Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, May 14, 2015

Rombakan menyeluruh semua peringkat

Benarkah rombakan semalam palsu?

Walaupun senarai rombakan kabinet yang menjadi viral (istilah popular zaman IT) semalam diklasifikasi sebagai palsu namun tidak mustahil akan ada rombakan kabinet dalam masa terdekat.

Lihat gesaan Demang dalam posting Demang semalam. Jika Najib mahu terus menjadi PM maka itulah yang mesti dilakukan. Rakyat pun nak lihat sejauh mana PM mampu bertindak.

Demang nak buat cadangan tambahan. Jangan hanya barisan kepimpinan tertinggi sahaja dirombak. Kementerian, jabatan, dan kepimpinan di peringkat lapangan juga patut disusun semula.

Kelemahan tidak harus diletak di bahu PM seorang diri. Jika kita berpendapat PM bersalah maka seluruh jentera yang bersama beliau harus diperiksa semula. Ketua-ketua pengarah, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, bahkan pegawai serta kakitangan kerajaan juga perlu dikaji semula. Tidak semestinya dibuang. Mungkin boleh diubah kedudukan atau diberi peluang pada orang baru pula mengisi jawatan berkenaan.

Seperkara lagi, Demang lihat kelemahan Najib yang sering diviralkan ialah ISTERI beliau. Demang tidak tahu sejauh mana kebenarannya namun Demang percaya bahawa wanita memang tidak boleh dibenarkan menguasai lelaki.

Justeru, rombak semua kementerian dan jabatan yang mengangkat wanita menjadi ketua.

Kalau isteri PM yang tidak ada kuasa secara langsung pun jadi begitu, apatah lagi lah wanita yang diberi sepenuh kuasa memimpin sesebuah jabatan.

Ada berani? Ha3x... lelaki Malaysia memang takutkan perempuan!

2 comments:

Anonymous said...

ZAMAN NI TERLALU RAMAI YANG "PANDAI BERCAKAP" ITU DAN IN. BILA SURUH BUAT KERJA, TAK ADA MASALAH/SIBOKLAH/TAK DAPAT BERI KOMITMENTLAH DAN 1001 ALASAN. LEPAS TU BERJELA-JELALAH KOMEN ITU DAN INI, MACAM BIJAK SANGAT....BAGI SAYA, ORANG YG BANYAK CAKAP TU CEBERU POLITIK, SETELAH DIPILIH, REBUT JAWATAN PM/MENTERI ATAU MEMIMPIN AGENSI KERAJAAN. TUNJUKKAN KEBOLEHAN MASINGF-MASING. INI TAK....ASYIK KUTUK/KOMEN/KONDEM JE...ITU SAHAJALAH YG MEREKA PANDAI. CONTOH ITU TH BELI HARTANAH DI TRX. AKHIRNYA, ORANG ASING MILIK SEBAHGIAN TRX. ORANG MALAYSIA? MELOPONGLAH JAWABNYA. ITU YANG DINAMAKAN, MENANANG SORAK, KG TERGADAI.....

Anonymous said...

Paling afdal dan yg utama sekali PM Najib harus berani memberi tahu isterinya supaya duduk diam diam sebagai isteri dan jgn hampiri urusan PM. Ini tidak, sampai dijemput mewakili kerajaan lagi...jawatan apa yg disandang, DUN mana dia menang. IKUTI LAH CARA Tun Rajah, allahyarhamah Tun Suhaila dan juga Tun Hasmah.. kalau perkara ni dapat dilakukan olih Rosmah insyaallah orang akan lebih menghormati PM

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)