Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, April 17, 2020

Stay at home Anwar Ibrahim




Mukaddimah
Kata Sheikh abdul kadir jailani: apabila sampai waktu siang, maka siang akan muncul. Apabila datang waktu malam, maka malam pula tiba. Jangan dipaksa malam menjadi siang dan siang menjadi malam.

Sampai masanya, ia berlaku jua.

Cerita asal begini...
Anwar Ibrahim masuk politik ketika masih bergelar pelajar. Walaupun bukan menyertai mana² parti namun aktif melaungkan suara rakyat kepada pihak kerajaan.

Sejak mula lagi anwar bukan orang kerajaan.

Apabila tun mahathir mengambil jawatan perdana menteri, anwar ditarik menyertai umno. Ramai yang bersetuju ini cara terbaik untuk anwar menjelmakan perjuangannya dari dalam.

Namun ada juga yang mendakwa itu cara tun mengikat orang yang dijangka akan menjadi musuhnya.


Kata orang, "If you can't beat them, join them." Mahathir ambil langkah lebih selamat: "let he join us."

Masa itu ada yang kata, PAS kecewa kerana anwar memilih untuk bersama UMNO.

Ada orang PAS kata pada anwar: "anta nak cuci najis tapi anta masuk dalam tangkinya. Akhirnya badan anta yang penuh najis."

Masa depan anwar dilihat begitu cerah tika itu. Anwar bukan sahaja naik begitu cepat bahkan sering memintas orang lain dalam pendakian menuju puncak.

Ketika itu usahkan dapat bertemu anwar, kalau dapat dikaitkan dengan kawan anwar pun jadilah.

Ironi sungguh apabila slogan besar anwar selepas disingkirkan ialah: hapuskan kroni dan nepotisme.

Demikian Allah taala takdirkan anwar menikmati zaman gemilangnya.



Tangga demi tangga dilepasi, kadang² melangkah kepala orang yang duduk atas tangga. Akhirnya anwar cuma setakah lagi untuk sampai ke puncak singgahsana.

Namun takdir Allah taala hanya Dia yang maha mengetahui. Sementelah kenaikan anwar sebelum itupun atas takdir-Nya juga.

Krisis 1998 menjahanamkan seluruh jerih payah anwar. Istilah 'merudum' yang dipopularkan ketika membentangkan belanjawan rupanya tertimpa atas batang hidung sendiri.

Bahkan lebih teruk, anwar dipecat dari semua jawatan termasuk timbalan perdana menteri. Padahal sebelum itu anwar sempat menjadi pemangku perdana menteri.



Kata Sheikh abdul kadir jailani lagi, kalau bukan rezeki kita, takkan dapat pada kita.

Anwar mengajak seluruh negara mempertahankan dirinya. Laungan roformasi bergema di mana². Ada yang tak sangka, ramai yang tak percaya itu semua berlaku pada manusia bernama anwar ibrahim.

Teriakan reformasi menarik rakyat berdemontrasi di jalanraya. Negara jadi huru hara.

Huru hara? Ada ke istilah selain dari huru hara? Demang bukan budak² lagi masa itu. Demang sempat ikut serta dalam beberapa himpunan rakyat. Kalau sampai perusuh bertempur dengan polis, adakah itu himpunan biasa?

Bukan hanya satu kes! Rapat umum tak putus-putus digerakkan di seluruh negara hingga akhirnya tun mahathir terpaksa meletak jawatan.

Walaupun Tun letak jawatan tapi bukan anwar ibrahim yang naik. Paklah yang tak glamor tetapi lama dalam UMNO dilantik menjadi perdana menteri.

Akhirnya mahkamah mendapati anwar ibrahim bersalah. Demang tak nak sebut kesnya. Itu antara dia dengan mahkamah dan mereka dengan tuhan.



Yang nyata, anwar dipenjarakan agak lama. Itu fakta!

Anwar berkonflik dengan 5 era perdana menteri:
Tun Mahathir
Tun Abdullah
DS Najib
Tun Mahathir semula
Kini, TS Muhyidin

Nampaknya anwar masih mahu melawan sebagaimana teriakannya sejak awal reformasi: "lawan tetap lawan."

Dr Chandra Muzaffar antara yang menubuhkan PKR akhirnya meninggalkan anwar ibrahim

Anwar lupakah tentang konsep sabar dan redho? Anwar tak belajarkah sebagaimana pesan wali seperti sheikh abdul kadir jailani bahawa jika itu bukan rezeki kita maka kita takkan dapat?

Mungkin anwar dan penyokongnya akan kata, kita perlu berusaha. Namun insaflah, jika ada rezeki anwar tetap akan jadi perdana menteri. Tak perlu nak huru harakan negara sekali lagi.

Lihat Tun Abdullah (Paklah) dan TS mahyudin. Siapa sangka mereka boleh jadi perdana menteri.

Anwar tak boleh kata orang tak cuba bantu dia.



