Perjuangan berjaya akhirnya. Kerajaan akur kehendak rakyat.
Setelah ditujah dan dihenyak dari segenap sudut akhirnya kerajaan bersetuju semua pengguna lebuh raya tidak perlu membayar ketika memasuki semua lebuh raya di Malaysia, berkuatkuasa serta merta.
Apapun, para pengguna hanya perlu membayar apabila keluar daripada lebuh raya berkenaan.
Demang bukan saja-saja nak buat loyar buruk tetapi sekadar meniru cara kerajaan menangani isu bayaran GST pelanggan dengan syarikat telco.
Setelah dimaki hamun para pengguna terutama para pelajar dan rakyat marhaen setelah mereka terasa dianiayai maka semalam kerajaan memutuskan bahawa para pengguna tidak perlu membayar GST ketika membeli kad tambah nilai sebaliknya caj tersebut akan dikenakan apabila mereka membuat panggilan dan sebagainya.
Ada bezakah? Memanglah ada bezanya iaitu kalau dahulu sakit hati kerana ditipu peniaga, sekarang tambah sakit hati kerana kerajaan sendiri rupa-rupanya menyebelahi peniaga.
Majoriti pengguna prepaid ialah rakyat berpendapatan rendah. Rakyat yang kaya raya tidak menggunakan prepaid. Apa salahnya prepaid dikecualikan? Sekurang-kurangnya dikecualikan secara terbuka dan cukai diambil secara tersirat. Bukannya pengguna tidak tahu muslihat peniaga selama ini.
Apa didengki pada pendatang asing yang membeli prepaid? Bukan banyak pun. Jika mereka guna RM30 sebulan untuk prepaid, kita cuma tarik 1.80 sen daripada seorang warga asing. Berapa pula yang kita bayar pada mereka untuk dihantar pulang?
Kepada yang masih kabur tujuan omelan Demang, Demang bukan marah kerajaan kutip cukai jika ia memang perlu tetapi cara kutipan begitu menampakkan kerajaan tidak kasihkan rakyat. Maka apa dihairan jika rakyat menyindir bahkan ada yang memaki hamun PM dan menteri setiap hari di media sosial?
Coda:
Adakah jika syarikat telco menyerap 6% secara tersirat akan merugikan syarikat telco? Mustahil. Sebenarnya mereka menjaga kepentingan lain dan kebajikan RAKYAT bukan lah termasuklah dalam senarai kebajikan mereka.
Untunglah syarikat telco kerana kerajaan membuka peluang untuk dipersalahkan.
Patutkah kerajaan dipersalahkan? Demang jawab, memang patut pun!!!
8 comments:
Apa punya benggong.....
Isu dah selesai, Demang madih menyalak....
Isu masih tak selesai....
Itulah kalau tk tau prinsip asa ekonami.sepatutnya hang cadangknlh prepaid untuk rakyat tempatan tidak dikenakan gst manakala rakyat asing dikenakan gst.memang rugilah jika warga asing tk dikenakan gst kerana jumlah mereka yg ramai.Apa salahnya bertukar kepada pascabayar byak package yg semakin murah.
Demang tak pernah tinggal serumah dgn indon dgn bangla. Mereka kebanyakannya menghabiskan rm200 ke 300 sebln untuk telipon kampung. Ini benar demang. Bukannya 30 seperti demang sangkakan. Klu ahmad maslan katakan 70 % nilai top up sebulan, dibeli oleh warga asing, saya mmg setuju. Klu demang tak percaya cuba dudukla dikongsi. 2 mlm pun tak pa. Nanti demang akan lihat dan percaya, bukannya 30 sebulan
Memang kerajaan pada bila2 pun sejak najib blurr memerintah, menjadi punch bag.... tapi imbalan menjadi punch bag juga amat lumayan.... selain dari 42 bil dikongsi sesama mereka, kini GST yang kita bayar diguna untuk membayar hutang 1mdb....
Sy diberitahu, ada lebih 6 juta pendatang asing samada halal atau haram yg berada di malaysia sekarang. Mereka ini adalah pekerja dan amat sedikit kanak2. Berbanding dengan warga malaysia yang 30 juta tetapi itu termasuk bayi.
Bayangkan jika mereka berbelanja RM10 sehari dan tax 60 sen. setahun dah dekat RM 1.2 billion, tax ini utk rakyat negara ini, mereka xdapat. Berbanding dengan cukai SST dulu, warga asing ini berbelanja juga, tetapi adakah peniaga serah tax sst ini kepada negara? Oh Tidak... kerana dekat RM2 billion cukai tidak diserah tiap2 tahun.
terima kasih atas respon semua. Demang fokus pada prinsip: GST sepatutnya diserap pada harga dan bukannya dialihkan secara langsung pada pengguna. Peniaga sebenarnya mampu buat begitu tetapi kerajaan membuka peluang untuk ditembak oleh musuh.
Berkenaan GST menggantikan SST, ia hanya ada pada teori sedangkan semasa perlaksanaan ia tidak berlaku. kesannya, Demang yang terlibat memberi penjelasan pada orang awam dituduh menipu!
...
Muhyiddin Mahu Hantar 200 Surat Ke UMNO BHG Tolak Najib?
https://youtu.be/zEJma8Ld5fM
https://youtu.be/KtM1vqPEBOc
https://youtu.be/mgssNnX_sZA
Sumber Berita
>>>Klik Di Sini<<<
Singkir Najib, Naikkan Mukhriz - Tun M Busuk Hingga Ke Usus!
Sumber Berita
>>>Klik Di Sini<<<
MAKIN Tolol - Puteri UMNO Menyalak Lagi Dari Caw ke bhg ke PAU 2015!!
Sumber Berita
>>>Klik Di Sini<<<
Post a Comment