng...

Masih belum menjawab persoalan kenapa PM perlu hantar wakil khas ke timur tengah?

Jika masih ingat ketika DS Najib menjadi Perdana Menteri, ketika itu negara juga sedang mengalami penguncupan ekonomi.

Najib dan timbalannya ketika itu kerap berulang alik ke negara arab. Selepas itu kita lihat program rangsangan ekonomi diperkenalkan. Antaranya, BRIM.

Brim adalah tindakan sangat penting kerana ia memberi wang kepada rakyat bawahan.

Penerima Brim tidak hantar duit tersebut ke luar negara seperti melancong atau membeli produk import berjenama.

Rakyat bawahan akan guna duit itu untuk membeli barang keperluan keluarga di kedai runcit, pasar malam dan penjaja tepi jalan.

Memang ada yang beli HP tetapi HP adalah alat keperluan yang setiap orang perlu ada di zaman ini.

Wang akan berlegar lama dalam negara sebelum dicekot para kapitalis untuk dihambur ke luar negara.

Sekali wang kita keluar, bukan senang nak bawak balik semula.

Demang pendekkan tulisan.

Lantikan Haji Hadi sebagai duta khas bertaraf menteri sudah tentu ada misi tersendiri.

TSMY tidak dapat lakukan sendiri seperti DSN dulu kerana keadaan negara tidak mengizinkan.

Lagipun latar belakang TGHH seperti yang dicatatkan tadi menunjukkan beliau cukup layak serta mampu melaksanakan tugas negara ini. Insya-Allah.

Wallahu 'alam.

Loading...
Sumber

https://www.pmo.gov.my/2020/04/pelantikan-duta-khas-yab-perdana-menteri-ke-timur-tengah/
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ini mungkin membantu. Klik untuk panduan anti covid 19
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Loading...

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan banyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------


End of section. Please klik our sponsor.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)