PAS pernah bantu anwar habis²an.
Ramai tokoh politik, akademik dan agama bertungkus lumus cuba tolong anwar. Mereka tubuhkan PR yang kemudian ditukar kepada PKR.
DAP pun tolong (?) anwar.

Namun akhirnya hampir semuanya kecewa dengan anwar. Demang kata hampir semua sebab DAP dan beberapa orang PKR masih bersama anwar.




Demang tak larat nak senaraikan tokoh pejuang yang kecewa dan meninggalkan anwar kerana jumlah mereka terlalu ramai.

Stay at home Anwar.

Kalau bukan rezeki, awak terbalikkan duniapun awak tak akan dapat. Yang nyata, awak akan rosakkan orang ramai. awak ajak mereka berhuru-hara. awak menjadi penyebab manusia bersengketa.

Ezam Mohd Noor antara orang paling kuat pertahan anwar dulu

Azmin Ali akhirnya turut meninggalkan anwar

Tegarkah awak wahai anwar ibrahim?

Untuk kali ini Demang peringatkan: Jangan ganggu malaysia lagi. Tak perlu tokok kesusahan rakyat yang sedang susah.

Rakyat sedang belajar menerima takdir Ilahi. Rakyat sedang belajar makna sabar dan redho.

Anwar belum mahukah membantu rakyat secara ikhlas tanpa jawatan?


Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan banyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------


End of section. Please klik our sponsor.

6 comments:

Anonymous said...

LEPAS NI MARINA GEREJA AKAN AKTIF SEMULA
ATOK DAN BOBOI SUDAH TIADA POWER & KUASA
DOLU NAK COVER APAKNYA CHAMPION ISLAM KATANYA
TENGOK NNTI LEGASI TAK GUNA NI BUKA TOPENG COMAMGO SEMULA



KIKIKI.. TAK LAMA DAH LEPAS COVIT MARINA GEREJA MAIN KAN COMANGO LIBERAL SIS DAN LGBT... KASI TENDANG KELUAR LEGASI NI..

Anonymous said...

Rakyat Singapura@ Covit19 beratur panjang di pasar raya kroni Lee Kwan Yew dari parti PAP Eksekutif FairPrice Group, Seah Kian Peng kaut untung berlipat kali ganda

AHAD, 5 APRIL 2020 @ 4:31 PM

Pelanggan mengunjungi pasar basah untuk membeli makanan di Singapura, dengan beberapa orang memakai topeng muka kerana kebimbangan mengenai penyebaran coronavirus COVID-19

Beberapa jam selepas kerajaan Singapura mengumumkan langkah untuk membendung penyebaran COVID-19, ramai orang dilihat berbaris panjang sekurang-kurangnya 20 barisan dalam satu masa.

Ia berlaku walaupun Ketua Pegawai Eksekutif FairPrice Group, Seah Kian Peng, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pasar raya akan tetap dibuka. Seah Kian Peng menaikkan harga servis online dari pembelian panik rakyat Singapura dengan mengaut keuntungan berlipat ganda.

Anonymous said...

Anwar juga mengingatkan supaya kerajaan tidak menggunakan kerajaan lama dalam berdepan keadaan sekarang."

“Nak tolong tengok syarikat besar dulu, syarikat kroni, konglomerat besar, yang bawah ratusan ribu itu kamu tunggu dulu. Ini bukan new normal,” katanya....

Tajam sindir Bang Non tu... sindir sapa tu..!?

Anonymous said...

Bersatu insider said the Langkawi MP did not want to be seated on the government bench because “he does not want to sit with the kleptocrats”. But those in PKR do not want to engage him anymore. They feel betrayed.

Joceline Tan, The Star

There will be no debates or motions at next month’s Parliament meeting but there will be a numbers game which Tan Sri Muhyiddin Yassin intends to win.

DATUK Seri Anwar Ibrahim has been to the Prime Minister’s office many times in the last two years but his most recent visit was perhaps the most controversial.

Persoalanya Ada mak cik kiah kisah..!?

Atok fikir orang khianat saja..!? Kau khianat PH. khianat Anwar, Khianat orang lain dengan lidah bercabang ko ingat orang tak amik kisah pulak...!?Ko ingat ko tu jujur sangat keee..!?

Camner lah atok 18 Mei nnti yer... Kat block depan dia kena main , duduk kat Blok Atok orang tak sudi nak kawan dahh orang sebelah tempat duduk Atok lagi naik menyampah....

Terkontang kanting telo telo atok goyang sendiri... kesiannn akhir nyawa kena main....

18 Mei ku tunggu hari bersejarah atok duk sorang mcm mulukut tepi gantang.. dia ingat dia sorang bile buat lidah bercabang, otang lain pun bole buat jugak

padan muko...!!

Anonymous said...

Tun atau Anwar jadi Ketua Pembangkang. Nak berebut tikam belakang pun orang tak marah cuma tepok tangan saja. Tun bakal dipecat dari Bersatu

Semalam bekas perdana menteri Najib@Bosssku dalam satu kenyataan kepada The Star berkata Tun akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang.

“Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” katanya.

Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

Dari simber dipercayai Tun. akan dipecat dari Bersatu kerana melanggar displin parti Bersatu kerana mahu duduk di barisan pembangang 18. Mei nanti.

Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu...

Hari ini dalam sejarah Tun tak rebut dan tangguh peralihan kuasa dan jawatan itu..kikiki

hahhhh tepokkkkk makin panas popcorn kasi tambah.. tak sabar nak tunggu 18. Mei 2020 kali ini.

Anonymous said...

PERBEZAAN ISU COVIT 19 DI URUS PEMIMPIN BERPENGALAMAN DENGAN BEKAS KAKI DEMO GULING ATAS JALAN RAYA.

Krisis COVID-19 di negara diurus oleh kaki demo dengan di urus bukan kaki demo atas jalan raya.

Satu kerajaan yang dibarisi orang berpengalaman. Satu lagi pula kerajaan yang dibarisi bekas kaki demo jalan raya.

Pada waktu itu negara kita dibawah pentadbiran PH. Masa itu Wan Azizah diberi peranan untuk mengetuai krisis berkenaan.

Sejak wabak COVID melanda negara kita sering mengikuti rapat perkembangan kes. Rakyay melihat bagaimana nasib rakan-rakan yang berniaga ketika wabak SARS melanda dunia 2003

Dibawah pemerintahan PH, rakyat perhatikan ketika itu, hanya Wan Azizah dan Menteri Kesihatan yang sepenuhnya mengendalikan kes itu. Dari umumkan jumlah pesakit hinggalah umum pesakit yang sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham tidak diberi kebebasan pun untuk bercakap kepada media.

Maklumlah rakyat masa itu dipimpin oleh PM dan TPM berkelulusan Doktor. Beliau hanya berdiri sebelah menteri tanpa apa apa peranan. Kedua dua Doktor ini tak boleh pakai dan tak boleh diharap langsung akhirnya.

Sebaik sahaja kerajaan bertukar dan menteri-menteri kabinet mula bertugas, kita dapat lihat bagaimana perbezaan yang berlaku.

Susunannya kelihatan begitu kemas. KP Kesihatan, diberi kuasa mutlak untuk mengendalikan kes dan hal2 berkaitan kesihatan. Kalau dulu semua pemimpin PH nak bersuara..!!

Kalau dulu Menteri Kesihatan bukan cakap pasal Covit19 saja pelancong dari China pun dialu alu lagi datang ke Malaysia padahal itu menteri pelancongan boleh jawabkan.

Manakala Menteri Kesihatan PN pula hanya menjalankan tugasnya yg berkaitan soal bajet, soal kemudahan hospital, soal elaun petugas, dll.

Kalau dulu PM ke 7 , Lim Guan Eng, Tony Pua, Kula Paria semua ke depan bersuara nak jadi champion konon nak selamatkan kewangan negara dengan potong elaun kecemasan doktor dan penjawat awam

Menteri Pertahanan PN pula diberi tugas hal2 berkaitan keselamatan sahaja. Menteri Kewangan jaga hal2 kewangan sahaja sepanjang krisis. Menteri Luar pula, buat urusan dgn dunia luar sahaja dan uruskan rakyat luar negara pulang. Manakala rakyat tugasnya mudah sahaja. Duduk rumah diam2.

Kalau dulu k'jaan PH Menteri Pelancongan, Tony Pua, Kulasegaran, Ramasamy, Syed Saddik suma nak menyampuk tunjuk pandai bersuara bagi jawapan.

Perlu di ingat kerajaan PN yang ditadbir oleh pemimpin yang bukan kaki demo guling guling atas jalanraya ini baru berusia 2 bulan.

Pernahkah kita lihat Menteri Kesihatan PN ambil tugas KP Pengarah Kesihatan untuk mengumumkan berapa banyak kes positif setiap hari, berapa ramai sembuh dan berapa ramai meninggal dunia ?

Dibawah pentadbiran kerajaan baru ini, pernahkah kita melihat KP Kesihatan berdiri di sebelah menteri dalam sidang media untuk melaporkan perkembangan kes ?

KP Kesihatan diberi kuasa penuh. Diberi ruang siaran langsung setiap hari di media-media. Tidak ada sekatan. Kalau PH dulu PM ke 7 memandai mandai kata Covit19 tak serius!!

Malah PM pun mengambil nasihat KP Kesihatan untuk membuat satu2 keputusan. DS Ismail Sabri yg berdepan media setiap hari, apabila ditanya hal2 berkaitan kesihatan, beliau tidak akan jawab dan serahkan kepada KKM. Kalau dulu semua pemimpin PH berlumba lumba tunjuk pandai depan TV..!!

Kalau dibawah pemimpin kaki demo menteri pelancongan pun nak komen pasal Covit19 jangan di diskriminasi pelancong China, pakai mask untuk pelancong sudah memadai dll.

Kalau kau bukan pakar kesihatan jangan menyibuk jadi nasik tambah.

Inilah akibat bila kaki demo guling2 atas jalan raya di pilih jadi kerajaan PH dulu.. semua jadi haru biru...!!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)